Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Apabila menilai sesuatu gambar, antara perkara yang akan dilihat atau diberi perhatian adalah kawalan cahaya pada gambar itu. Biasanya kita merujuk kepada istilah “exposure” iaitu samada gambar itu diberikan ‘exposure’ yang betul atau tidak. Namun, harus juga diingat untuk mendapat ‘exposure’ yang tepat atau sempurna agak mustahil kerana kualiti ‘exposure’ itu adalah sesuatu yang agak subjektif. Yang penting bagi seorang jurugambar adalah untuk mendapatkan sebaik mungkin ‘exposure’ bagi gambar mereka. Terlebih ‘exposure’ (overexposed) atau terkurang (underexposed) akan menyebabkan gambar menjadi kurang menyerlah.

Lihat gambar di bawah:

Exposure fotografi 540x306 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada blog.directpartners.com

Walaupun terdapat pelbagai alat (tools) pada perisaian (software) hari ini bagi memenapulasikan gambar yang terlebih atau terkurang ‘exposure’, namun ia tidak akan sama kualitinya dengan gambar yang diambil pada ‘exposure’ yang terbaik. Antara sebab-sebab sesuatu gambar menjadi overexposed atau underexposed termasuklah:-

  • Penggunaan ‘flash’ pada aperture yang kecil
  • ISO yang tinggi pada persekitaran yang terang
  • Memilih shutter-speed yang amat perlahan pada aperture yang besar
  • Dan sebagainya
exposure elements 540x388 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada pixiq.com

Secara amnya bagi mendapatkan ‘exposure‘ yang terbaik, jurugambar perlu memilih kombinasi aperture dan shutter-speed yang betul serta menggunakan ISO yang sesuai. Jurugambar yang mahir tidak akan bergantung kepada kamera sahaja untuk memilih kombinasi yang sesuai, sebaliknya membuat perubahan berasaskan pengetahuannya dalam bidang fotografi. Oleh itu, bagi mendapatkan kualiti gambar yang baik pada ‘exposure’ yang terbaik, seharusnya kita memahami terlebih dahulu ‘Apa itu Aperture?’ dan ‘Apa itu Shutter-Speed?’. Serta ISO tentunya icon biggrin Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Apa itu Aperture?

Aperture adalah bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila anda mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang mahu dirakam. Memilih aperture yang mahu digunakan akan mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi. Semakin besar lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera.

Apa itu aperture 540x235 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter SpeedBerapa banyak cahaya yang masuk ke dalam lubang shutter akan mempengaruhi samada gambar yang diambil akan mendapat ‘exposure’ yang betul atau tidak (dengan mengabaikan faktor shutter speed dan ISO terlebih dulu). Terlalu banyak cahaya yang masuk boleh mengakibatkan gambar menjadi ‘overexposed’, manakala terlalu kurang boleh menyebabkan ia menjadi ‘underexposed’ pula.

Ukuran aperture dilabelkan dengan simbol f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Ukuran ini adakala mengelirukan kerana semakin besar nombor f, lubang shutter adalah semakin kecil. Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah semakin besar.

Aperture 540x262 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Dengan mengabaikan faktor shutter-speed dan ISO, kita tahu cahaya akan masuk lebih pada ‘aperture’ yang besar (f/2.8 dan f/4 misalnya). Oleh itu dalam keadaan yang kurang cahaya, disebelah malam dan kurang lampu, anda tiada pilihan selain dari menggunakan aperture yang besar. Dalam keadaan yang terang, anda akan mempunyai pilihan yang lebih ‘flexible‘ iaitu anda boleh menggunakan aperture yang besar dan kecil mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.

Untuk melihat bagaimana aperture berfungsi seperti di atas, anda boleh mencuba di kamera digital SLR anda dengan memilih “Aperture priority mode” iaitu butang A atau Av. Menggunakan mode ini anda sebenarnya berada dalam mode semi-auto (separa automatik) iaitu anda mengawal apa ‘aperture’ yang mahu dipilih dan kemera akan mengawal ‘shutter-speed‘ dan memilih ‘shutter-speed‘ yang bersesuaian dengan aperture yang anda pilih. Di bawah mode ini, anda boleh mengubah setting ISO anda mengikut berapa banyak cahaya di persekitaran anda.

Aperture priority mode Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada digitalcamerainfo.com

Sebelum kita melihat hubungan antara aperture dengan shutter-speeddan ISO, kita lihat juga satu lagi bahagian yang menarik mengenai aperture iaitu ‘Depth Of Field’.

Depth Of Field

Mengawal berapa banyak cahaya masuk ke dalam lubang shutter hanyalah satu aspek pada aperture. Dengan menggunakan aperture, seseorang jurugambar itu juga boleh menunjukkan kreativiti nya menerusi Depth Of Field. Apakah itu ‘Depth Of Field’ ?

the space in front of and behind the plane of best focus, within   which objects appear acceptably sharp” – Tom Ang [Digital Photography, An Introduction, 3rd edition]

Faham? icon wink Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed OK, cuba bayangkan Depth of Field sebagai satu zon yang merentangi dihadapan dan dibelakang titik fokus yang objeknya masih kelihatan tajam (sharp). Lihat gambar di bawah (kredit kepada etsy.com). Mengubah nilai aperture akan mengubah Depth of Field.

Depth Field dipengaruhi oleh 1. nilai aperture dan 2. jarak jurukamera dari subjek (atau panjang lensa yang anda gunakan). Terdapat 2 jenis depth of field yang jurukamera perlu tahu iaitu:-

  1. Shallow Depth Of Field (Narrow)
  2. Deep Depth Of Field (Wide)
Depth of field Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada etsy.com

Shallow Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar potrait bila jurugambar mahu memfokuskan pada ‘objek utama‘ sahaja. Oleh itu, bahagian belakang (background) perlu dikaburkan (blur).

Deep Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar landskap bagi mendapatkan detail yang lengkap pada keseluruhan gambar.

Dalam mempengaruhi Depth of Field dengan menggunakan aperture, 2 perkara ini perlu dingati:

  1. Lebih besar aperture digunakan, lebih kecil (shallow/narrow) Depth of Field.
  2. Lebih kecil aperture digunakan, lebih besar (deep/wider) Depth Of Field.
aperture and depth of field Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada silverstrandphoto.wordpress.com

Untuk mengetahui bahagaimana jarak jurugambar dan panjang lensa boleh mempengaruhi Depth Of Field serta bagaimana melakukkan bokeh atau kabur background menggunakan lensa standard (55mm), sila rujuk video YouTube DI SINI.

Apa itu Shutter-Speed?

Shutter-speed adalah merujuk kepada tempoh masa shutter terbuka bagi membolehkan cahaya masuk dan mengenai sensor. Nilai shutter speed dikira dengan menggunakan sesaat (seconds) dan biasanya lebih rendah dari satu saat. Shutter pada kelajuan 2 saat akan membenarkan kemasukkan cahaya yang lebih dari shutter pada kelajuan 1/250 sesaat misalnya.

Shutter Speed Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Sekarang kita akan abaikan pula aperture dan cuma melihat pada shutter-speed sahaja. Di tempat yang kurang cahaya, anda akan dapati yang anda terpaksa menggunakan shutter speed yang perlahan bagi mendapatkan cahaya yang cukup untuk exposure yang baik.

Di tempat yang cahayanya terang pula, anda boleh menggunakan pelbagai kepantasan shutter dari sederhana ke laju, namun jika perlahan atau terlalu perlahan akan membuatkan imej menjadi overexposed kerana terlalu banyak cahaya yang masuk.

Kesannya tampak lebih kurang dengan aperture bukan? Akan tetapi penyebab imej tidak mendapat exposure sepatutnya bagi aperture dan shutter speed adalah berbeza. Baca kembali artikel di atas untuk memahami semula aperture dan shutter speed. icon biggrin Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Sebelum kita pergi ke hubungan aperture dan shutter-speed, mari kita lihat kesan kreatif yang boleh terhasil melalui shutter speed.

Freezing & Blurring Menggunakan Shutter-Speed

Jika menggunakan aperture anda boleh memanipulasi Depth Of Field bagi mendapat hasil yang kreatif, dengan shutter-speed anda boleh juga menghasilkan sesuatu yang kreatif dengan membekukan (freezing) pergerakan objek terutama yang pantas dan membuat kesan kabur (blur) pada gambar.

Aksi sukan biasanya berlaku dengan pantas dan dengan menggunakan kamera biasa anda tidak akan mendapat mengambil gambar dengan menarik dan tajam. Untuk menghentikan/beku kan pergerakkan ahli sukan, kenderaan sukan dan sebagainya, shutter-speed di set pada kelajuan yang pantas yang mana shutter terbuka sekelip mata bagi menangkap pergerakkan objek tersebut. Lihat gambar di bawah:

shutter speed example 540x405 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit foodrepublik.com

Pada kelajuan yang perlahan 1/15 sesaat, shutter terbuka lama dan mengakibatkan kelihatan seperti ada bayang-bayang pada belakang buah di atas. Akan tetapi kelajuan yang pantas iaitu 1/200 sesaat, buah itu dapat dibekukan dan gambar terhasil tajam dan terang.

penerangan shutter speeds 540x260 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit miketurner-photography.co.uk

Rule of Thumbs: “While hand holding a camera, you shouldn’t have a shutter speed slower than the reciprocal of the focal length of the lens“. Jika anda tidak menggunakan tripod, maka rule ini wajar anda ikuti bagi mengelakkan gambar menjadi blur atau goyang bila di ambil.  Mengikut rule ini, jika anda menggunakan lensa dengan focal length 100mm, maka anda tidak boleh memilih kelajuan shutter yang kurang dari 1/200 sesaat.

Adakalanya juga menggunakan shutter speed yang perlahan dan menjadikan gambar blur adalah suatu yang menarik dan kreatif. Lihat gambar di bawah:

shutter speed blur 540x381 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada slrlounge.com

Hubungan Antara Aperture Dan Shutter Speed

Sekarang tiba masa yang di nanti-nanti, iaitu memahami hubungan antara aperture dan shutter speed dalam memperolehi kawalan cahaya terbaik. Jika dalam contoh-contoh di atas, kita cuma menggunakan samada aperture atau shutter-speed sahaja, kali ini kita akan mencuba pula setting ‘manual‘ dengan mengawal nilai mereka serentak. Ini kerana kita boleh memperolehi  kawalan cahaya yang lebih baik dengan memanipulasikan kedua-duanya dengan betul.

Lihat Jadual Di bawah:

aperture dan shutter speed Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada potd.chrisempey.com

Berdasarkan jadual di atas, kita boleh simpulkan bahawa:-

  • Jika kita menggunakan shutter-speed pada kelajuan 1/30 sesaat dengan aperture pada f/4, MAKA gambar akan OVEREXPOSED kerana kerana aperture f/4 akan membenarkan banyak cahaya masuk, manakala shutter speed 1/30 sesaat adalah perlahan dan membiarkan lebih banyak lagi cahaya masuk.
  • Jika kita menggunakan shutter-speed pada kelajuan 1/1000 sesaat dengan aperture pada f/16, maka gambar akan menjadi UNDEREXPOSED kerana aperture pada f/16 akan membenarkan sedikit sahaja cahaya masuk, manakala shutter pada kelajuan 1/1000 sesaat adalah pantas dan membiarkan semakin sedikit cahaya masuk.
  • Jika kita menggunakan shutter speed pada kelajuan 1/1000 sesaat dan aperture pada f/4, kita mungkin akan mendapat kawalan yang tepat kerana kerana cahaya yang masuk adalah banyak pada aperture f/4 tetapi tidak terlalu banyak kerana shutter tertutup pantas pada kelajuan 1/1000 sesaat.
aperture v shutter speed Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada digitaldiver.net

Berdasarkan pada jadual di atas, anda akan berkata, “Wah! mudahnya. Mengapa kita tidak set kan pada automatik sahaja jika begitu?“. Iaitu aperture besar dengan shutter perlahan, verse versa. Akan tetapi, jika kita pergi kembali ke bahagian Depth Of Field and Freezing/Bluring di atas, kita tahu setting begini tak semestinya sempurna dan perlukan sedikit perubahan untuk hasil yang lebih menarik.

