Google AdSense

Google AdSense

Google AdSense

Program Pengurus Kediaman – Siapa Mahu Jadi Pembantu Rumah?

home manager

Gambar kredit kepada humanrightspartymalaysia.com

Pada tahun 2008, Program Pengurus Kediaman ataupun “Home Managers Programme”  telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan telah dilaksanakan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita. Objektif Program ini adalah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang pengurusan rumah tangga kepada wanita khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah untuk menceburi industri baru sebagai Pengurus Kediaman. Ini diharapkan akan dapat juga membantu mengatasi masaalah kekurangan pembantu rumah di Malaysia apabila negara Indonesia mula menghentikan penghantaran pembantu rumah mereka ke sini. Kursus selama dua minggu (14 hari) dijalankan di setiap negeri mengunakan Modul Kursus Asas Pengurusan Kediaman. Sasaran peserta seramai 30 orang di setiap program iaitu 450 orang diseluruh negara. Sumber DI SINI.

Program ini dikatakan mengandungi modul yang lengkap seperti Teknik Pengurusan Kediaman, Penjagaan Makanan & Kesihatan, Pengetahuan Asas Penjagaan Kanak-Kanak, Orang Tuan Dan OKU serta Pertolongan Cemas. Kursus ini memastikan bakal Pengurus Kediaman mempunyai kemahiran dan pengetahuan tertentu supaya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh profesional dan efisien. Namun atas sebab kekurangan modal program ini ditamatkan pada tahun 2010 dan dalam proses kajian semula.

Kebelakangan pula ini terdapat beberapa pihak yang mencadangkan program ini dihidupkan semula:

REVIVAL: Human Resources Ministry may revive programme to train locals in home management  THE Human Resources Ministry will consider reviving the home managers programme as an answer to the demand for domestic maids. This follows Indonesia’s intention to gradually reduce the supply its citizens working as maids abroad to almost nil by 2017.

Sumber: NST

Programme by Women’s Development Department could be answer to households in desperate need of domestic help. HOME managers trained under a programme started by the Women’s Development Department (JPW) of the Women, Family and Community Development Ministry in 2008 are demanding for  it to be re-launched. They said this was because quite a number of women were interested to be home managers and there was a demand for them, especially with the uncertainty over the Indonesian maid issue.

The programme got off to a promising start four years ago, but fizzled out barely two years later.

Sumber: NST

MUKAH: The government should look into reviving the home manager programme, which was initiated by the federal Women’s Development Department in 2008. “This is to tackle potential hiring problems, after the decision by the Indonesian government that the new batch of Indonesian maids would be employed to do only one of four tasks they are trained in and that their minimum wage will be RM700 per month.”

Welfare, Women and Family Development Minister Datuk Fatimah Abdullah regards the new hiring terms of Indonesian maids of ‘one maid, one task’ as restrictive and unaffordable to most middle-income households.

The decision needs to be re-looked into, because not everyone could afford to pay RM700 a month for a maid who will only do one chore. It will be beyond the means of the low- and middle-income households.”

Sumber: Borneo Post

Namun ada pelbagai isu yang perlu dilihat dan diselesaikan sebelum ia boleh dihidupkan semula. Yang paling penting adalah KEBERKESANANnya bagi mengatasi masaalah utama iaitu kekurangan pembantu rumah. Menurut, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam kebanyakkan mereka yang menyertai program ini tidak menjadi pengurus kediaman mahupun pembantu rumah, akan tetapi memilih kerjaya yang lain yang lebih menarik buat mereka.

The programme was an initiative introduced under the Women, Family and Community Development Ministry in 2009 to reduce the country’s dependency on foreign maids. However, it was not well received, as those who completed the training chose not to become maids.

Dr Subramaniam said some had opted for more lucrative jobs, such as going into business and working in hotels or resorts. “We need to address several issues when  employing locals as maids. Most Malaysians, who have minimum SPM qualifications, do not consider being maids as a lucrative career choice.”

Sumber: NST

Kalau begini, buat apply masuki program itu dulu? Hendak dapat sijil sahaja? Takkan guna sijil “Pengurus Kediaman” untuk mohon jawatan kerani atau receptionist kot? :wink:

14 Comments

  1. Kalau baca cadangannya, memang tujuan program ni baik. Tapi, memang tak yakin ada orang Malaysia ni yang nak jadi pengurus kediaman ni. Sebelum ni cadangan setiap tempat kerja menyediakan nurseri pun belum terlaksana, jadi, nak tunggu program ni pun, belum tahulah bila agaknya akan jadi nyata.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Majlis Kesyukuran Penganugerahan Persijilan Persekitaran Berkualiti

  2. Tie Ganu says:

    Masalahnya ada ke orang nak jadi pembantu rumah? Biasanya hanya orang yang desperate macam kita dulu. Tu pun tak sampai sebulan dah bungkus.

    Jangan nak salahkan orang jika tidak ada yang sudi jadi pembantu rumah ni. Seikhlasnya.. adakah kita suka anak atau adik atau kakak atau ibu kita jadi pembantu rumah? Bekerja di rumah orang?

    Adalah lebih baik digalakkan kemudahan nurseri di tempat kerja atau yang berdekatan. Juga .cleaning service’ harian. Walaupun sekarang dah ada perkhidmatan begini, tapi masih tidak mencukupi..

    Satu lagi, kerajaan sepatutnya menggalakkan pengurangan penggantungan kepada perkhidmatan pembantu rumah ni. Orang kita malas dan suka lepas tangan. Semuanya nak suruh maid, buat susu anak, layan suami makan… memang seronok jadi mem besar, tapi impaknya, byk yang negatif.

    Cuba lihat negara barat. Hanya orang kaya je ada maid.

    Sebenarnya bila kita ada maid, dengan tidak sengaja timbul satu perasaan dalam hati…

    POWER … bersama sedikit riak….. Sabor je laa…
    Tie Ganu recently posted..Book charm

  3. Cikgu Hairul says:

    Masalahnya adalah modal. Apa-apa program pun kalau modal takde mesti jadi macam tu. Satu lagi masalah nak cari orang yang berminat. Susah sangat nak cari rakyat Malaysia yang suka buat kerja tu.
    Cikgu Hairul recently posted..Duit Gaji Bukan Kita Punya

  4. akubiomed says:

    Bagaimana agaknya maklumbalas mengenai program ini samada mendapat sambutan atau tidak?
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Undi AkuBiomed DiGi WWWOW Awards 2012

  5. Mus says:

    kalau ada isteri yang tak bekerja..
    boleh urus rumah dan anak dengan sempurna
    saya tak suka ada pembantu di rumah
    biar sama-sama ada tanggungjawab
    Mus recently posted..Jom Meriahkan Ekspo Pertanian Putatan 2012

    1. IN says:

      zaman ni susah gak nak suruh wife tak kerja.
      Nanti dia boring, plus kalu apa-apa jadi kat kita … dia tak ready lak nak berkerja…

  6. ProfHariz says:

    Terkadang rakyat malaysia ini terlampau mengada-ngada tak mahu kerja seperti pembantu rumah. Satu perkara lagi, Orang yang ada pembantu rumah ini pula buat mereka seperti robot dan tidak punya perasaan.
    ProfHariz recently posted..Permohonan Praktikal Dan Latihan Industri Di Pulau Pinang

  7. tehr says:

    Nampak gaya
    Kena buat sendiri la semua kerja rumah
    tehr recently posted..Jenama Barang Nama Allah

  8. maza says:

    maza basuh baju dan kemas rumah sendiri jerk.. uhuk!
    maza recently posted..Empangan Batu, Ulu Yam

    1. IN says:

      Maza kan CEO Rumah :wink:

  9. anif says:

    Kalau ada peluang lebih baik takkan nak halang pula… :D
    anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #35

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge