SEO, Blogging, Google AdSense, Manchester United, Starbuck Coffee, Laws, Photography, Nikon, Digital Camera, Canon

Google AdSense

Google AdSense

Apabila Blogger Bertaubat

topi hitam v topi putih

Gambar kredit kepada fantomaster.com

Menimba ilmu blogging adalah sama juga dengan menimba ilmu yang lain. Ada cara yang baik dan ada juga cara yang tidak baik. Ada yang betul dan ada yang salah. Ada yang putih dan ada yang hitam. Blogger yang menggunakan cara yang salah bagi meningkatkan traffic dan keuntungan biasanya dipanggil ‘blogger bertopi hitam’ (Black Hat). Yang dijalan yang benar dan diiktiraf oleh Pakcik Google :D pula dikenali sebagai ‘Blogger Bertopi Putih’ (White Hat). Bagaimana dan apa yang dibuat oleh blogger-blogger sehingga dilabel sebagai ‘Black Hat’ atau ‘White Hat’ pastinya ramai yang tahu. Anda boleh google maklumat ini jika mahu. Namun, apa yang ingin dikongsi bersama hari ini adalah jika blogger bertopi hitam ingin bertaubat dan kembali ke jalan yang direstui oleh Google, adakah taubat ini akan diterima? (more…)

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

sumber undang-undang

Perkataan sumber undang-undang boleh merujuk kepada pelbagai makna. Sekiranya kita menerangkan sumber undang-undang berasaskan sejarah undang-undang itu, maka kita sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang mempengaruhi perkembangan undang-undang tersebut dari mula hingga ke hari ini. Oleh kerana perubahan masa dan sebagainya, kita dapati ada sumber yang mungkin tidak diaplikasikan dalam pertikaian undang-undang hari ini. Antara sumber undang-undang termasuklah adat, kepercayaan dan pandangan-pandangan sarjana undang-undang yang telah dibangun, dibentuk dan diubahsuai dengan penggunaan hari ini. Sekiranya kita menerangkan sumber-sumber undang-undang dari sudut di mana undang-undang itu boleh dirujuk pula, kita sebenarnya bercakap mengenai bahan rujukan undang-undang dan ini termasuklah statut-statut (akta, ordinan, enekmen dsb), laporan kes, buku-buku teks, jurnal undang-undang dan sebagainya. Akan tetapi banyak penulisan undang merujuk sumber undang-undang sebagai undang-undang yang dirujuk/gunapakai hari ini, i.e “legal source” (legal rules that make up the law).

(more…)


Google+