Teringat saya semasa saya baru bermastautin di negeri Sabah, saya mengambil masa yang agak lewat untuk mengemaskinikan kad pengenalan saya. Akibatnya, saya terlepas peluang untuk mengundi di pilihanraya umum kerana alamat berdaftar saya adalah di Muar Johor. Hendak pulang semata-mata untuk mengundi, alahai bukan murah tiket kapal terbang. Kalau BN atau Pakatan tanggung tu, no problem lah.
Dan jika saya pulang ke Muar untuk mengundi, pastinya saya tergolong dalam kategori PENGUNDI HANTU yang di sebut oleh Dr. Ong Kian Ming dan S.Ambiga kerana mempunyai alamat mengundi yang berbeza dengan kad pengenalan.
Berdasarkan sumber-sumber tertentu, saya mendapat tahu yang pilihanraya MUNGKIN akan di adakan se-awal Jun 2012 dan selewat-lewatnya Nov 2012. Jika saya tidak mengemaskini MyKad cepat, maka saya akan menjadi pengundi hantu sekali lagi kerana beberapa tahun lalu yang berpindah rumah dan MyKad yang saya perbahrui di Sabah dahulu sudah tidak tepat lagi
Cuma kali ini travellingnya tidak jauh dan kawasan Parlimen masih sama, cuma kawasan DUN sahaja yang berubah.
Bagi mereka yang belum mendaftar atau tidak tahu sama sudah mendaftar atau belum, sila rujuk di laman web Suruhanjaya Pilihanraya. Terdapat juga kaunter-kaunter SPR yang dibuka kepada orang ramai di pusat-pusat membeli-belah untuk anda rujuk. Kalau di KK, ada satu kaunter di City Mall. Petugas di sana amat friendly sekali.
Bagi mereka yang ingin menukar kawasan mengundi mengikut tempat mastautin anda, hendaklah membuatnya di Jabatan Pendaftaran terlebih dahulu. Ingat JPN ya dan bukannya SPR. Ramai yang agak keliru dan cuba menukarnya di SPR. SPR tiada kuasa kerana ia bukan bidang kuasa SPR. Ini kerana peruntukkan Akta yang menghendaki pengundi mengundi mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing dan cuma JPN yang boleh mengubah alamat pada kad pengenalan anda. Ia agak “inconvenience” bagi sesetengah orang, terutama yang selalu berpindah-randah. Namun, untuk jangka masa panjang ia adalah cara terbaik mengawal pengundi hantu.
Selepas penukaran alamat dibuat pengundi hendaklah memaklumkan kepada SPR . Mengikut Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan jika seseorang pemilih berdaftar tidak membuat apa-apa permohonan untuk bertukar pusat mengundi, namanya tetap kekal disenaraikan di alamat asal tempat dia mendaftar sebagai pemilih walaupun pada hakikatnya dia telah pun menukar alamatnya dalam Kad Pengenalan di tempat baru. Di bawah Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 pula menetapkan bahawa SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih berkenaan memohon pertukaran dan telah mengisi Borang A yang ditetapkan di bawah Peraturan 12 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Isu Memeluk Agama Islam
Ini satu lagi isu pengundi hantu iaitu nama di kad pengenalan tidak sama dengan nama dalam daftar SPR. Sekali lagi prosedurnya adalah sama iaitu pengundi harus pergi ke JPN terlebih dahulu. Seseorang yang memeluk agama Islam perlu menukar nama di dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum nama Islam boleh dimasukkan dalam Daftar Pemilih.
Isu-Isu Lain
Jika anda ada sebarang kemusykilan sila rujuk ke laman web SPR untuk maklumat lanjut. Baca juga bahagian soalan-soalan lazim dan dakwaan terhadap SPR dalam isu-isu berkaitan pilihanraya.
Bagi mereka yang sudah layak mengundi, sila gunakan lah HAK-HAK anda dengan sebaiknya dan pergilah mengundi siapa yang anda mahu undi. Pilihan ditangan anda dan tiada siapa yang harus mempengaruhi anda dalam membuat keputusan. Jalankan kewajipan sebagai warganegara perihatin dan gunakan peluang ini menimba pengalaman, at least sekali dalam hidup.
Selamat Mengundi Semua! Hopefully, lepas raya la kan? Semua dalam mood bermaaf-maafan, maka tak lah tension sangat nanti.
- Pilihanraya Ke-13 | Bersediakah Anda Untuk Mengundi?



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Dah terngiang-ngiang lagu “Marilah mari, pergi mengundi….”
Kak Long Mawar Merah recently posted..Pengalaman sebagai blogger mawar merah
Mohon bulan 6 mengundi.
ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #6 – Mogok Lapar
Bersedia bila2 masa saja =)
Aku rase sebelum rayalah… hihi
Apa2pun, tunaikan hak rakyat sebaiknya
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #16 Kini Kuning
kalau sebelum raya.. jangan time raya nanti ada yg tak selera makan ketupat
oh undi..undi dna pilihlah pilihan yang terbaik…
suri recently posted..Cara Mengupas Allium Sativum
Sudah bersedia. Tinggal tunggu harinya sahaja
anif recently posted..Selamat Menyambut Hari Guru
Okay secara jujur, saya adalah salah seorang warga Malaysia yang belum pernah mengundi. Belum daftar pun lagi. Bukan saya tak sayangkan negara. Tapi mungkin hati belum terdetik untuk ke kotak itu.
nizamghazi recently posted..Masturbation : I Lose My Skills This Quickly Bila Bercinta Lagi – DJM-850
Actually x undi pun hak juga. Not a big deal dan bukan tak sayang negara.
Tapi lebih baik ikut serta agar dapat rasa kesan menjalankan tanggungjawab tu. Sometimes, bila kita undi and then org yg kita undi buat hal pon bagus utk pengajaran hidup kita. Normally, org lebih beringat bila dah merasa sendiri
..itu dia! PRU!3 makin hampir.
iAwani recently posted..Baca Buku Panduan Samsung Galaxy S3 Secara Online
Aku dah sedia semuanya
Tunggu hari dan ketinya sahaja
Hehe
tehr recently posted..Lagu Popular Pada Hari Guru
tinggal pangkah jer ni. terbaik!
Saya sudah bersedia untuk pangkah. Undi saya untuk calon yang bekerja daripada banyak cakap kosong.
akubiomed recently posted..Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurve
Mmmmm~~~ Undi… Pangkah… Dok diam…
Izzuddin Fauzi recently posted..Lelaki Kacak Kaki SEO
owh ada ag satu bro..50k senarai pengundi meragukan adalah berumur 85 thun ke atas..
logiknya..salah ke org tu hidup smpi 100 tahun..huhu..Bersih mmg x der maknanya..
Jebeng Otai recently posted..One Piece 667
Yup, my wife punya atuk yg baru meninggal this year was 90+ masa tu.
Plus, ramai yg telah meninggal, namun warisnya tak inform JPN utk buat sijil mati especially those yg tinggal di luar bandar. Tanpa sijil mati, nama mereka tidak akan di struck out dari daftar pemilih.
btul..slalu report kat polis jer…xder report kat jpn atau spr..tu yg ade umur 150thun tu…
salah diri sendiri..
Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Nombor Telefon Lelaki Kacak
tak2….mereka salahkan spr dan gomen =)
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #16 Kini Kuning