Sensor cahaya kamera anda juga akan tertipu dengan persekitaran, terutama yang “entry-level” macam saya punya icon biggrin Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed . Cuba anda pergi ke kawasan pergunungan misalnya dan mengambil gambar gunung pada cuaca yang baik dan langit yang biru. Adakalanya, langit yang biru itu akan menjadi putih sahaja bila diambil oleh kamera anda. Ramai yang alami ini bukan?

Apa yang berlaku adalah sensor cuba sedaya upaya memastikan semua dalam gambar mendapat exposure yang betul. Adakalanya, dalam memastikan gunung yang memenuhi sebahagian besar dari gambar itu mendapat exposure yang betul, ia telah secara tidak sengaja menjadikan langit overexposed.

Plus, kamera dan mata anda amat berbeza dan apa yang anda nampak menarik tidak semestinya dihasilkan 100% dengan kamera. Oleh itu, anda perlu membuat perubahan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

ISO

Sedikit mengenai ISO sebagai penutup artikel ini. ISO merujuk kepada tahap sensitiviti sensor kepada cahaya. Lebih rendah ISO, maka lebih rendah respon sensor pada cahaya, manakala lebih tinggi ISO, maka lebih kuat responnya pada cahaya.

ISO fotografi 540x359 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada enchantingkerala.org

Dengan adanya shutter speed dan aperture tadi, maka apa pentingnya ISO? Untuk itu, mungkin kita boleh kembali semula kepada aperture dan shutter speed yang mana pada shutter speed yang laju, gambar boleh jadi gelap atau underexposed terutama bila kawasan sekeliling amat kurang cahaya. Menggunakan aperture yang besar dalam tempat yang agak gelap adakalanya tidak banyak membantu jika shutter speed terlalu laju. Dalam masa yang sama juga, anda perlukan shutter speed yang laju jika ingin mengambil objek yang sedang bergerak. Menggunakan ‘flash’ adalah satu opsyen, akan tetapi ia juga akan mengakibatkan gambar menjadi agak ‘artificial‘ dan kurang menyerlah.

Oleh itu, anda boleh meningkatkan ISO bagi menambahkan sensitiviti sensor pada cahaya dan menyebabkan gambar menjadi lebih terang dan tidak underexposed. Namun, terlalu tinggi ISO boleh menyebabkan gambar nampak seperti berpasir atau istilah yang selalu digunakan banyak ‘noise‘. Oleh itu, kawalan yang baik perlu ada terutama jika anda tidak menggunakan kamera pro yang mempunyai tahap pengurangan ‘noise‘  (noise reduction) yang tinggi. Untuk rekod, kualiti gambar yang terbaik adalah pada ISO yang terendah.

ISO fotografi 2 540x324 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Gambar kredit kepada webdesignshock.com

Walau apa-apa pun yang ditulis di dalam artikel ini, sebaiknya anda cuba bermain-main dengan kamera anda dan mencuba setiap setting pada kamera anda. Cuba semi-auto mode seperti “aperture priority mode” dan “shutter priority mode” dan bandingkan dengan program mode seperti potrait, landscape, macro dsb. Akhir sekali, cuba guna setting manual dan ambil gambar ditempat-tempat berbeza pada tahap cahaya yang berbeza. Jika anda masih tidak faham, saya percaya lama-lama anda akan faham juga menerusi latihan dan praktikal di rumah dan di luar rumah.

Semoga artikel ini dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca blog dulu lain sekarang lain.. icon biggrin Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

- Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

Latest posts by Ismail N (see all)

7 thoughts on “Asas Fotografi – Memahami Aperture Dan Shutter Speed

  1. Aku masih belajar lagi brother.. masih terkial2 dgn
    tektik2 photo.. balik kg anti baru nak belajar dgn jelas
    dgn adik ipar.. pakar jurugambar.. hik3..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *