Boss, Euro Dah Habis!

Boss-boss dan majikan pastinya lega kerana kejohanan bolasepak Eropah (Euro 2012) kini cuma tinggal satu perlawanan sahaja lagi. Selepas Itali dan Spanyol bertarung bagi merebut gelaran pasukan No 1 Eropah pagi Isnin nanti, pastinya akan berkurang staff yang lewat ke pejabat atau datang dengan mata lebam dan mengantuk.

euro 2012 540x356 Boss, Euro Dah Habis!

Gambar kredit: freemalaysiatoday.com

Waktu perlawanan di Poland dan Ukraine yang bersamaan dengan awal pagi di Malaysia menyebabkan kaki-kaki bola terpaksa bersengkang mata dan tidak hairan jika ramai yang ponteng kerja atau beli MC icon wink Boss, Euro Dah Habis! terutamanya kaki-kaki lepak di kedai mamak yang lebih gemar menonton TV di rumah dari duduk di sofa rumah yang lebih selesa.

Mengikut survey yang dijalankan oleh akhbar NST, 24% majikan mengakui pekerja-pekerja mereka lewat atau ponteng kerja sepanjang Euro 2012 dan ramai yang menjangkakan jumlah ini akan meningkat ke 50% pada hari pagi  Isnin selepas Itali dan Spanyol berentap diperlawanan akhir. Namun, terdapat juga pekerja-pekerja yang perlu berhati-hati kerana ada juga majikan yang akan bertindak tegas hari Isnin ini. Yang dah ponteng dua hari berturut-turut tanpa sebab yang baik, sila baca juga artikel “Akibat Ponteng Kerja” dalam blog ini.

Namun, ada juga majikan yang tersenyum lebar sepanjang Euro 2012. Mamak-mamak yang kedai makannya 24 jam dan ada siaran TV Euro pastinya dapat extra-income sepanjang bulan Jun 2012. Begitu juga kedai-kedai makan lain yang menawarkan servis yang sebegitu. Perniagaan kedai alatan sukan dan taukeh gelanggang futsal pun pasti dapat tempias dan habuan sepanjang Euro 2012 ini.

Dari segi sosio-politik pula ia memberi sedikit ruang untuk berbaik-baik dan bermesra dan mengurangkan tension politik di negara ini. Ramai penyokong-penyokong kuat dari parti memerintah dan pembangkang dapat duduk semeja dan bersama-sama menikmati kemeriahan Euro tahun ini.

Walaupun selepas ini ada Sukan Olimpik pula, rasanya ia tidak akan sama dengan Euro 2012. Penyokong bola bukan sahaja teramai di negara ini, malah juga paling fanatik danbersemangat sekali. Oleh itu, bila tiba masa Euro 2012 melabuhkan saingannya, pasti nya suasana yang berbeza akan dirasai buat seketika oleh rakyat Malaysia. Sehingga kita berpesta lagi di Piala Dunia 2014, terima kasih atas memori indah Euro 2012. Psssttt… Itali lwn Spain, sapa akan menang?

- Boss, Euro Dah Habis!

 Boss, Euro Dah Habis!

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Boss, Euro Dah Habis!

Sports

{ 14 comments… add one }

  • maza July 4, 2012, 5:11 am

    Uwakkk!!! Spain menang!
    Uwakkk…..

    tapi puas hati lah, permainannya mantap seh.. hehehe
    maza recently posted…Wordless Wednesday: StealthMy Profile

    Reply
  • hafizmd July 3, 2012, 9:40 am

    Spain menunjukkan belang.

    Bos2 kedai makan tersenyum lebar jerlah…hehe

    Reply
  • faizul July 2, 2012, 11:06 pm

    Ye, euro dah habis. Tapi sebulan lagi EPl nak mula dah. Bahang bola mungkin sejuk sekejap.

    Saya juga setuju, memang kehangatan bolasepak ni dapat merapatkan masyarakat kat M’sia ni. Senyap sekejap isu politik yang mengarut sekarang ni.

    Reply
  • onlajer July 2, 2012, 4:13 pm

    rasanya yang tak suka taukey2 kedai makan 24jam

    Reply
  • budak felda July 1, 2012, 7:22 am

    hihihihi boss pun ada yang sama naik tgl bola..hihihi.
    apa2 pun diharapkan italy mng awal pagi nanti haha
    forza italian

    Reply
  • akubiomed July 1, 2012, 3:33 am

    Biasalah apabila musim EURO atau WORLDCUP akan berlaku apa yang bro kongsikan didalam entri ini. :-)

    Reply
  • nurmisnan June 30, 2012, 3:14 pm

    Boss pun kata “lega Euro dah habis, kalau tak
    semua pekerja aku dtg keja menguap jer” har3…

    Reply
  • adamfaiz June 30, 2012, 3:01 pm

    Nak tengok Italy menang… bukan peminat kedua-dua team.. kalau tak sure dah apply cuti Monday

    Reply
  • titan June 30, 2012, 2:49 pm

    bos-bos kena terima hakikat. euro 4 tahun sekali aje maa..

    Reply
  • Kak Long Mawar Merah June 30, 2012, 2:01 pm

    Pastikan tak mengantuk pagi Isnin. :wink:

    Reply
  • shaharil June 30, 2012, 12:38 pm

    Memang masyuk income dorang.. hehe

    Reply
  • anif June 29, 2012, 5:03 pm

    Rilek la Boss.. Hehe..

    Reply
  • Jebeng Otai™ June 29, 2012, 1:03 pm

    itali bro..ade potensi besar.. :)

    Reply
    • IN June 30, 2012, 1:44 pm

      yup, nampak very impressive so far. Plus, Spain ada masaalah bhgn penyerang. Del Bosque nampak tak de confident pada semua striker2 yg ganti D Villa. :D May the best team win.

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: