Permainan LEGO Paling Murah

LEGO Termurah 540x304 Permainan LEGO Paling Murah

Anak-anak saya amat sukakan LEGO. Ada pelbagai koleksi LEGO mereka di rumah dan yang paling mereka suka adalah LEGO Kingdom. Ia adalah permainan yang mengasyikan dan membina kreativiti dan menggalakkan anak-anak berfikir. Bapa-bapa pun adakalanya tumpang sekaki main icon biggrin Permainan LEGO Paling Murah Biasalah zaman bapa-bapa dulu asyik main permainan buatan sendiri yang dibuat dari kayu-kayu, kertas dan tumbuh-tumbuhan. Maka, bila tengok permainan seperti LEGO ini, tentulah teruja hendak cuba sekali.

Cuma masaalah dengan permainan LEGO ini adalah harganya yang begitu MAHAL sekali. Satu kotak LEGO dengan 10 mini-fig + satu bangunan boleh mencecah lebih RM 250. Itu belum kotak yang lebih besar lagi. Harganya tentu meletup lagi. Namun, kalau anda hendak “save budget”, mungkin anda berminat hendak cuba LEGO ciplak yang jauh lebih murah. Harganya cuma 10% hingga 25% dari harga LEGO sebenar. Rupanya pula hampir sebijik dengan yang ori. Lihat sahaja bagaimana saya memasangnya di bawah:

LEGO Paling Murah 540x304 Permainan LEGO Paling Murah

Terdapat pelbagai jenama LEGO ciplak ni yang semuanya dibuat di  “You Know Where”. Harga bagi kotak di atas ini adalah RM 10 sahaja. Jika yang ori, kotak sebegini biasanya dijual pada harga RM 40 hingga RM 60. Kotak-kotak yang besar pula dijual sekitar RM 30 hingga RM 100. Rasanya, tiada yang melebihi RM 200 berbanding LEGO ori yang boleh mencecah sehingga RM 1000.

Rupanya dan saiz agak sama  dengan LEGO ori. Malah, ia boleh disambung dan dimainkan bersama LEGO yang ori. Mungkin jika diperhatikan dengan dekat kualiti kedua-duanya dapat dibezakan. Namun, dari jauh, saya tak rasa ada yang dapat cam kan. Hebat bukan?

LEGO Paling Murah2 540x304 Permainan LEGO Paling Murah

LEGO Paling Murah3 540x304 Permainan LEGO Paling Murah

LEGO Paling Murah4 540x304 Permainan LEGO Paling Murah

LEGO Paling Murah5 540x304 Permainan LEGO Paling Murah

Saya tidak tahu jika ia dijual di tempat-tempat lain. Di Kota Kinabalu, kedai yang menjualnya pun agak berTAPUK (tersembunyi) dari pandangan umum. Saya jumpa pun secara tidak sengaja ketika melarikan diri dari hujan lebat di kawasan tersebut. Saya belikan dua kotak untuk anak-anak saya. Mereka kurang berminat kerana ia bukan karakter yang mereka mahu, akan tetapi mereka tetap simpan dan mainkan bersama yang lain. Boleh juga buat tambah-tambah kan?

- Permainan LEGO Paling Murah

 Permainan LEGO Paling Murah

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Permainan LEGO Paling Murah

Latest posts by Ismail N (see all)

44 thoughts on “Permainan LEGO Paling Murah

  1. barapa y harga lego mau belik si tp tanya harganya dulu ,kalau ada diskon mau belik kalau tak ada pun tak apa asalkan murah aja si,dan di mana tempatnya

  2. kami ada jual lego dengan harga paling rendah. RM45 untuk 6 kotak(1.mini truck construction, 2.race car, 3.star battleront star warrior,4. tip lorry, 5.helicopter, 6.advance navvy) berserta 1 beg box besar untuk 6 kotak tersebut. promosi available until stock sold out
    contact sy difacebook
    https://www.facebook.com/RubyTryToGetStar

  3. As salam,

    boleh share ke LEGo tu brand apa? nak cari jgk yg murah ni..tak mampu nak beli LEGO ori..mahal sangat..
    TQ

  4. Haaiiisshhh
    Anak bEe takleh main lego nnt mahu dia taburkan seluruh umah pastu sorok. Sudahnya tak dpt cari (mungkin masa pindah umah baru menjumpai brg2 yg hilang :-P)

  5. tahun ni dan akan dtg mmg saya hajat nak beli lego.paling penting bermutuh dan lekat tapak2 dia.dah kena skli beli tak lekat pas ni nak bli kena cuba cek try betul2..

    ikutkan harga lego ori mmg mahal hee…

  6. salam bro sihat ker?

    rumah suri lego bongkah yg biasa2 jer…klu yg nak pasang cam atas tu takat ni tak der lagi heee…

    ada bli kat tsco harga murh tapi sayag tapak dia tak lekat sesama sndri huhu..rugi…

  7. Cantik jika dibuat koleksi di dalam almari. Kadang-kadang melihat lego ni sahaja pun dah trsenyum sebab muka-muka karakter tu sumanya ala-ala comel dan kelakar. :)

    • bukan duit kawe sangat pon… duit budak2.. rezeki diaorg.. makcik dan makcik ada ramai dan pemurah.. Kawe tolong bawa pi kedai jer :D

  8. KK.??? Aku dgn mr. hubby baru balik dari KK. Kepenatan lagi..
    3H 2M stay sana. Happening + jam giler.. Panas jgn ceritalah..

    i like LEGO so much tapi mash mengumpul lagi utk di buat bilik khas..

    • alahai nape tak sound? boleh kawe bawa makan seafood kat kg nelayan :D
      kat bando kk mmg jam ajer memanjang dan panas nak mampuih.. Kawe pun selalu elak masuk town. Kalu nak yg sejuk2 naik pi Kundasang.. sejuk mcm kat Europe :D

  9. kuikuikui.. maza tak suka bendalah kecik2 ni.. skrg ni maza suka main games simple2 dlm telefon satu kali sudah.. ahaks..

    dan sambil2 itu cuba2 menangkap gambar makro satu kali uhuk!… lalallalala

  10. Teringin hendak beli LEGO untuk anak tapi mereka tidak pula berminat. Kalau zaman saya kalau ada LEGO set memang sudah hebat. Nak buat collector’s item dah terasa tua pula. :-)

Leave a Reply