Prinsip Asas Fotografi – Rule Of Thirds

Satu prinsip asas fotografi yang sering diketepikan oleh jurugambar (terutama yang baru) adalah prinsip Rule Of Thirds. Walaupun disebut sebagai “rule” atau peraturan ia bukanlah satu peraturan yang wajib diikuti namun ia memberikan satu garis panduan bagi jurugambar bagi mengambil gambar yang lebih seimbang dan menarik. Ini terutamanya apabila anda menjadi tidak pasti di mana hendak meletakkan subjek utama pada gambar anda ketika mengambil gambar.

Mengenepikan Rule Of Thirds tidak bermakna gambar yang anda ambil tidak akan menjadi menarik. Yang penting ada keseimbangan dan faktor-faktor lain turut dipenuhi.

Prinsip Asas Rule Of Third:

The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections” – Bryan F. Peterson

Mengikut Rule Of Thirds, sesuatu imej atau gambar hendaklah di bahagikan kepada tiga menegak dan menurun (vertical dan horizontal). Oleh itu garis-garis imiginasi perlu ada di fikiran jurugambar ketika mengambil sesuatu gambar itu. Garis-garis ini bila dibuat akan menghasilkan 9 bahagian pada imej yang sama besar.

Rule Of Thirds 540x324 Prinsip Asas Fotografi   Rule Of Thirds

Melalui garis-garis ini, imej sebaiknya diletakkan pada titik pertemuan antara garis-garis ini. Basically, ada 4 titik pertemuan yang boleh digunakan. Rujuk grid di bawah:

Rule of Thirds Grids 540x360 Prinsip Asas Fotografi   Rule Of Thirds

Gambar kredit kepada photoble.com

Dengan menggunakan Rule of Thirds, letakkan imej atau subjek yang anda mahu ambil ke titik-titik pertemuan di atas. Dalam kata lain juga, ELAKKAN dari meletakkan subjek anda di tengah frame atau jauh dari titik-titik pertemuan itu. Kajian telah menunjukkan yang apabila melihat sesuatu imej, mata manusia akan lebih tertumpu pada salah satu titik pertemuan tersebut daripada di tengah-tengah imej. Dengan meletakkan imej mengikut Rule Of Thirds, mereka akan dapat melihat gambar dengan selesa dan seimbang. Lihat beza dua gambar di bawah juga:

Butterfly 540x304 Prinsip Asas Fotografi   Rule Of Thirds

Fotografi Rule Of Thirds 540x342 Prinsip Asas Fotografi   Rule Of Thirds

Antara contoh-contoh penggunaan Rule Of Thirds yang digunakan oleh jurugambar-jurugambar pro dan amatur di seluruh dunia. Lihat di bawah. Hebat bukan?

rule of thirds 2 540x405 Prinsip Asas Fotografi   Rule Of Thirds

Gambar kredit kepada slideguru.com

landscape rule of thirds 540x356 Prinsip Asas Fotografi   Rule Of Thirds

Gambar kredit kepada garmahis.com

lighthouse rule of thirds 540x338 Prinsip Asas Fotografi   Rule Of Thirds

Gambar kredit kepada photographymad.com

- Prinsip Asas Fotografi | Rule Of Thirds

 Prinsip Asas Fotografi   Rule Of Thirds

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Prinsip Asas Fotografi   Rule Of Thirds

Latest posts by Ismail N (see all)

14 thoughts on “Prinsip Asas Fotografi – Rule Of Thirds

  1. ohhhhh… mcm tuh.. arigato2.. lepas nih kena byk belajar
    lg. Ini pun masih belajar dgn majalah dan ternet jer..

    i like gambar kupu2 dan sampan tuh… awesome

    • dlm kamera dslr ada ehhh titik2 tu tapi line tak der ler… cuma titik2 tu brp clear… sbb nanti gangu view kita lak. Kalau tiada pun tak apa, boleh imiginasikan dalam fikiran :D

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *