STICKY POST: First of all, ini bukannya satu “contest”, tetapi lebih kepada satu cabaran kepada blogger-blogger semua yang berminat untuk mengambil cabaran ini. Mahu juga saya tengok berapa ramai yang sanggup mengarang tanpa dapat apa-apa hadiah
Tapi atas semangat mahu berblogging. Cabaran ini MUDAH! Dan ianya adalah bersempena dengan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Jika anda berminat, saya mahukan anda menulis satu kisah menarik pada satu hari di Hari Raya di blog anda. Tak kisahlah bila berlaku: samada waktu kecil, remaja atau dah berumur sikit
Kalau boleh kisah benarlah ye.. so, boleh jugak jadi renungan dan pengajaran buat yang lain-lain (jika ada).
NOTE: upadate 25.08.2011 – Cabaran DiTutup. Maklumat Lanjut Di SINI.
Apabila selesai buat entri ini, anda komen di bawah dengan menaip “SUDAH BRO”. Tak payah letak link pon. Saya akan pergi ke blog anda untuk cari entri itu, komen cerita anda dan letakkan link ke entri anda di bawah ayat-ayat yang saya karang ini. Amacam? OK ke?
Cabaran ini berakhir pada 25hb Ogos 2011. Tak boleh lama-lama ok. Saya pon nak buat persiapan raya jugak! Kisah yang paling menarik hati saya akan saya RE-PUBLISH di blog ini (Dengan izin Anda) berserta satu link balik ke blog anda. Kalau minat, karang lah cepat-cepat ok. Thanks in advance!
Update Hadiah: Blogger Adila dari blog Snap telah bermurah hati untuk menyumbang bagi Cabaran Blogger Satu Hari Di Hari Raya ini. Entri terbaik (ikut pilihan cik Dila kita .
) akan di re-publish juga (dengan izin) di blog SnapDua Tiga lagi yang menarik akan menerima POSKAD Ucapan Selamat Hari Raya oleh Adila dari LONDON dihantar melalui Royal Mail UK. Pstt.. gitew ker Dila?
So, sapa yang berminat join.. sudi-sudikan lah yer. Yg nak sponsor pon silakan (he he.. dengan muka tebal
).
UPDATE:
Berikut adalah blog-blog yang telah turut serta setakat ini dengan nukilan-nukilan terbaik Satu Hari Di Hari Raya untuk kita baca dan renungkan dan berhibur bersama. Thanks buat semua yang menjayakan projek ini. Jom Baca:
- Kisah menarik di pagi raya bersama blogger Akubiomed. Notalgia dulu lain sekarang lain nampaknya bro? he he… Jom baca di SINI.
- Peristiwa sedih di hari raya. Buat kita menginsafi kekuasaan Allah swt dan sentiasa cuba buat yang terbaik kepada keluarga tercinta semasa mereka masih ada. Nukilan blogger Hafizmd. Baca di SINI.
- Kisah menarik tentang merajuk Blogger Nizamghazi. Agak lucu jugak terutama bab usha tetapi klimak cerita amat sedih sekali. Banyak pengajaran serta lahirkan nostalgia buat mereka yang pernah tinggal di asrama. Boleh baca di SINI.
- Satu lagi kisah sedih di pagi raya nukilan blogger Maza. Ia buat saya terkenang pada arwah ibu saya dan ada bahagian2 dalam entri ini buat saya benar-benar rasa hiba. Maza turut menyelitkan unsur-unsur moral seperti mengingati mereka yang miskin dan tidak berkemampuan di Hari Raya seperti anak2 yatim. Cerita sepenuhnya di SINI.
- Penyertaan kelima diterima dari blogger Abgreds dari blog Abgreds. Orang kampung saya (muo’). Cerita yang agak lucu di pagi raya bila si Reds time kecik2 cuba nak memandai he he.. Akibatnya? Cuba lah baca di SINI. ok!
- Ramai yang suka kisah pagi raya, so, blogger Padin dari blog Padino.Com pun bercerita sedikit tentang kisah pagi raya. Bab salam menyalam dan menyambut raya lepas punyai pekerjaan. Baca lah kat SINI.
- Satu lagi entri yang amat sedih dan mengingatkan kita semua tentang kasih ibu. Nukilan dari blogger bEe dari blog Sakura’s. Beberapa kisah hari raya mengikut kronologi tahun bermula dengan kisah anak dara kecik mencuba kasut tumit tinggi hingga jadi seorang ibu. Baca di SINI. ok.
- Entri ke lapan adalah dari blogger Tehr dari blog Teh Ramuan. Lain dari yang lain kerana ianya ditulis dalam bentuk pantun.
Menarik kisah raya bujang dan raya bila dah kawin. Sempat cikgu kita ni mengajak mana-mana yang bujang agar cari pasangan dengan cepat.. Baca la kat SINI. - Seterusnya pula adalah entri dari Kak Long Mawar Merah dari blog Mawar Merah. Ianya cerita tentang rendang aidil fitri yang mana cuba dibuat oleh Kak Long dan adik-adik buat pertama kali tanpa bantuan arwah ibu mereka. Banyak pengajaran boleh di pelajari, terutama anak-anak gadis ye! Agak sedih toward the end of the story.. Baca kat SINI.
- Kalau ada yang terkena kes silap saiz baju raya
, sure tersengih bila baca kisah pagi raya nukilan blogger Nora dari blog Kongsi Bersama Nora. As usual, ibu memainkan peranan penting di pagi raya. Tak caya, baca selanjutnya kisah ini di SINI. - Selanjutnya, kita di bawa kembali ke zaman rock kapak oleh blogger Zulkbo dari blog Zulkbo.Com. Namun kisahnya tak brutal tapi lucu apabila geng bro Zul pergi beraya di rumah awek sekolah yang jadi idaman hati. Kisah jumpa bakal mertua yang jadi ingatan beliau sehingga hari ini. Baca di SINI kisahnya.
