Google AdSense

Google AdSense

Melancong Ke Indonesia | Day 2 – Jakarta Ke Bandung

Train Tickets Gondangdia

Hari ke dua kami di Jakarta, kami pun memutuskan untuk mengubah rancangan asal untuk tinggal di Jakarta selama dua hari berturut-turut. Shopping di kawasan shopping Tanah Abang juga ditangguhkan kerana kami ingin ke Bandung dahulu. Selepas makan pagi di hotel, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar menaiki Bajaj. Kami juga berbual-bual dengan pekerja hotel dan orang-orang tempatan bagi mendapat idea bagaimana mahu bergerak dari Jakarta ke Bandung. Tepat pukul 10 pagi, kami pun berjalan kaki dari hotel menuju Stesen Keretapi Gondangdia. Dari sana kami menaiki tren (keretapi) ke Stesen Gambir. Di sana, kami membeli tiket untuk menaiki tren ke Bandung pula. Perjalanan dari stesen Gondangdia ke Gambir memakan masa kira-kira 15 minit. Dari Gambir ke Bandung pula perjalanan memakan masa lebih 3 jam.

Jakarta Indonesia

Jakarta Pusat

Kommuter Gondangdia

Penduduk di Jakarta amat ramai dan bandarnya amat luas. Behati-hati berjalan di sana kerana hampir keseluruhan jalan raya digunakan oleh pelbagai kenderaan di sana.  Motorsikal (kapchai) amat banyak sekali dan bergerak dengan laju. Taksi dan Bajaj adalah pengangkutan awam yang utama. Bas nampaknya kurang digunakan berbanding dengan di Malaysia. Membeli-belah amat mengelirukan kerana jumlah nilai wang yang besar digunakan. Satu Ringgit Malaysia adalah bersamaan 2880 Rupiah ketika saya di sana. Jika ingin menukar wang, sebaiknya dibuat di Malaysia. Anda akan mendapati nilai Ringgit lebih murah di sana berbanding di Malaysia. Oleh itu, tukar wang banyak-banyak di Malaysia sebelum ke Indonesia.

Ciwalk Bandung

Cihampelas

Di Bandung pula, bandarnya lebih kecil, namun penduduknya tetap ramai dan jalan tetap machet (jamm). Hati-hati dengan taksi sapu yang memeras sewa yang mahal. Gunakan taksi berdaftar yang berwarna biru. Kami telah pun booked hotel secara online melalui Agoda.Com. Hotel kami terletak di Cihampelas. Kawasan yang menarik dan lengkap dengan shopping mall, tempat makan, tempat mencari souvenir dan lain-lain lagi. Ia juga tidak terlalu jauh dari kawasan bandar. Kami settle down dulu sebelum pergi makan di CiWalk. Namun, masaalah timbul kerana hotel-hotel di Bandung kebanyakkannya telah penuh pada keesokkan hari nya. Kami terpaksa lupakan hasrat berjalan-jalan buat seketika. Mencari tempat tinggal adalah priority utama buat masa ini. Bersambung….

- Melancong Ke Indonesia | Day 2 – Jakarta Ke Bandung

15 Comments

  1. abd wahab bin ishak says:

    berapa harga tiket dari jakarta ke bandung

  2. rohana says:

    kalau nk jalan2 bandong dan jakarta, perlu bantuan nk transport dan apartment just email ayugyy@hotmail.com atau 019-6269162

    1. hudaz says:

      hai ana…blh sy mntk contek no supir/ kereta sewa di bndung dan hotel bujet..sy akn pergi hujung thn ni..jd hrp dpt gmbrn terlebih awl..email sy hudaz_pinky@yahoo.co.uk.tq =)

    2. Jaja says:

      Assalam..

      Saya akn pergi ke bandung tgh bulan dua nanti..boleh x bg no supir sna. agk2 berapa yer byrn nya utk 1 hari?? semua nya termasuk mkn..minyak..dan parking kerr??

      Trima Kasih…

      1. sebaiknya di sana ambil teksi berdaftar. Pastikan mereka memasang ‘argo’ (meter) ketika memandu. Bagitahu mereka supaya pasang argo sebelum masuk teksi. Should be ok.

  3. Kak Long tak pernah naik keretapi dari Jakarta ke Bandung. Zaman dulu-dulu, pernah sekali dari Jakarta ke Bandung menaiki bas, tapi masa tu special case, ada esscort sepanjang jalan. Biasanya dinasihatkan ambil penerbangan terus ke Bandung sahaja kerana lebih banyak membuang masa di jalanan yang jem jika melalui lebuhraya Jakarta Bandung.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Bukan Sebarang Hang Tuah

  4. akubiomed says:

    Saya biasanya akan tukar duit matawang kepada dolar di Malaysia. Cuma ketika ke Sweeden dan Lebanon terpaksa tukar dinegara tersebut walaupun rugi.

  5. anif says:

    Kalau mahu lebih murah dan lebih pantas dari angkutan/bajaj/Taksi boleh naik ojek :D
    anif recently posted..Harga Sony Tablet S Diumumkan

    1. IN says:

      cari nahas naik ojek ooo… entah sapa2 yg bawa nanti. Mat rempit yg bawa abisss oooo…

  6. titan says:

    peh, ada jual senapang lagi tu..
    titan recently posted..Iklan banyak, iklan sikit.

    1. IN says:

      bukan setakat senapang jer, pisau Rambo, pedang samurai, bintang ninja pun ada dijual secara terbuka. Btw, senapang tu cuma digunakan utk tembak tupai dgn menggunakan peluru skrew. Tapi agak berat juga dan kalu kena peluru boleh tercedera ooo…

      1. akubiomed says:

        Senapang angin boleh membunuh ada meninggal terkena tembakan daripada senapang angin ini.

        1. IN says:

          mmg merbahaya kawe tgk peluru dia pegi… laju giler…

  7. lunaticg says:

    Kalau pergi melancong ke luar negara, memang kena tukar duit kat Malaysia. Pergi Thailand pun sama gak, harga tukaran asing kat sana lebih murah, lebih menguntungkan mereka.
    lunaticg recently posted..100 dollars watermelon note for auction

    1. IN says:

      noted. kami patut check ni semua tapi syok terjah jer sbb mcm pengalaman yg tak dilupakan akan jadi secara tersendiri :wink: