Simply The Best Way To Drive Traffic To Your Blog

Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari

Kundasang-2 Dulu Lain Sekarang Lain

Beberapa hari kebelakangan ini cuaca di Kota Kinabalu agak panas terik dan kekeringan. Si Roq pon berpeluh hingga keluar ruam. Air-cond di rumah pun terpaksa buat OT kerana panas terasa hingga ke malam hari. πŸ˜€ Atas sebab itu, saya pun mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke kawasan sejuk di Kundasang, Ranau.

Kami bertolak lebih kurang pukul 9.30 pagi (setelah menyelesaikan urusan kerja sedikit) dan tiba di sana kira-kira pukul 11.30 pagi.

Kundasang Dulu Lain Sekarang Lain

Namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hujan yang agak lebat dan berhenti sesekala menyukarkan kami untuk membuat sebarang aktiviti. Memandu pun agak sukar kerana kabus menyelubungi kawasan pergunungan.

Namun, kami tetap juga singgah di beberapa tempat menarik di Kundasang, makan di Pekan Ranau dan bergambar di Kinabalu Park.

Gambar-gambar akan di β€œupload” di blog i masa yang sesuai nanti. Badan ini amat penat kerana trip ini di buat diantara dua game futsal yang memenatkan dan mencabar sekali.

Namun, anda boleh lihat sedikit di sini sebagai β€œintro” πŸ˜€

Kundasang-3 Dulu Lain Sekarang Lain

Kundasang-4 Dulu Lain Sekarang Lain

Kundasang-5 Dulu Lain Sekarang Lain

Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari

0 votes
  • Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah June 9, 2011, 1:37 pm

    En Ismail,
    Kak Long sempat sampai ke Kundasang dan pekan Ranau. Hajat hati nak juga mendaki Gunung Kinabalu, tapi ahli rombongan masa tu semuanya tak berapa minat. Jadi Kak Long sampai kaki gunung ajelah.

  • Avatar for Ismail N Malaysia Travel Blog June 9, 2011, 3:11 am

    Hari tu berjalan kat sini pun, dapat ambik gambar pemandangan sekejap je, kabus punya pasal..

  • Avatar for Ismail N Mus June 8, 2011, 1:31 pm

    memandu di jalan Kundasang Ranau masa hujan memang mencabar.. kalau malam lagilah..

    cantik-cantik gambar tu

  • Avatar for Ismail N Hisyam June 8, 2011, 7:27 am

    Cantik betul angle gambar bro ambik ni. Bro pakai dslr ke?

    #P.S: Domain blog sudah bertukar dari hisyam92.com kepada hisyamz.com. TQ

    • Avatar for Ismail N IN June 8, 2011, 1:07 pm

      tq.. biasa2 jer hasilnya.. yup pakai dslr ..

  • Avatar for Ismail N bEe June 8, 2011, 6:41 am

    Sedapnyer buah-buahan tu

    Tgk gambar yg cantik terus meleleh air liur. Huhuhu

    • Avatar for Ismail N IN June 8, 2011, 1:06 pm

      he he belum tgk depan mata ehhh.. rasa nak beli semua jer πŸ˜€

  • Avatar for Ismail N yas June 7, 2011, 6:55 pm

    Akan ditunggu bro contestnya tuuu…..
    Insyaallah den akan join gak nanti…..

    • Avatar for Ismail N IN June 8, 2011, 1:04 pm

      woraiitt… thanks bro

  • Avatar for Ismail N akubiomed June 7, 2011, 4:19 pm

    Rugi-rugi tidak sempat berjalan di Sabah ketika posting disana kerana Sabtu dan Ahad saya bekerja.

    • Avatar for Ismail N IN June 8, 2011, 1:01 pm

      he he dulu lain sekarang lain.. next time dtg kita jalan2 ehhh πŸ˜€

  • Avatar for Ismail N dnoBiz June 7, 2011, 3:26 pm

    wah makin mantop nampaknya gambar bro πŸ˜€
    teringin bebenor aku nak kesana πŸ˜€

  • Avatar for Ismail N APAN June 7, 2011, 3:17 pm

    lom penah jejak kaki kat sabah ngan sarawak lagi ni.nengok gambo je la dulu.huhu..

    • Avatar for Ismail N IN June 8, 2011, 12:59 pm

      he he dtg blog nie cam melawat gak ehhh.. banyak gambo Sabah di sini πŸ˜€

  • Avatar for Ismail N Ali ridha June 7, 2011, 2:19 pm

    sekali pun tak pernah jejak kan kaki
    ke Sabah.harap boleh dapat kerja disana nanti.

