Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

Ramai blogger yang suka memasukkan gambar atau imej dalam blog masing-masing. Namun, tak ramai yang ada kamera yang canggih-canggih. Saya sendiri pun hanya menggunakan kamera DSLR “entry level” bagi mengambil mengambar dan sesekali membuat snap dengan menggunakan kamera handphone. Tentu ramai yang frust bila tengok gambar yang dihasilkan tak sebaik blogger-blogger yang ada kamera yang hebat. 

PhotoshopCS2 540x516 Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

Gambar kredit kepada palbrattberg.com

Namun, anda boleh membuat gambar yang dihasilkan lebih baik dengan menggunakan perisaian seperti Photoshop. Tak perlu yang pro Edition, Photoshop yang ringan-ringan seperti Photoshop CS2 pun dah memadai. Dimana hendak dapat? Hmm.. ramai yang pasti tahu. Pandai-pandai aje lah.

Bila ambil dengan kamera handphone, pastikan anda set pada resolusi (dalam MegaPixel) yang tertinggi. Ini kerana anda hendak manipulasikan imej itu nanti dengan menggunakan Photoshop, maka ia akan menjejaskan kualiti imej sedikit sebanyak. Pastikan yang cahaya mencukupi ketika mengambil gambar kerana lebih MUDAH mencantikkan gambar yang terang berbanding dengan gambar yang gelap.

Jika cahaya adalah amat terang, matikan “flash” anda kerana menggunakan cahaya yang semulajadi lebih baik dari cahaya “flash”.  Cuba cari sudut yang menarik untuk objek anda. BACA ENTRI YANG LEPAS bagi mendapatkan idea mencari sudut yang baik untuk objek anda.

Setelah imej berada dalam hard disk computer anda, buka imej dengan menggunakan Photoshop. “Crop” imej jika perlu. Jika tidak, terus sahaja klik “Image” >>> “Brightness/Contrast”. Gerakkan penanda “Contrast” ke KANAN sehingga anda berpuas hati dengan kualiti imej. Lihat gambar-gambar di bawah:

Tips Fotografi 540x397 Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

Tips Fotografi2 540x404 Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

Sekarang gunakan “Curves” untuk melicinkan gambar anda supaya nampak lebih “smooth” dan kurang “noise” pada imej. Klik “Image” >>> “Curves”. Dengan menggunakan tetikus, lengkokkan sedikit graf seperti gambar di bawah.

Tips Fotografi3 540x446 Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

Tips Fotografi4 540x405 Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

Seterusnya, jika gambar masih kurang “sharp”, gunakan tool “Sharp” bagi membuatkan lebih sharp. Gunakan “Sharpen” dan “Sharpe Edges” (jika perlu).

Tips Fotografi5 540x316 Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

Setelah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda. “Save” imej tersebut dalam folder yang anda boleh ingat. Bagi tujuan blogging, kecilkan saiz imej tersebut dengan menggunakan “Save For Web“. Sekarang bandingkan imej yang telah diubahsuaikan tadi. Sebelum dan selepas… amacam?

sebelum dan selepas 540x202 Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

- Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

 Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

Latest posts by Ismail N (see all)

18 thoughts on “Tips Fotografi | Mencantikkan Imej Yang Di Ambil Dengan Menggunakan Kamera Handphone

  1. wah mmg menariklah bro..rasa nak buat jer..mmg ada perubahan antara kedua2 gambar tu :)

    • sharing jek ni.. sbb kawe pun selalu ambik gambar pakai kamera handphone.. nak usung dslr ke sana sini.. payah ehhh…

  2. Guna telefon senang sikit daripada usung kamera DSLR yang tak muat handbag tu.
    Terima kasih, perkongsian yang berguna, Kalau ada masa memang nak godek-godek juga.

    • mmg payah nak bawak kamera besar gedabak tu ke sana sini kak long.. dan selalu kita akan miss capture the moment kalau tak ada kamera handphone yg comel di poket tu… :D

  3. :D yati pun selalu tak puas hati dengan hasil tangkapan bila guna telefon. Dan penyelesaiannya adalah gabungan adobe photoshop dan touch up sikit dgn photoscape

  4. maza selalu guna tipon utk tangkap gambar gak.. hehhehe

    dan menggunakan helah yg sama.. ahaks..

  5. Kak tie ni lebih selesa dengan photoscape. Kalau guna photoshop, mesti sakit kepala, sampai rasa loya-loya… punyalah susah nak faham, hehe… Tapi masih nak cuba terutama untuk watermark tu…. tengah godek2 la ni… adoi…

  6. Yang pastinya gambar yang baik dari segi pencahayaan dan menarik “angle” nya lebih mudah di “edit” untuk mencantikkannya.

    • yup, kalau terlalu underexpose and banyak distraction pada gambar payah ler nak kasi better.. :D

Comments are closed.