Google AdSense

Google AdSense

Hari Ke Lima Belas

Hari ini hari ke lima belas blog ini dinaikkan alam siber. Pada 3hb Mei saya meletakkan entri pertama yang bertajuk “Dulu Lain Sekarang Lain” yang secara amnya sekadar memberitahu yang saya sudah berpindah ke sini. :D Tolak entri ini, maka saya telah hasilkan 43 entri di blog ini dalam masa 15 hari. Rakan blogger, Ghost Writer ada tulis “Laju benar up entry bro nih”.. he he Maaf bro semua. Saya memang suka menulis dan bercerita. Cuma kalau jumpa saya secara berhadapan pula nampak saya macam pendiam sebab saya tak suka untuk berkonflik dan suka membiarkan orang lain bercakap sebanyak yang mereka mahu. :D Jadi saya cerita kat blog sahaja la kan?

Night-Shoot

GAMBAR HIASAN - Gambar di ambil berdekatan Ofis Waktu Malam. OT ehhh..

Ada entri-entri yang dimasukkan tu melantun-melantun gak (pinjam Maza yer..) Ini kerana selain dari bercerita, saya suka mengambil gambar (Fotografi). Skill tak ler hebat mana. Tetapi orang-orang yang ada hobi ini selalunya suka jika hasil mereka di nilai agar diri dapat membaiki lagi kelemahan yang ada. Ada gambar-gambar (terutama gambar kereta), saya pun tak tahu nak tulis apa, tetapi nak di tempek begitu sahaja rasa tak ngam pulak sebab ini bukan blog fotografi tetapi blog macam-macam ada. So saya tulis aje lah apa-apa yang patut. :D

Dulu-Lain-Sekarang-Lain

Saya ni tak lah muda. Umur saya lebih kurang umur Maza..:D Anak pun dah ramai. Tetapi I’m really glad yang ada anak-anak muda yang selalu gak jengah blog nie. Terima kasih banyak-banyak. Mungkin juga sebab kandungan blog ini yang agak ringan. Dulu-dulu saya suka tulis material yang berat-berat dan bersifat SoPo, tetapi saya tak suka perangai pembaca yang suka mencarut dan cakap yang bukan-bukan. Rasa bagus dapt pembaca-pembaca yang macam sekarang nie.. Semuanya relax dan berkhemah tinggi. Anyway, Dulu Lain Sekarang Lain; … Dulu Blog Lain.. Sekarang Blog Lain; Dulu Stail Lain.. Sekarang Stail Lain Thank you semua atas support yang anda berikan. Happy Blogging yer dan penuhkan cuti hari ini dengan aktiviti berguna. Salam….

- Hari Ke Lima Belas

26 Comments

  1. [...] Blog ini usianya BELUM PUN SEBULAN, oleh itu, saya rasa agak terkejut jugak kerana ada juga orang-orang yang tak senang dengannya. Namun, seharusnya anda semua tidak perlu risau kerana apa-apa yang ditulis di sini adalah berdasarkan FAKTA di hadapan saya dengan “fair comments” yang saya buat tanpa sebarang prasangka buruk atau dengan “mala fide”. Saya punyai pembelaan saya sendiri bagi isu ini, namun adalah baik bagi pembaca membaca sendiri ENTRI TERSEBUT dan berikan pendapat anda mengenai penulisan itu. Is it a fair comment? Adakah ia dibuat dengan niat jahat? Adakah saya katakan terang-terangan bahawa produk tersebut tidak halal? atau saya sekadar menyatakan tiadanya logo halal dipaket, manakala logo di iklan dicetak dengan cara meragukan sehingga saya tak jadi meminumnya? [...]

  2. [...] Dan Kita May 18th, 2011 by IN. Dalam entri yang lalu, saya sempat sentuh soal usia. Saya rasa usia banyak mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran kita. [...]

  3. bEe says:

    Masih memikir
    “mengapakah Ismail N mencari nafas baru di blog lain”????

    Tp, hakikatnya, blog lama tu pun bEe susah nak masuk kebelakangan ni. Dah dpt then nak komen pun susah pulak. Adakah disebabkan perkara itu yer :-)
    bEe recently posted..Pencarian 1-111 telah BERNOKTAH!

