Semenjak negeri Kelantan diperintah oleh PAS dua puluh tahun lalu, kita sering tertanya-tanya samada hukum hudud ini akan dilaksanakan atau tidak di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. 20 tahun ia menjadi persoalan yang sekejap panas dan sekejap sejuk. Namun, hakikatnya ia tidak pernah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (mahupun digubal?) untuk dijadikan undang-undang di sana. Dan apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat dan mengumumkan pendirian bahawa negara Islam dan hukum hudud bukan lagi agenda utama mereka, maka ramai yang merasakan isu ini telah pun ditutup buat selamanya.
Namun, tiba-tiba Mursyidul-Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba membuat kenyataan mengejut dan membangkitkan kembali isu ini. Menurutnya PAS komited dalam melaksanakan hukum hudud biarpun rakan parti dalam Pakatan Rakyat tidak menyokong mereka:
KOTA BHARU, Sept 22 – Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat said today it did not matter to him if the DAP wanted to quit the Pakatan coalition if PAS were to go ahead with its plans to implement hudud laws and turn Malaysia into a fully Islamic state, should it come into power.”I am firm about this, implementing hudud laws has been talked about for some 50 years and is not something new. There has been endless dialogues on it.”
“DAP had previously pulled out from the opposition pact Angkatan Perpaduan Ummah (APU) because of this (implementing hudud laws). If now they want to do the same (pull out from the Pakatan coalition because of hudud laws, that is their problem,” he told reporters after attending a civic function at Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) here today.
Sumber: Bernama
Agak menarik bila perkataan “implement hudud laws and turn Malaysia into a fully Islamic state, should it come into power” digunakan? Bukankah PAS telah lama berkuasa di negeri Kelantan? Beberapa tahun di Terengganu? dan kini di Kedah juga? Perlukah PAS memerintah Malaysia dahulu (which unlikely kerana tanpa DAP, peluang mereka memenangi banyak kerusi agak menjadi tipis), barulah Hukum Hudud akan dilaksanakan?
Terdapat pelbagai pendapat tentang pelaksanaan Hukum Hudud di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Bagi mereka yang rajin membaca jurnal undang-undang, pastinya tahu apakah isu-isu yang dibangkitkan. Namun, persoalan ini cuma akan terjawab apabila ia diletakkan pada ujian yang sebenarnya iaitu membentangkannya di Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menjadikannya sebagai satu undang-undang negeri tersebut. Pastinya ada pihak yang akan menentang dan kerajaan negeri akan cuba mempertahankan bahawa ianya terletak di bawah kuasa negeri (Lihat Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan). Di sini mahkamah akan diberikan tugas untuk melihat samada perlaksanaan Hukum Hudud itu “ultra virus” dengan perlembagaan. Sebarang keputusan mahkamah harus dihormati, namun bagi PAS, tanggungjawab sudah terlaksana, usaha sudah dibuat dan bukan sekadar omongan kosong sahaja.
Untuk cendiakawan Islam yang mahu melihat perlaksanaan hukum hakam Islam pasti boleh melihat ujian di atas dengan lebih positif dan idea yang jelas bagaimana untuk melaksanakannya di negara ini. Selagi ianya ditahap cakap-cakap kosong dan penuh dengan retorik politik semata, selagi itu ia akan jadi isu hangit yang semakin hangit dari sehari ke sehari.
- Bilakah Hukum Hudud Akan DiLaksanakan Di Negeri Kelantan?
You may also like:
- GE13: The Sad, Sad World Of Pakatan Rakyat
- Malaysians Should Not Vote For Pakatan Rakyat!
- SEX AND VIDEO TAPE: Is Mat Sabu Smarter Than Tun Dr Mahathir?
- Waktu-Waktu Kerja (Hours Of Work)
- Don’t You Think PAS Members Will Suffer In Hell As Well, Datuk?
- Why Many People Don’t Buy The Theory That The Chinese Voted For Pakatan Because These Chinese Are Anti Corruption



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
aku setuju dr azri dalam isu ni, hehe
dr azri or u mean dr asri?
kadang2 media je yg suka momokkan perkara mcm ni..hakikatnya antara kedua parti ini tak ada lah besar sgt isunya..huhu
adele recently posted..Cara Berhadapan dengan Bandwidth Limit Exceeded
sama answer dgn Nizam
bab politik ni sy kurang arif, tpi my dad sgt arif
dia sllu cuci otak sy – lebih kpd laluan kiri.
Sy hanya mendengar dan dia asyik bercakap. ;p
Klu sy terangkan apa my dad ckp takot jadi isu.
lebih baik sy diam.. itu lebih baik. ok tak?
nothing to do with politics
kawe tulis psl law… gambo dan selingan tu penyeri jer
apa yang aku faham
semuanya tertakluk kepada perlembagaan persekutuan
harap2 perlembagaan akan memberi pertimbangan serta membenarkan, apabila dipohon oleh mana2 negeri untuk melaksanakannya
tehr recently posted..Pelaburan Emas, Perak Atau Suasa
ada isu plbgaan di sini… tapi sblm isu itu boleh diselsaikan, keje2 awal kena buat gak
Nampak macam taktik mengalihkan isu ni…
anif recently posted..Umpama Patah Sebelah Kaki! #2
Aku bab2 ni tak pandai nak cakap, sebab aku tak berminat sangat hal2 politik…tp betul ke yg hukum hudud tu x pernah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri??? Atau aku yg memang ketinggalan zaman??
kalu sudah.. bila?