Saya hilang 5kg semasa bulan puasa.
Bukan senang nak capai 5kg tu! Namun, selepas seminggu hari raya, saya telah mendapatkan kembali 5kg tersebut. Maka, tidak hairanlah jika ada orang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk program pelangsingan badan. Ini kerana hendak gemuk sonang tetapi hendak kurus alahai sebulan puasa pun sikit kesannya. Tambahan pula di hari raya, makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Antara yang paling ngetop di rumah saya tahun ini adalah ‘Kambing Panggang‘.
Bukan mudah untuk memanggang kambing rupanya. Alatan perlu cukup dan mesti tahu guna rempah yang sesuai. Kambing yang kami panggang beratnya 21kg. Agak besar dan terpaksa dikudungkan kakinya agar dapat ‘fit’ pada alat memangang. Alat tersebut juga menggunakan ‘motor‘ bagi memusingkan kambing. Kalau guna cara manual (tangan), aduh lenguh lah tangan memusingkannya. Paling kurang ialah 3 jam bagi tugasan ini sahaja. Oleh itu, jika hendak dihidangkan di waktu malam, jangan tunggu lewat petang baru nak uruskan segalanya.
Kambing yang hendak dipanggang dibungkus dengan foil alumminium bagi menggelakkan ia hangus atau masak di luar sahaja. Api mesti lah cukup dan konsisten. Bahagian paling luar, elakkan dari dimakan sebab ia nya paling keras dan liat. Yang terlalu dalam pula, ada kemungkinan ‘under cook‘ pulak. “wink:
Kambing panggang sedap di makan begitu sahaja. Gunakan sos cili untuk menambahkan rasanya dan sesuai juga dimakan bersama nasi. Alatan memanggang kambing agak mahal sikit. So, thank you kepada pakcik kami yang sudi membawa alatan tersebut ke rumah kami pada malam raya yang lalu.
- Kambing Panggang Hidangan Hari Raya




A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
wah terasa sedap masakanya berapa harga tu mesin pangang kambing ??
ini baru betul makan besar…
yusri recently posted..DIY Tukar Downlight Pada Hari Merdeka 2012
Siap ada alatan memanggang kambing lagi.
Nampak menyelerakan.
Apa bahan-bahan rempah yang sesuai untuk panggang kambing tu?
Kambing mmg sedap. Panggang ke, golek ke, kari ke….pe2 jerlah…hehe
Naik mmg senang, turun punyalah payah…sama =)
hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #6 Kahwin?
Hebat sedia kambing panggang lagi.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Next Malaysian Astronaut
aduh! terliur sudah…
maza makan kambing panggang yang dibeli dari pasar raya aje.. hehehe
cicah sama lada hitam dan putih… perkhhhhh!!
brown sos satu kali gitew.. hehehe
maza recently posted..Gadis Bertudung Servis Tubuh
lagi2 bhagian rusuk die..mmg terbaik
Jebeng Otai™ recently posted..Teknik Balikkan Cahaya Flash
Perghhh.. Mantap tu.
anif recently posted..Ancaman Penipuan Melalui SMS
hehee sama la kita bro Mail, 3 hari sebelum raya aku timbang 66, balik jb timbang 71.. erkkk
padin recently posted..Hobi : Koleksi 2012
Aku kurang sikit kambing panggang. Steak kambing yezzaaaaa
my fav walaupun aku jarang2 + kadang2 makan.. Emmmm so good
nurmisnan recently posted..10 ENTRI TERBAIK DENAIHATI
hoho..bak sikit. ada baki lagi tak??
Ambe agak, tinggal tempat panggang jer titan…hehe
hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #6 Kahwin?