Google AdSense

Google AdSense

Kereta Mainan Roq

Setiap kanak-kanak pastinya ada barang permainan yang amat mereka sayangi. Maksud sayang adalah LEBIH SAYANG dari barang permainan mereka yang lain. Semasa saya kecil, saya sukakan permainan askar kecil. Saya akan susun mereka dan berangan-angan askar-askar ini berada di medan perang. Setiap bunyi letupan akan dikeluarkan oleh mulut saya sendiri dan mana-mana askar yang kononnya mati dibiarkan jatuh bergulingan. Habis main, saya akan simpan di laci dan bermain kembali keesokkan harinya. Tentulah ada permainan lain yang saya suka, namun rasanya askar-askar kecil itu menjadi pilihan utama terutama dikala keseorangan tanpa rakan-rakan untuk bermain.

Lightning-McQueen Kereta Mainan Roq

Anak saya yang kecil mempunyai minat yang amat dalam kepada kereta. Satu-satunya cerita yang beliau boleh duduk diam di depan TV sehingga habis tayangan adalah filem Disney’s Cars. Kalau pergi mana-mana, si Roq cuma mahukan permainan kereta. Kalau nampak kereta Lightning McQueen, pastinya di mulutnya akan terkeluar perkataan “Ka-Chow”. :D Nasib baiklah Roq jenis yang TIDAK MEMAKSA (menangis dan menjerit untuk mintak beli). Kalau tidak sengsara bapaknya sebab di sana sini banyak kedai jual permainan kereta. Jalan setapak, ada jer nampak kereta mainan dijual. Lebih parah lagi kereta Lightning McQueen ni agak sukar dicari yang pirate. :D Kalau beli yang “ori”, memang mahal betul. Kereta yang di atas tu pun harganya dah RM 42. Kereta mainan besi jer dan cuma boleh sorong-sorong. Saiznya? Hmmm… cuba scroll sampai bawah tu.

Lightning-McQueen-02 Kereta Mainan Roq

Lightning-McQueen-03 Kereta Mainan Roq

Lightning-McQueen-04 Kereta Mainan Roq

Lightning-McQueen-05 Kereta Mainan Roq

- Kereta Mainan Roq

dulu lain sekarang lain

  • Published @ Dulu Lain Sekarang Lain on: May 4, 2011 @ 5:44
  • www.dululainsekaranglain.com

26 Comments

  1. titan says:

    hehe..lama dah tak main kete-keta nih..
    titan recently posted..Akupun blogger gak

    1. IN says:

      moh la kita pi main :lol:

  2. i1 Info Mainan » Blog Archive » Kereta Mainan Roq | Dulu Lain Sekarang Lain says:

    [...] Kereta Mainan Roq | Dulu Lain Sekarang Lain Kalau pergi mana-mana, si Roq cuma mahukan permainan kereta. Kalau nampak kereta Lighting McQueen, pastinya di mulutnya akan terkeluar perkataan “Ka-Chow”. Nasib baiklah Roq jenis yang TIDAK MEMAKSA. Lihat Lebih Lanjut [...]

  3. tehr says:

    kalau roq seorang yang minat skru
    akan parah jadinya, bro
    berkecai nanti
    hehe

    anak aku ada sorang yang pandai buka skru
    huhu
    tehr recently posted..Semua jadi Satu

    1. IN says:

      Ada dia tgk kawe pakai skrew driver kasi betul PC.. bila kawe pegi tempat lain kejap, terus dia take over cuba buat benda yg sama.. He he budak2 meniru jer perlakuan kita :D

  4. Bukan anak bro shj yang minat kete mainan ne,saya pon yang besaq panjang masih favor kete mainan ne
    Azhar@Shed Plans recently posted..Metal Garden Sheds – The Good and Bad

    1. IN says:

      org besar minat keta lain sikit… suka simpan buat collector items.. Letak kat almari dsb :D Budak2 main sorong-sorong jer :lol:

  5. beli kat mana tu bro?toy city?

    teringat model2 kereta TE dulu, hilang semuanya..dan bila dah besar TE mula kumpul semula keh3 tiada siapa mampu menghalang

    agak2 bro dulu masa kecil pangkat apa dalam askar? :D
    tengkorak emas recently posted..Syaitan pun tahu

    1. IN says:

      keta beli kat Toys R Us. Toys City pun ada tapi kawe ada kad Toys R Us, so ada diskaun sikit :D
      Mmg syok simpan replika keta ni.. buat koleksi lagi best. Tapi nak menjaganya bukan senang ho.
      Kalau main askar – biasalah budak2 suka pangkat hero je – prebet! :D

      1. toy city takde kad ke?

        1. IN says:

          tak pernah tanya.. he he… Rasanya tak de sbb bila pi sana, depa tak pernah offer :D

    1. IN says:

      terbaik! :D

  6. Tie says:

    Keciknya! Nak main macam mana ? Ehehehehe…..

    1. IN says:

      mcm mana? si Roq je ler yg tahu cam ne… :D

      1. tehr says:

        haha
        hanya dia je dapat bayangkan macam mana nak main
        tehr recently posted..Semua jadi Satu

        1. IN says:

          vroom…vroomm.. tu yg kawe selalu dengar bila dia pegang benda tu…cam mahu berlumba jer :D

  7. anif says:

    Barang ori tentu mahal beb..

    Untuk model berskala kecil, detailnya memang mengagumkan.
    anif recently posted..Selepas 10 Tahun 1

    1. IN says:

      Yup.. dah TAHAN PULA. Rasanya kalau di hempas kereta tu pun mungkin tak rosak. Hmmm cuma kalau asyik beli yg ori jer balik2 sakit kepala ler dibuatnya.. :D

  8. dnoBiz says:

    nasib baik dia mintak keta mainan, kalau dibuatnya mintak kereta betul dan sebijik macam tu haru biru jadinya :D
    dnoBiz recently posted..Insurans Kenderaan – Berita Baik untuk pemilik kenderaan lama

    1. IN says:

      dah besar sikit nanti mintak ler tu. Skrg pun excited kalau pergi playground nak main keta lumba :D

  9. maza says:

    Oh gambarnya semua cun-cun belaka..

    alahai keciknya keta tu.. mcm tak padan dengan harga.. huhuhu
    maza recently posted..Garden of Eden- Kontes sudah tutup daaa

    1. IN says:

      errr itu tangan bapak Roq, so nampak kecik sangat lah.. :D Tapi kalau Roq yg pegang ok gak tu… happy dia sorong-sorong keta tu..

    2. Mus says:

      demi anak.. beli jerlah..
      Mus recently posted..Kari Ikan Pari Menu Istimewa Hari Ibu

  10. en_me says:

    chomeyy kanns.. ehehe
    en_me recently posted..MAKAN BLOG TIDO BLOG MINUM COCA-COLA

    1. IN says:

      mmg comey..
      psstt… en me, bila nak bukak balik kotak komen di blog tu? ramai peminat tanya? :D