Pendidikan Khas Ke Arus Perdana

Baru-baru ini anak saya dipindahkan dari kelas pendidikan khas ke kelas arus perdana. Selepas 5 tahun duduk di pendidikan khas pertukaran ke arus perdana (mainstream) bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan lagi pertukaran itu berlaku di sekolah baru yang mana beliau belum mempunyai ramai kenalan dan masih cuba menyesuaikan diri. Saya amat bersimpati dengan masaalahnya itu, namun dalam masa yang sama ia adalah satu cabaran yang perlu dihadapinya dalam hidup yang serba mencabar ini. Continue reading…

 

Sokongan Terhadap Akta Gaji Minima

Dulu lain sekarang lain. Beberapa tahun lalu, saya pastinya akan menyokong 100% hasrat kerajaan meminda undang-undang dan memasukkan peruntukkan berkaitan gaji minima. Akan tetapi persepsi dan pandangan manusia boleh merubah dengan sekelip mata apalagi dalam beberapa tahun. Mungkin tambahan beberapa tahun pengalaman dalam hidup membuat saya berfikir lebih jauh lagi akan impak atau kesan sesuatu perubahan yang mahu dibuat. Ia tidak boleh dilihat hanya pada segolongan individu (dalam kes ini pekerja yang SEDIA ADA bekerja), namun juga golongan-golongan lain (meliputi majikan, penggangur dan juga pesara). Continue reading…

 

Sambung Menyambung

Semalam saya baru beli Hire Purchase Act untuk rujukan peribadi. Banyak pindaan telah berlaku pada Akta ini dan adakalanya kita semua menjadi semakin keliru. Sehingga kini, saya masih ‘pening’ dengan definasi bagi “hire purchase agreement” di bawah Akta ini. Rujuk seksyen 2, bahagian definasi dan berikan pendapat anda mengenai apa yang anda faham sebelum saya pergi mencari buku rujukan yangberkenaan Akta ini di perpustakaan nanti. icon biggrin Sambung Menyambung Continue reading…

 

Bugatti Veyron 16.4 Yang Mengancam Jiwa

Bugatti Veyron 16.4 540x419 Bugatti Veyron 16.4 Yang Mengancam Jiwa

Gambar kredit kepada tech.malaysia.msn.com

Qatar Motor Show 2012, salah satu acara kenderaan bermotor utama di Timur Tengah telah berlangsung di Doha Exhibition Centre, Qatar pada 25 hingga 28 hb Januari yang lalu. Antara kenderaan yang dipamerkan dan mengancam jiwa pastilah tidak lain dan tidak bukan  Bugatti Veyron 16.4 berwarna kuning dan hitam ‘Bumblebee’. Kereta yang boleh memencut sehingga melebihi 430 kmj ini dikatakan berharga RM 6 juta +++ and so far saya belum lihatnya di jalan raya di Malaysia :D. Ia juga adalah salah sebuah kenderaan jalanan yang paling mahal di dunia. Continue reading…