Google AdSense

Google AdSense

Makan Rojak Buah Di Suria Sabah

Rojak-Buah

Cuma ada satu sebab sahaja buat saya untuk pergi makan di Food Court di Suria SabahROJAK BUAH! :D Saya memang sukakan rojak buah sejak kecil lagi terutama ketika masih tinggal di kampung di Muar. Semasa tinggal di KL, agak susah hendak mencari rojak buah ini. Lebih susah hendak cari bila dah pindah di KK. Cuma sekarang ni tidak susah lagi kerana adanya gerai rojak buah di Suria Sabah dan Centre Point Sabah.

Agak susah hendak membuat perbandingan di antara rojak buah Suria Sabah dengan rojak buah Muar. Namun, saya rasa saya akan ‘bias’ pada rojak buah Muar atas sebab-sebab tertentu :wink: Akan tetapi, fakta yang selalu pergi ke Suria Sabah untuk menikmati rojak buah bermakna rojak buah Suria Sabah ini boleh tahan sedapnya. Tambahan pula dengan pemandangan menarik ditepi laut terutama apabila cahaya terang dan langit biru di angkasa. Maaf sebab gambar yang saya ambil dan letakkan di bawah kurang menarik. Langit agak mendung ketika saya di sana hari tu dan hujan pun turun sebaik sahaja saya habis makan rojak buah :D

food-court-suria-sabah

suria-sabah

Bagi mereka yang ingin merasa rojak buah, silalah ke Suria Sabah atau Center Point Sabah. Harganya adalah dari RM 5.00 ++ sepinggan. Di Suria Sabah, gerainya terletak berdekatam pintu masuk Food Court (sebelah dalam), manakala di CPS, ia terletak di Palm Square, dekat dengan Tuah Baker.

- Makan Rojak Buah Di Suria Sabah

You may also like:

23 Comments

  1. Mus says:

    rojak buah di CP memang pilihan kami sekeluarga
    Mus recently posted..McDonalds Tawau Kini Dibuka

  2. nizamghazi says:

    View yang menarik di sana.
    Makan rojak buah sambil hirup udara nyaman.
    Honestly belum pernah ke Sabah
    nizamghazi recently posted..Tiada Tajuk Sesuai : Menulis Kerana Hobi featuring Tommy’s Theme

  3. MDHAFiZ.NET says:

    Rojak sotong .. . . sedaaap .. owww .. . .
    rasa mau ke Kudat la… . :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..New Proton Preve 2012

  4. Nampak aje dah menelan air liur. Nak kena cari rojak buah juga ni.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Dilema Generasi Y

    1. IN says:

      selalu mkan kat mana?

      1. Selalunya makan di gerai berhampiran sekolah ni aje. Kalau tak pun buat sendiri.
        Kak Long Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Majlis Kesyukuran Penganugerahan Persijilan Persekitaran Berkualiti

  5. titan says:

    pehh..pedas tak? mesti sedap gila ni. kuah pekat.
    titan recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan HzTours

    1. IN says:

      bagi kawe, tak ler podas..

  6. TE dapat draf ke port klang bro 21 mei ni, ada kwn2 lain ke sabah, satu masa nnt mybe TE sampai sabah juga nnt he
    tengkorak emas recently posted..Bila Tengkorak Emas cuba shuffle…

    1. IN says:

      kalu sampai KK, kawe sambut dgn red carpet.. :D

  7. lunaticg says:

    Kat Sabah nak cari rojak buah bukan senang, kecuali buat sendiri…. :)
    Kat sini nak cari rojak mee xpernah jumpa lagi.., kecuali mee rojak mamak… :(
    lunaticg recently posted..Kelab Warisan Numismatik

    1. IN says:

      opps lupa pulak.. satu lagi tempat di kk sabah yg ada rojak buah ialah di RCH. Cuma kawe dah jarang pergi RCH sejak pandan chicken + nasi naik ke RM 7.80 sepinggan he he.. :D

  8. stail betul tempat tu..
    tingkat atas pastu tepi laut pulak tu..

  9. maza says:

    waduhhh.. gambarnya mencongkam jiwa lah abg mail…. huhuhu

    tetiba terliur dan teringatkan rojak buah pakcik yg jual tiap2 hari rabu aje.. huhuu.. minggu depan mau serbulah.. uhuk!

    oppss.. abg mail makan rojak2 ni, ada makna ka? ada baby baru ka? hhahahaha

    1. IN says:

      adaaaa… baby kucing. tgk entri yg lepas-lepas :D

  10. akubiomed says:

    Saya ini hantu rojak buah. Emak saya setiap kali buat rumah terbuka akan membuat kuah rojak buah sebagai pencuci mulut.
    akubiomed recently posted..Maklumat Google+ profile author pada Google search results

  11. tehr says:

    Cair je air liur aku
    Hehe
    tehr recently posted..Facebook Si Muka Buku

    1. IN says:

      err.. air liur mmg bukan dah cair ker? :wink:

  12. ProfHariz says:

    Cantik permandangan :) Kalau ke sabah pasti saya pergi ke sini. Dan rojak buahnya buat saya terliur :)
    ProfHariz recently posted..Pilihan Raya Umum (PRU 13) Pada 13 Mei 2012 ?

  13. nurmisnan says:

    Adusss…. terliur plak malam2 hari nih..
    tak boleh jadi.. esok kena buat jugak.. hik3..
    nurmisnan recently posted..Berita baik untuk bakal pengantin – Photographer

    1. IN says:

      mintak resepi :D