Google AdSense

Google AdSense

Godaan Masakan Padang

Komen-Masakan-Padang

Tersenyum bila saya baca komen dari Kak Long Mawar Merah dalam entri Sedapnya… Masakan Padang. :D Apa yang Kak Long tulis itu memang benar, cuma bukan semua restoren buat cam tu. Maybe yang besar-besar sikit ajelah sebab mereka ada ramai pekerja dan tukang masak untuk menggoda selera makan anda. Jika tak mampu tahan godaan Masakan Padang, maka meletup lah bil yang anda perlu bayar nanti. :D Setiap piring lauk yang anda sentuh, biar sedikit pun akan mengakibatkan anda terpaksa membayar keseluruhan harga sepiring lauk itu. Oleh itu, fikir baik-baik apa yang anda mahu makan. Jika makan berdua, bertiga atau beramai-ramai, kena pakat baik-baik akan mana lauk yang mahu dipilih. Yang tidak mahu tu, boleh minta pekerja mereka alihkan dari meja kita agar tidak menggoda jiwa.

Godaan Masakan Padang

Salah satu restoren di Jakarta yang menawarkan Masakan Padang sebegini ialah di Restoren Garuda di Jalan Wahid Hasyim. Ia berdekatan dengan Burger King dan McDonald, jika anda biasa dengan kota Jakarta. :D Restoren yang agak luas dan selesa dan lengkap dengan penghawa dingin dan pekerja-pekerja yang cekap dan berdisplin. Sebaik sahaja anda bersetuju untuk makan di situ, dengan pantas mereka akan menghidangkan nasi dan lebih 30 jenis lauk di meja anda. Mana yang tidak mahu, boleh di reject.

Restoren Garuda

Godaan Masakan Padang

Masaalahnya ialah bukan mudah nak tolak lauk-lauk yang dihidangkan. Semuanya di masak dan dihidang dengan menarik sekali. Kemudian pula, anda dan kengkawan anda pastinya ada selera yang berbeza-beza. Akibatnya, hmmm.. jangan hairan ratusan ribu Rupiah habis biarpun yang makan cuma 3 atau 4 orang sahaja :D

P/s : Gambar di atas cuma sebahagian sahaja dari lauk-lauk yang dihidang. Ada lagi yang tidak sempat saya snap lantaran godaan Masakan Padang yang menggilakan!!! Ada juga buah-buahan, puding, kek, aiskrim sebagai dessert yang tiba semasa kami sibuk makan.

- Godaan Masakan Padang

19 Comments

  1. titan says:

    dah usik, mestilah kena bayar maa..haha

  2. nizamghazi says:

    Buat perut ni berbunyi2.
    Malam2 macam ni rasa lapar pulak. :)
    Saya tak pernah pergi Jakarta lagi.
    Makan nasik padang pun kat M’sia je.
    Mungkin nasik padang sana lebih enak
    nizamghazi recently posted..SNG is Back!

    1. IN says:

      lebih enak?… hmmmm…
      susah nak jawap sobab kawe ni jenis tak cerewet psl makan :D

  3. maza says:

    aduh! menjejes sudah air liur ini….

    tetiba teringatkan masakan kampung di sana.. aduh.. terliur sehhhh
    maza recently posted..Cacat tak menghalang menunggang motor besar!

    1. IN says:

      adehhh… jangan ler tumpah air liur kat sini lak oiiii.. :D

  4. akubiomed says:

    Fuh banyaknya lauk yang dihidangkan kalau tidak tahhan godaan semuannya hendak dirasa.
    akubiomed recently posted..Kita hanya terbaik di Asia Tenggara

  5. Mus says:

    kalau tergoda.. habislah..
    Mus recently posted..Anak-Anak Mandi Laut Di Pantai Tanjung Aru

  6. adele says:

    uish..sampai mcm tu sekali..sentuh pun tak boleh..parah ni :D
    adele recently posted..Lelaki Pandai Jahit Langsir Barulah Sweet dan Kacak

    1. IN says:

      boleh pandang2 tak boleh pegang2…. :D

  7. amirulfaiz says:

    Uish, bisa tergoda gini pak. :)

  8. hatiputera says:

    wow,,,ratusan ribu rupiah,,,,
    hatiputera recently posted..Hidupan aneh di laut dalam

  9. tehr says:

    ini macam kalu
    kena bawa duit seguni ni
    haha
    tehr recently posted..Kelayakan Olimpik 2012 | Perlawanan Keempat Malaysia vs Bahrain

  10. Kak Long Mawar Merah says:

    Ingatkan setting kat hp silap hinggakan hanya keluar komen aje tadi. Rupanya ada reaksi pada komen Kak Long yang lepas. hehehe…
    Restoran Garuda Nasi Padang memang best! Banyak pilihan dan suasana pun menarik. Satu lagi Restoran Sederhana yang banyak cawangannya sekitar Jakarta tu.

    1. IN says:

      kawe mmg nak tulis pun psl restoren ni Kak Long. Tapi Kak Long dah bukak citer dulu, so kenalah sebut skali dalam entri ni :wink:

      1. Kak Long Mawar Merah says:

        Ooo….sorrylah dah anti klimaks ya..
        Tapi kira mukadimmah jugak tu.

  11. lunaticg says:

    Kena plak yang hidang tu cewek-cewek kan? :D
    Tapi sate padang memang jauh beza dari sate Malaysia. Sakit perut saya makan.
    lunaticg recently posted..€50 Adele Bloch-Bauer Gold coin

    1. IN says:

      tentulah cewek2 :D

  12. nurmisnan says:

    amboiiiii.. manyaknyer lauk. aku suka giler masakan padang.
    ada sambal hijo + ayam penyet + daging deng deng = manyak lagi
    ler tak sempat sebut… hik3

    dah balik Msia ke brother?
    nurmisnan recently posted..Lelaki mengamuk rempuh kereta isteri sampai remuk

    1. IN says:

      lama dah balik :D
      cuma citer nya blum abis :wink: