Tanjung Emas Muar

1 vote

Tanjung-Emas

Sudah lama blog ini menyepi. Oleh itu, kini tiba masanya untuk diaktifkan kembali. Untuk permulaan, saya paparkan gambar-gambar yang di rakam semasa Hari Raya Adil Fitri. Tahun ini, saya beraya di kampung saya di Muar Johor. Cuma tidak lah lama sangat kerana sudah kurang sanak saudara di sana. Banyak masa di luangkan di KL dan Putrajaya. Adik beradik saya pun ramai yang tinggal di sana.

Namun, sempat juga saya ‘snap’ beberapa tempat di Muar biarpun cuaca agak kurang baik semasa raya.

Tanjung Emas Muar Johor

Mula-mula sahaja panas, kemudiannya hujan memanjang :sad: Untuk entri hari ini, gambar-gambar adalah di kawasan berhampiran rumah saya di Tanjung Emas.

Orang Muor pastinya tahu sangat tempat ini.

Yang tak tahu, enjoylah gambar-gambar ini, ok.

Tanjung-Emas-2

Oh! ya tak banyak berubah bandar Muar. Dulu Gitew, Sekarang Gitew jugak. Cuma ada lebih banyak kenderaan dan poster YTM Sultan Johor. Al-maklumlah, bandar diRaja. Cuma tahun ini, Sultan tak buat ‘open house‘ di Istana Hinggap dekat Masjid Jamek Muar.

Tan Sri Muhyiddin pun tidak buat di rumahnya di Tanjung Emas tetapi bagai tahun-tahun yang sudah, dia buat di Pagoh. Hmmmm….

Muar-Johor-2

Tanjung-Emas-3

Muar-Johor

maksiat

masjid-jamek-muar

Bagi penduduk Muar, Tanjung Emas inilah merupakan tempat tumpuan keluarga dan pasangan-pasangan bagi berehat dan menenangkan fikiran. Ia menjadi sesak tiap kali tiba hujung minggu.

Jangan lupa mengambil gambar di ‘Clock Tower’ dan Kepala Keretapi serta menaiki bot di Jeti. 😀

Bila dah masuk waktu, sila lah ke Masjid Jamek berdekatan untuk menunaikan kewajipan pula.

– Tanjung Emas Muar

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N pahan November 21, 2012
  2. Avatar for Ismail N yusri September 3, 2012
  3. Avatar for Ismail N zik August 31, 2012
  4. Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah August 30, 2012
  5. Avatar for Ismail N akubiomed August 28, 2012
  6. Avatar for Ismail N Jebeng Otai™ August 28, 2012
  7. Avatar for Ismail N Malaysia Coin August 28, 2012
    • Avatar for Ismail N zik August 31, 2012
  8. Avatar for Ismail N hafizmd August 28, 2012
  9. Avatar for Ismail N zool August 28, 2012
  10. Avatar for Ismail N tehr August 27, 2012
    • Avatar for Ismail N hafizmd August 28, 2012
      • Avatar for Ismail N karlflie December 29, 2012
  11. Avatar for Ismail N maza August 27, 2012
  12. Avatar for Ismail N anif August 27, 2012