- Yang ini pun lucu jugak. Nukilan dari blogger Cik Siti dari blog Bayu Kenangan. Ianya kisah cari duit raya dan ramai yang pasti tersenyum sebab hal macam ini pasti mereka juga dah lalui, CUMA he he ada extra yang Cik Siti alami. Ini gara-gara baju kurung merah. Nak tahu kisahnya. KLIK DI SINI yer.
- Api bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.. itulah moral yang cuba disampaikan oleh blogge Isza dari blog Semekar Kasih. Akibatnya ada rumah yang terbakar dekat-dekat nak raya. Rumah siapa? Plus, ada hantu ker dalam cerita ni? Jeng Jeng Jeng… Sila baca kat SINI.
- Ini entri yang punyai pelbagai kisah yang melucukan. Teknik buka puasa tanpa makan dan diatas motorsikal pon di masukkan bersama. Entri ini adalah nukilan blogger Mohd Nizam aka Tok Kebayan dari blog Pondok Tok Kebayan Turut diselitkan adalah dugaan-dugaan di bulan puasa. Korang semua sure ketawa punya. Kalu tak caya, baca kat SINI.
- Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari Raya


A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
Okay Bro sudah letak link. Cuma macam tak dapat link je….
Mohd Nizam bin Jaafar recently posted..Sejarah Permotoran Tok (Part 2)
roger that… otw ke sana….
tahun2 sebelum ni nampak cam biasa. mungkin tahun ni ada sikit lain.. lepas raya buat entri leh?
zool recently posted..Wordless Wednesday # Satunya kerengga
he he..lepas raya volleh.. tapi tak masuk list aje lah..
Sempat lagi la kan kalau nak join? Cambest je
Zida recently posted..JOM! Kasih Ramadhan 2.0 – Misi Sumbangan 130,000LE Untuk Mesir, Ghana, dan Orang Asli Cameron Highland
Dua ari jer lagi…
terima kasih kerana sudi kongsi cerita saya…
Cik Siti recently posted..Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari Raya
welcome.
salam,
SUDAH BRO
isza recently posted..Cabaran Blogger Satu Hari Di Hari Raya
thank u thank u.. dah masuk list dah..
cerita menarik.. i LIKE
me too.. ihik!
maza recently posted..Merdeka! Merdeka! Merdeka! …. MERDEKA RAYA!
trima kasih kerana sudi kongsi cerita saya..
isza recently posted..Umpan
Tak ada lagi kisah raya yang menarik untuk dikongsi..hihihih
Malaysia Travel Blog recently posted..The Simpangan River, Kota Marudu
erkkk.. maksud nya hari raya semuanya tak menarik? alahai bel. ciannya dia
This year sambut dgn hubby kan? sure jadi menarik…
SUDAH BRO
http://tok-kebayan.blogspot.com/2011/08/kenangan-di-bulan-ramadhan.html
Mohd Nizam bin Jaafar recently posted..Sejarah Permotoran Tok (Part 2)
Thanks. akan check nanti.
Skrg ni ada tugas yg perlu di selesaikan
curi-curi online jer nie
salam perkenalan… first time di sini dan tertarik dengan cabaran yang diberi.
saya join..
SUDAH BRO!
Cik Siti recently posted..Cabaran Blogger |Satu Hari Di Hari Raya
Thanks. Nanti saya check ok. Agak sibuk sikit buat masa…
cilok2 jer ni tgk e-mail dan moderate komen.
salam..

saya join juga..
zulkbo recently posted..Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya Di Jengka Pahang
w’salam…
cantek, menarik dan tertarik… rock kapak ehhh
baca dan komen , seronok tengok kawan2 lain dah mula buat entri ..saya ?? sibuk sikit maaf tk leh join ..
puanbee recently posted..Terkini Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi
it’s ok kalu tak boleh..
kawe pon seronok baca entri2 mereka yg dah buat…
akan join kalau sempat insya’allah – kalau dah join saya update bro ok
neo recently posted..Bagaimana Meningkatkan Tahap Pembacaan Blog Anda
wokey.. thanks in advance
Encik Ismail, Kak Long dah siapkan entri untuk cabaran ini. Silalah jenguk-jenguk ya!
Kak Long Mawar Merah recently posted..Rendang di Aidilfitri :Cabaran Blogger I Suatu Hari Di Hari Raya
[...] Secebis kisah ini juga Kak Long rakamkan demi menyahut cabaran Encik Ismail untuk blog DLSL. [...]
patut la ramai yg buat post hari raya..
mesti menarik membaca kisah2 hari raya blogger…
Hairul Hissam recently posted..Resepi buat tepung goreng pisang paling rangup. Jom pelbagaikan lagi hidangannya
dekat2 nak raya nie, kisah raya mmg syok di baca… boleh buat tersenyum sendiri kalau ada yg sama…
perut senak lepas berbuka
tengah malam nonton zorro
tak tersangka tak terduga
aku pun nak kata ‘sudah bro’
hahaha
tehr recently posted..Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya
Thanks bro.. sori lambat check… ada urusan family sehari dua nie..
[...] jenguk di sini: Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya, pasti meriah dengan kisah-kisah raya dari sahabat blogger. Kisah dan kenangan raya Mr Tehr tak ada [...]
[...] Kaki : Cabaran Blogger | Satu Hari di Hari Raya dari Bro Ismail N telah pun disahut oleh bEe FacebookEmailLike this:LikeBe the first to like this post. This [...]
SUDAH BRO
padin recently posted..Cabaran Blogger : Satu Hari Di Hari Raya
woraittt.. coming etcha now…
Thank you bro.