    • Avatar for Ismail N IN June 8, 2011, 12:56 pm

      terus keje ehhh.. bagus juga idea tu πŸ˜€

  • Avatar for Ismail N titan June 7, 2011, 1:31 pm

    dah lama tak pergi kinabalu park nih..teringat masa kat ums dulu. haha..

    • Avatar for Ismail N IN June 7, 2011, 1:37 pm

      He he komisyen banyak tu bro.. beli lah tiket Air Asia dtg sini.. Kita lepak makan seafood ke? Atau jalan2 tengok flora dan fauna (kalu minat fotografi ler) πŸ˜€

  • Avatar for Ismail N afzal laidin June 7, 2011, 8:54 am

    hoho, minggu ni ada contest lagi. boleh cuba lagi.

    • Avatar for Ismail N IN June 7, 2011, 1:32 pm

      πŸ˜‰ lebih hebat.. lebih power…
      tungggguuuuu….

  • Avatar for Ismail N anif June 7, 2011, 7:42 am

    OK la tu.. Kata nak lari dari kepanasan…

    Hujan tambah sejuk la cuaca di sana πŸ˜€ Hujan itu rahmat…

    • Avatar for Ismail N IN June 7, 2011, 1:31 pm

      kalu tak hujan pon sejuk Nif… Cuma sejuk bukan problem di sana tapi kabus ehhh yg buat susah nak driving plus ambik gambo background tak cantek.. he he.. Still, kawe syukur sbb selamat pergi dan pulang sama anak-anak.

  • Avatar for Ismail N tengkorak emas June 7, 2011, 7:33 am

    wow!gambar last sekali tu…hehehe

    • Avatar for Ismail N IN June 7, 2011, 1:29 pm

      Baru sikit jer tunjuk tu TE. Nak tunjuk semua susah sbb bab keta nie, si Roq takleh tengok… mesti dia mau punya πŸ˜€
      Tunggguuuuuu……

  • Avatar for Ismail N maza June 7, 2011, 6:39 am

    amvoii.. sampai panjat gunung gitew. hehehe

    maza pun bercadang mau pergi ke cameron highland.. perginya pun entah bila. harap2 lepas jemputan kenduri kahwen ni kot.. huhuhu

    photog: gambar2 semuanya cantik2 belaka

    • Avatar for Ismail N IN June 7, 2011, 1:28 pm

      sibuk ehhh?… wedding photographer lah katakan πŸ˜€
      kawe pon ingat nak ke cameron jugaklah nanti Maza.. lama dah tak pi sana.

      • Avatar for Ismail N maza June 7, 2011, 4:18 pm

        uiks.. elok boleh gi sama2.. ada gak ler org tolong snapkan gambar maza.. hehehehhe

        • Avatar for Ismail N IN June 8, 2011, 12:55 pm

          cantek πŸ˜€

  • Avatar for Ismail N Sabahan Bloggers Club June 7, 2011, 6:34 am

    Bro pun kena gak ke?
    Kawan FB saya pun sama gak cerita macam ni.
    Nasib lagi boleh ambil gambar ni kan?

    Ada contest lagi ke?

    • Avatar for Ismail N IN June 7, 2011, 1:26 pm

      nasib lah dapat ambik gambar sikit πŸ˜€
      contest sebenar akan bermula nanti … tungguu…

      • Avatar for Ismail N Sabahan Bloggers Club June 7, 2011, 3:13 pm

        Hahahahahaha…..
        Dah ramai yang tunggu ni bro.
        Saya nak hadiah kereta ferrari…. :)

        • Avatar for Ismail N yas June 7, 2011, 6:54 pm

          Uishhhh…boleh order ke? Lau cm tu aku nak Lambo laaa…hehehe

      • Avatar for Ismail N dnoBiz June 7, 2011, 3:27 pm

        Bunyi macam gempak je tu bro…
        cu cita cu cita πŸ˜€

        • Avatar for Ismail N IN June 8, 2011, 12:54 pm

          He he.. dah citer pon…:wink:

  • Avatar for Ismail N nuriz June 7, 2011, 6:33 am

    bila tak tau nak sampai sabah ni, harap2 ada rezeki hujung tahun ni hehe

    • Avatar for Ismail N IN June 7, 2011, 1:25 pm

      mudah-mudahan πŸ˜‰

    • Avatar for Ismail N yas June 7, 2011, 6:53 pm

      Hehehe…den x lamo dah…bulan 7 nih…
      kawan (org sana) pn dh lama buat plan tuk kami…hehehe
      (gi bujang jerrr…)