Google AdSense

Google AdSense

Afternoon Tea Di Coffee Bean And Tea Leaf

Coffee-Bean & Tea Leaf

Sudah lama saya tidak ke Coffee Bean & Teaf Leaf. Sejak kemunculan Starbuck, Dome, San Francisco dan lain-lain kedai kopi seumpamanya, Coffee Bean menjadi agak tenggelam sedikit di sini. Namun, pemilik Coffee Bean nampaknya telah menggandakan usaha bagi menarik pelanggan kembali ke Coffee Bean semula. Hasilnya tampak lumayan bila ramai peminum kopi tegar kembali ke kedai mereka baik di Wisma Merdeka mahupun di Damai. Make-over pada kedai mereka telah berjaya menarik golongan muda untuk melepak dan berinternet di sana, manakala ‘improvement’ pada menu dan keselesaan pelanggan berjaya memikat golongan dewasa.

Coffee-Bean & Tea Leaf 2

Coffee-Bean & Tea Leaf  3

Bagi mereka yang tinggal dekat dengan kawasan Damai, jangan pula lepaskan peluang menikmati promosi bulan Jun di Coffee Bean & Tea Leaf Damai. Ada set breakfast, lunch/dinner dan afternoon tea di sana pada harga yang menarik. Anda boleh enjoy set American Breakfast dengan kopi atau teh pada harga RM 12.90 sahaja. Manakala untuk tea time dan lepak-lepak sambil berblogging (macam saya), anda boleh menikmati 1 potong Kek Cheese dan kopi atau  teh pada harga RM 9.50. :D Tolong promote jer ni!

Coffee-Bean & Tea Leaf  4

Seperti Starbuck, Wi-Fi percuma disediakan untuk pengguna. Terdapat juga beberapa meja dengan plug elektrik bagi mereka yang lupa charge batteri laptop semasa di rumah :wink: Ok saya mahu enjoy kopi saya dulu. Salam….

- Afternoon Tea Di Coffee Bean And Tea Leaf

20 Comments

  1. rushdan says:

    Coffee Bean bagus. kalau mnum tahan ngantuk. kepala x penin. Tq kwn saya bawak ke sana.

  2. aimannajmy says:

    wah saya juga peminat kopi huhu.. tak penah lagi rasa coffee nya camana hehe
    aimannajmy recently posted..Mari melukis dengan Samsung Galaxy S2 part 2

  3. Cantik dan damai je nampak tempat tu. Kalau dah minum kopi sambil ber wi-fi di situ, mesti masa berlalu pantas aje.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Port Dickson

  4. suri says:

    kalau dh peminat kopi tu tka blh kata apa hee..pi maka akan cari jer kopi

  5. Sukashare says:

    Kopi ni kegemaran saya. Tapi bila bayak sangat minum, boleh sakit kepala =)
    Sukashare recently posted..Google Gravity

  6. zool says:

    tak pernah lepak coffe bean camni..
    orang kampung lepak warung je la..
    zool recently posted..Kerepek pisang yang sedap

  7. maza says:

    amvoiiiii.. santai2 gedik2 gitew.. hehehe

    tak nak ambil bekalan kopi 434 ke bang mail.. hehehee

    1. IN says:

      mmg pon dah plan nak borong time raya nanti dan bawa balik KK. :D

  8. akubiomed says:

    Santai sahaja tempatnya.
    akubiomed recently posted..Abang Ensem di Mata Aku

  9. peminat kopi tegar ker?..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Sony DSC-RX100

  10. titan says:

    hoho..aku tengah masak air. tunggu bola. nak wat kopi jap lagi..
    titan recently posted..Malaysia lebih kacak dari Singapura

  11. tehr says:

    Memang hitam pekat melekat tu
    Ni duduk lama2 tak kena table charge ke, bro?
    tehr recently posted..EURO 2012 | Jaringan Gol Terbaik

    1. IN says:

      kalu tebal muka, duduk sepanjang hari pon boleh tanpa extra charge :wink:

      1. tehr says:

        macam tu kalu
        tak kisah la buat2 tebal
        haha
        tehr recently posted..Berat Nak Buka Mata

  12. nurmisnan says:

    Cake tuh nampak sodap ler.. Esok kena pegi coffee bean gak ni.. hik3
    nurmisnan recently posted..Mahu bina rumah di syurga? buat ni..

    1. IN says:

      confirm sedap ehhh.. cari cheese + orio :D

  13. nurmisnan says:

    Bagi aku coffee hitam yang sodap memang di Coffee bean + Dome
    Starbuck so so lah…
    nurmisnan recently posted..Mahu bina rumah di syurga? buat ni..

    1. IN says:

      He he.. kawe lak kureng sikit dgn Dome. Paling suka dengan Caffe Latte di Stabuck :D

  14. anif says:

    Hehe.. Peminat kopi tegar tahu sahaja tempat hang out yang ada offer bagus! :D
    anif recently posted..Foursquare Berwajah Baharu