Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

Saya rasa ramai jurugambar-jurugambar yang mengambil gambar dengan menggunakan format RAW yang lebih tinggi kualitinya dari Jpeg. Namun, Windows 7 tidak akan membenarkan anda melihat dan membuka file RAW begitu sahaja (Open And View RAW Files In Windows 7). Ramai yang menggunakan Picasa dari Google sebagai ‘photo viewer’, namun Picasa tidak membolehkan anda ‘copy and paste’ fail-fail dengan mudah.

RAW File Windows7 540x316 Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

Lagipun, pengguna Photoshop biasanya tidak selesa terlalu banyak ‘photo editing’ software di install dalam komputer mereka (macam saya :D). Oleh itu, cara lain diperlukan dan cara yang lebih mudah adalah dengan menggunakan Microsoft Camera Codec Pack yang boleh dimuat turun dari laman web Microsoft. Dengan menggunakan Microsoft Camera Codec Pack, anda boleh melihat thumbnail, padam, salin dan pindahkan gambar-gambar yang anda ambil dalam format RAW di folder Windows 7 anda dan sunting jika perlu dengan menggunakan Windows Live Photo Gallery. Senang kan?

MicrosoftCameraCodec 540x364 Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

Untuk muat turun Microsoft Camera Codec Pack, anda pergi ke laman web Microsoft dan muat turunnya secara percuma di sana. Pastikan anda memilih bahasa yang sesuai dan versi yang sesuai. Pengguna-pengguna Windows 7 34-bit hendaklah muat turun file dengan nama MicrosoftCodecPack_x86.msi. Manakala pengguna Windows 7 64-bit muat turun MicrosoftCodecPack_amd64.msi. Lihat gambar di atas. Selepas muat turun, klik Run dan Install. Lihat gambar di bawah:

DownloadCodecPack 540x282 Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

RunCodecPack 540x328 Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

InstallCodecPack 540x333 Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

InstallCodecPack2 540x324 Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

Selepas selesai segalanya, anda boleh melihat perubahannya di folder Windows 7 anda. Bergantung kepada kepantasan komputer anda, imej-imej dalam format RAW akan dapat dilihat dengan perlahan-lahan. Ingat bahawa fail RAW adalah besar saiznya, maka jika terlalu banyak fail ini dalam folder, maka thumbnail nya akan keluar satu demi satu dengan perlahan. Lihat gambar di bawah.

Fail RAW 540x313 Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

Microsoft Camera Codec Pack boleh membuka semua fail-fail RAW dari hampir semua kamera-kamera digital yang berada di pasaran. Sebahagian besarnya di senaraikan di laman web Microsoft. Jika anda pengguna digital SLR dan belum menggunakan Microsoft Camera Codec Pack, saya cadangkan anda cuba dan muat turunnya sekarang. icon biggrin Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

Harapan saya semoga informasi ini berguna untuk anda semua. Selama mencuba. Maklumat adalah dipetik dan diubahsuai dari laman web worldstart.com.

- Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

 Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

Latest posts by Ismail N (see all)

Comments on this entry are closed.

  • Mus April 15, 2012, 11:11 am

    saya agak jarang guna format RAW.
    lebih-lebih lagi sekarang sy guna compact camera jer.. semuanya jpeg..

  • titan April 14, 2012, 1:26 pm

    ok. mari mendownload…

  • akubiomed April 14, 2012, 10:28 am

    Saya belum pernah simpan gambar didalam format RAW semuanya JPEG. Windows 7 pun tak ada.

    Ramai yang kata format RAW lebih banyak data dengan mudah untuk proses edit foto.

  • tehr April 13, 2012, 4:27 pm

    aku ni pengguna kamera cap ayam je
    buat masa ni tiada apa2 masalah

    tapi esok2 tak tahu la
    ada rezeki nak juga dslr tu
    hehe

  • anif April 13, 2012, 3:45 pm

    :D Codec yang wajib ada ni bagi pemilik DSLR yang menggunakan Windows!

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: