Google AdSense

Google AdSense

Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari

Beberapa hari kebelakangan ini cuaca di Kota Kinabalu agak panas terik dan kekeringan. Si Roq pon berpeluh hingga keluar ruam. Air-cond di rumah pun terpaksa buat OT kerana panas terasa hingga ke malam hari. :D Atas sebab itu, saya pun mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke kawasan sejuk di Kundasang, Ranau. Kami bertolak lebih kurang pukul 9.30 pagi (setelah menyelesaikan urusan kerja sedikit) dan tiba di sana kira-kira pukul 11.30 pagi. Namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hujan yang agak lebat dan berhenti sesekala menyukarkan kami untuk membuat sebarang aktiviti. Memandu pun agak sukar kerana kabus menyelubungi kawasan pergunungan. Namun, kami tetap juga singgah di beberapa tempat menarik di Kundasang, makan di Pekan Ranau dan bergambar di Kinabalu Park.

Kundasang Dulu Lain Sekarang Lain

Gambar-gambar akan di “upload” di blog fotografi di masa yang sesuai nanti. Badan ini amat penat kerana trip ini di buat diantara dua game futsal yang memenatkan dan mencabar sekali. Namun, anda boleh lihat sedikit di sini sebagai “intro” :D

Kundasang-2 Dulu Lain Sekarang Lain

Kundasang-3 Dulu Lain Sekarang Lain

Kundasang-4 Dulu Lain Sekarang Lain

Kundasang-5 Dulu Lain Sekarang Lain

Sementara itu contest Birthday blog Dulu Lain Sekarang Lain akan tamat malam ini. Terima kasih kepada semua yang turut serta dan jika anda gagal… jangan putus asa. Ini kerana contest ini hanya CUBAAN sahaja bagi saya mengenal pasti apa yang perlu saya buat bila menganjurkan contest sebenar nanti. Contest sebenar akan berlangsung dalam minggu ini, insya-allah dan antara hadiah yang telah dikenalpasti adalah:

Lamborgini Dulu Lain Sekarang Lain

Tungguuu.… pengumumannnya nanti :D

- Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari

39 Comments

  1. [...] Hujan Jun 12th, 2011 by IN. Minggu lalu, saya komplain mengenai kepanasan di Bandar Kota Kinabalu sehingga saya bawa keluarga saya bercuti di Kundasang bagi menikmati cuaca yang lebih sejuk. Minggu [...]

  2. [...] Update #5 Jun 10th, 2011 by IN. Dalam entri yang lalu, saya ada menyebut mengenai trip kami sekeluarga ke Kundasang, Ranau Sabah. Namun, tak banyak gambar-gambar yang saya upload di blog ini. Untuk mereka yang berminat dengan [...]

  3. En Ismail,
    Kak Long sempat sampai ke Kundasang dan pekan Ranau. Hajat hati nak juga mendaki Gunung Kinabalu, tapi ahli rombongan masa tu semuanya tak berapa minat. Jadi Kak Long sampai kaki gunung ajelah.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Pinang berlenggang pulang

  4. Hari tu berjalan kat sini pun, dapat ambik gambar pemandangan sekejap je, kabus punya pasal..
    Malaysia Travel Blog recently posted..The Soya Shop Summit USJ

  5. Mus says:

    memandu di jalan Kundasang Ranau masa hujan memang mencabar.. kalau malam lagilah..

    cantik-cantik gambar tu
    Mus recently posted..Pantai Rang Bulan ‘Permata’ Kota Belud

  6. Hisyam says:

    Cantik betul angle gambar bro ambik ni. Bro pakai dslr ke?

    #P.S: Domain blog sudah bertukar dari hisyam92.com kepada hisyamz.com. TQ
    Hisyam recently posted..Blog bertukar domain ke http-hisyamzcom

    1. IN says:

      tq.. biasa2 jer hasilnya.. yup pakai dslr ..

  7. bEe says:

    Sedapnyer buah-buahan tu

    Tgk gambar yg cantik terus meleleh air liur. Huhuhu

    1. IN says:

      he he belum tgk depan mata ehhh.. rasa nak beli semua jer :D

  8. yas says:

    Akan ditunggu bro contestnya tuuu…..
    Insyaallah den akan join gak nanti…..
    yas recently posted..Video azan didalam gereja

    1. IN says:

      woraiitt… thanks bro

  9. akubiomed says:

    Rugi-rugi tidak sempat berjalan di Sabah ketika posting disana kerana Sabtu dan Ahad saya bekerja.
    akubiomed recently posted..Teknik foto Selective Colour dengan Picnik

    1. IN says:

      he he dulu lain sekarang lain.. next time dtg kita jalan2 ehhh :D

  10. dnoBiz says:

    wah makin mantop nampaknya gambar bro :D
    teringin bebenor aku nak kesana :D
    dnoBiz recently posted..Skandal Khir Toyo – Pengarah Ditamas bebas tuduhan subahat

  11. APAN says:

    lom penah jejak kaki kat sabah ngan sarawak lagi ni.nengok gambo je la dulu.huhu..
    APAN recently posted..Bukan Kerana Rambut Panjang

    1. IN says:

      he he dtg blog nie cam melawat gak ehhh.. banyak gambo Sabah di sini :D

  12. Ali ridha says:

    sekali pun tak pernah jejak kan kaki
    ke Sabah.harap boleh dapat kerja disana nanti.

    1. IN says:

      terus keje ehhh.. bagus juga idea tu :D

  13. titan says:

    dah lama tak pergi kinabalu park nih..teringat masa kat ums dulu. haha..
    titan recently posted..The Invigilator

    1. IN says:

      He he komisyen banyak tu bro.. beli lah tiket Air Asia dtg sini.. Kita lepak makan seafood ke? Atau jalan2 tengok flora dan fauna (kalu minat fotografi ler) :D

  14. afzal laidin says:

    hoho, minggu ni ada contest lagi. boleh cuba lagi.
    afzal laidin recently posted..Makanan Untuk Menguatkan Memori

    1. IN says:

      :wink: lebih hebat.. lebih power…
      tungggguuuuu….

  15. anif says:

    OK la tu.. Kata nak lari dari kepanasan…

    Hujan tambah sejuk la cuaca di sana :D Hujan itu rahmat…
    anif recently posted..Fahami Falsafah Apple

    1. IN says:

      kalu tak hujan pon sejuk Nif… Cuma sejuk bukan problem di sana tapi kabus ehhh yg buat susah nak driving plus ambik gambo background tak cantek.. he he.. Still, kawe syukur sbb selamat pergi dan pulang sama anak-anak.

  16. wow!gambar last sekali tu…hehehe
    tengkorak emas recently posted..Hilang rasa berdosa

    1. IN says:

      Baru sikit jer tunjuk tu TE. Nak tunjuk semua susah sbb bab keta nie, si Roq takleh tengok… mesti dia mau punya :D
      Tunggguuuuuu……

  17. maza says:

    amvoii.. sampai panjat gunung gitew. hehehe

    maza pun bercadang mau pergi ke cameron highland.. perginya pun entah bila. harap2 lepas jemputan kenduri kahwen ni kot.. huhuhu

    photog: gambar2 semuanya cantik2 belaka
    maza recently posted..Hanya Kau Yang Tahu

    1. IN says:

      sibuk ehhh?… wedding photographer lah katakan :D
      kawe pon ingat nak ke cameron jugaklah nanti Maza.. lama dah tak pi sana.

      1. maza says:

        uiks.. elok boleh gi sama2.. ada gak ler org tolong snapkan gambar maza.. hehehehhe
        maza recently posted..Hanya Kau Yang Tahu

  18. Bro pun kena gak ke?
    Kawan FB saya pun sama gak cerita macam ni.
    Nasib lagi boleh ambil gambar ni kan?

    Ada contest lagi ke?
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Sabahan live on a tree

    1. IN says:

      nasib lah dapat ambik gambar sikit :D
      contest sebenar akan bermula nanti … tungguu…

      1. Hahahahahaha…..
        Dah ramai yang tunggu ni bro.
        Saya nak hadiah kereta ferrari…. :)
        Sabahan Bloggers Club recently posted..Sabahan live on a tree

        1. yas says:

          Uishhhh…boleh order ke? Lau cm tu aku nak Lambo laaa…hehehe
          yas recently posted..Video azan didalam gereja

      2. dnoBiz says:

        Bunyi macam gempak je tu bro…
        cu cita cu cita :D
        dnoBiz recently posted..Penting – Penoreh getah rayu bantuan untuk anak Jantung Berlubang

        1. IN says:

          He he.. dah citer pon…:wink:

  19. nuriz says:

    bila tak tau nak sampai sabah ni, harap2 ada rezeki hujung tahun ni hehe
    nuriz recently posted..Belanda yang unik dan cantik

    1. IN says:

      mudah-mudahan :wink:

    2. yas says:

      Hehehe…den x lamo dah…bulan 7 nih…
      kawan (org sana) pn dh lama buat plan tuk kami…hehehe
      (gi bujang jerrr…)
      yas recently posted..Video azan didalam gereja