    1. IN says:

      soal sendiri.. jawap pun sendiri .. he he..
      ngam lah tu. Saya bukan expert sgt bab coding ni… kalau dah berbulan msh tak dapat settle, baik cabut kan? :D

  4. Selain blog ni, saya juga suka membaca blog Uncle Lee, dia lagi la dah tua sangat. Tapi cerita dalam blog dia best, tak lah macam sesetengah blog yang siap menyindir atau nak menjatuhkan blog orang lain…
    Princess Zezebel Lair recently posted..The Wedding Story- again

    1. IN says:

      ehhh saya tak tua lah :lol: jauh lagi dari uncle lee he he…
      adakala ikut perasaan tu.. tak sengaja kenakan org lain.. ambik yg positif K :D

  5. LiFe KaMi says:

    blog lah tempat kita utk becerita apa saja tapi jgn sampai melibatkan isu sensitif terhadap masyarakat sekeliling kerana blog ni adalah open dibaca oleh semua org tak kira muda dan tua..
    blog bro mmg simple dan menarik, kalau ada masa free kami akan kunjungi blog kawan2 juga…:)

    1. IN says:

      terima kasih… appreciate sangat :D

  6. Syabas Encik Ismail, memang laju. Teruskanlah menulis sebab seronok membaca entri-entri di blog yang dulu dan blog sekarang.
    Pendiam rupanya Encik Ismail ni ya…
    Kalau jumpa Encik Ismail dan Maza, nak tengok siapa yang lebih banyak cakap.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Jutawan Dunia @ Jutawan Akhirat

    1. IN says:

      thanks atas support tu.. saya appreciate sangat-sangat.
      kalau saya dan Maza berjumpa.. silap2 main pandang-pandang .. jeling-jeling je kot? :lol:

  7. maza says:

    maza pun sama, kat blog peramah bila berdepan mata, mazalah paling pemalu.. pendiam.. tunduk aje muka sambil main kuku.. ahaks…

    lantun-lantun sudah.. hehehehe
    maza recently posted..Ummu Fatt- Hari Ibu

    1. IN says:

      kalau kita berjumpa.. sepi tanpa suara lah Maza? alahaiiii…. :wink:

      1. takpe bro, mendengar sebenarnya adalah aspek penting untuk komunikasi, :)

  8. yas says:

    Aku tak tau la umur bro berapa…tp aku agak lebihkurang je ngan aku hehehe
    entri banyak silap2 visitor pun ramai gak bro..
    gamba dh cun…kasi edit2 lagi mungkin leh jadi lg gempak bro…
    yas recently posted..Photografher Oh Photografher!!

    1. IN says:

      he he.. majoriti yg baca blog ni rasanya lebih kurang sebaya kot?
      cuma ada gak anak muda mcm adele, dilla, zik, TE yang join sekaki.. so tq lah banyak-banyak dik oiii.. :D

      trafik? asal ada 2 -3 org datang sehari pun syukur lah ehhh…

      1. kami anak muda mahu cari pengalaman :)
        tengkorak emas recently posted..19 Reigns Movie Poster

        1. IN says:

          anak muda berwawasan.. hidup MU ehhh :lol:

  9. anif says:

    Teruskan menulis bro.. Tukar konsep untuk lebih ceria :)
    anif recently posted..Terima Kasih Cikgu

    1. IN says:

      dulu lain sekarang lain :wink:

      1. bEe says:

        @Ismail N : wajah yg baru nmpk lbh ceria :-)
        bEe recently posted..Pencarian 1-111 telah BERNOKTAH!

        1. IN says:

          Terima kasih bEe ..

  10. adele says:

    selagi tak menyakitkan hati org lain, tulislah apa yg nak ditulis..kalau tak rugi je bayar hosting kan..terbiar sepi..lbih baik melantun.. :D
    adele recently posted..Bahana Facebook- Wajarkah Kanak-kanak Memiliki Facebook

    1. IN says:

      yup, kita bayar hosting dan domain ehhh.. tak leh biar-biar jer :D

      1. bEe says:

        @adele : setuju!!!! :-)
        @Ismail N : biar tu utk mereka tak tahu bahasa kot. hehehehe
        bEe recently posted..Pencarian 1-111 telah BERNOKTAH!