Tudung Periuk Pandai Beraksi

Idea untuk entri ini tiba semasa saya mengomen di blog Cetusan Hati milik blogger Adele (not the singer ok). Bagi mereka yang buat blogwalking “take note”: jika anda membaca sepenuhnya dan dengan penuh minat blog blogger lain, nescaya ia mampu memberikan anda sedikit idea untuk buat posting bagi blog anda sendiri. So, don’t just scroll down dan terus ke comment box tanpa pedulikan apa yang rakan blogger anda karangkan.

Hormati hasil karya orang lain dan insya-allah anda akan dapat menafaat juga – samada dalam bentuk ilmu pengetahuan mahupun idea untuk berkarya. Nonetheless, entri ini bukannya pasal blogwalking atau komen di blog orang lain ye icon biggrin Tudung Periuk Pandai Beraksi tetapi mengenai sukan! Specifically sukan ping pong.  Dalam bahasa inggerisnya “table tennis”.

Saya bukanlah seorang pemain ping pong yang handal. Blogger Adele pon mungkin boleh menewaskan saya dengan straight sets dan tanpa mengeluarkan banyak peluh icon wink Tudung Periuk Pandai Beraksi Namun, saya amat meminati sukan. Maksud saya SEMUA jenis sukan. Ini termasuklah sukan ping pong. Semasa saya obessed dengan sukan ini dulu, saya habiskan banyak masa di Pusat Belia kampung saya untuk bermain ping pong.

Kami ada buat tournament dan saya ada ler menang sikit-sikit.. cuma bukanlah Champion Utama icon biggrin Tudung Periuk Pandai Beraksi he he… Saya minat dengan Jan Ove Waldner, lagenda ping pong dunia yang berasal dari negara Sweden.  Sapa-sapa yang main ping pon sure kenal pemain yang digelar “The Mozart of Table Tennis” ini. Selama lebih dua dekad beliau mewarnai sukan ini dengan skill beliau yang canggih dan menakjubkan.  Memang HEBAT!

Saya kenal sukan ping pong ni semasa usia saya 7 tahun. Dulu lain sekarang lain. Masa zaman saya kecik-kecik dulu semua benda kena buat sendiri. Beza dengan zaman ni, semuanya dibeli. Barang permainan saya (senapang kayu, lastik, laying-layang dll) semuanya buat sendiri. Oleh itu alatan sukan – bat ping pong, raket badminton, kayu hoki, bolasepak pun buat sendiri jugak! Yang penting bola main ehhh…

Untuk main ping pong kami pakai meja makan atau apa-apa meja yang ada di rumah. Tak pun buat aje pakai kayu-kayu yang atuk simpan bawah rumah. Ukuran meja tu, hentam sajalah. Asalkan boleh main kira syukurlah. Bat ping pong kami buat juga pakai kayu atuk. Kalau tak pun kami guna TUDUNG PERIUK! Zaman dulu,  ramai orang pakai periuk untuk memasak.. so tudung periuk pun banyaklah icon biggrin Tudung Periuk Pandai Beraksi Cuma bola ping pong lah terpaksa beli. Kongsi duit beli untuk main ramai-ramai.

Kehebatan aksi tudung periuk bukan setakat di meja ping pong sahaja. Mula-mula saya main badminton pun pakai tudung periuk sebagai raket jugak. Bila dah besar sikit, baru dapat beli raket yang proper. Oleh kerana tudung periuk tak de spring macam raket badminton, maka pemain-pemain tak boleh terlalu jauh jarak mereka. Kalu tak tak sampai nanti!

Selain dari itu tudung periuk kami gunakan dalam  sukan squash, tennis dan baling-baling ala Flying Sourcers UFO.  Dalam kata lain, banyak kegunaan tudung periuk buat kami zaman dulu. Ia bukan setakat pandai menari macam dalam lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ia pandai juga beraksi. icon biggrin Tudung Periuk Pandai Beraksi

- Tudung Periuk Pandai Beraksi

 Tudung Periuk Pandai Beraksi

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Tudung Periuk Pandai Beraksi

21 thoughts on “Tudung Periuk Pandai Beraksi

  1. hehee apa yang sama, aku pun walau tak pandai main banyak sukan tapi suka dan minat byk sukan…. kalau ping pong, aku main guna buku log — keras sikit ekekee..

    satu lagi aku suka tendang bola tenis ke arah dinding dalam rumah, main sorang pon jadi, tapi nasib baik xde cermin yang pecah….

    punya lama da entri baru jumpa :D

  2. wakakak.. entry nostalgia yg terbaik..
    betul2 mengimbau kembali saat maza anak2 kecil dahulu kala..

    tapi maza taklah sampai main tudung periuk.. ada harapan kena piat telinga dgn emak.. dijinjitnya satu kampung… aderkk..

    hahahaha

  3. aku pernah gak main dengan tudung periuk ni
    lepas tu guna keratan papan dinding
    tapi
    memang aku tak reti nak main ping pong ni sampai sekarang
    huhu

  4. Salam Mail..
    Aku pun satu kapal ngan Mail ni… pakai tudung periuk buat macam-macam… kadang2 rembat atas tunku yang tengah tanak nasik haha…pastu kena pelangkung mak pakai sapu lidi… :)

  5. sy mungkin upgrade ckit kut..bukan tudung periuk..mmg bad pingpong tp yg paling murah pny…main atas meja panjang..letak bekas kaset byk2 kat tengah2 sbg net..

    selagi minat tu ada, kita akan berusaha utk jd lebih baik dr yg sebelumnya :D

  6. bijak…bijak…. kita dulu memang pandai cari idea. macam cik Siti kalau main bola rounders(bola tennis) mesti main dengan kayu api nenek… melaung melaung dia bila tengok kayu hilang satu persatu

  7. Memang pernah ada bat tennis yang dibuat oleh abang-abang sepupu dengan papan yang diambil daripada celah mana ntah. Kak Long pun menumpang semangkuk gak main.
    Tak pernah main dengan tudung periuk pulak masa tu…sebab kita orang sentiasa ada banyak papan masa tu… :)

  8. aku pernah buat meja snooker guna almari sekolah.maklum la,budak sekolah menengah teknik,memang kreatif menghasilkan benda2 yang ‘luar biasa’ dan tak berfaedah ni.hehe…berlagak pulak :p

    kayu pulak guna kayu penyapu je.bola je ada yang sponsor.kalau tak aku guna guli je.haha :p

  9. Kreatif nya masa kecik2 dulu
    mcm2 benda buat sendirilah :)
    DLSL mesti dah jadi legendary dlm sukan PP ni
    Adele mungkin akan tewas dgn sy kot klu men PP. ahaks ;)
    Sbbnye my spinning ball xde sape boleh balas (poyo) ;P

Leave a Reply