Go Malaysia Go! Malaysia v Myanmar LIVE!

Ok, Euro 2012 dah habis! Sekarang kita berikan tumpuan pula pada pasukan muda negara yang sedang beraksi dalam kumpulan G di pusingan kelayakkan Piala Asia, bawah 23-tahun. Hari ini, 3hb Julai 2012, Harimau Muda akan menghadapi perlawanan penentuan dengan pasukan taun rumah, Myanmar bagi merebut satu tempat mengiringi pasukan Korea Selatan ke pusingan akhir tahun hadapan. Misi adalah jelas iaitu Harimau Muda mesti MENANG! Apa-apa keputusan yang selain dari itu akan menyebabkan kita kecewa lagi dan kempunan beraksi dengan pasukan-pasukan terhebat di Asia tahun depan.

Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon jam 7.45 malam ini. Menurut lapuran blog-blog tempatan, akan ada siaran langsung di Astro dan live streaming di web. Yang ada Astro di rumah, sila buka saluran 801 bagi Malaysia v Myanmar LIVE. Yang tiada Astro, sila ke kedai mamak berdekatan.

Bagi mereka yang dah seminggu menyarung jersi Spain, sila rendamkan jersi anda dalam washing machine dan sarungkan jersi Harimau Malaya malam ini. Go Malaysia Go.. Malaysia Boleh!

Dalam pada itu, saya juga hendak mengucapkan tahniah buat lagenda bolasepak Manchester United, Ryan Giggs yang akan berusia 39 tahun pada bulan November 2012 nanti, kerana terpilih mewakili pasukan Great Britain dalam acara bolasepak di temasya Sukan Olimpik London 2012. Tahniah Giggsy.. Legend!

- Go Malaysia Go! Malaysia v Myanmar LIVE!

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Sports

{ 17 comments… add one }

  • Shah July 5, 2012, 2:52 pm

    Harap2 boleh menang. At least seri pun jadilah

    Reply
  • tehr July 4, 2012, 6:43 pm

    myanmar tipu umur
    huhu
    tehr recently posted…Main Tipu, Main Kasar, Main JahatMy Profile

    Reply
  • titan July 4, 2012, 9:02 am

    kalah dahh..sedih gila maa..

    Reply
  • maza July 4, 2012, 5:05 am

    kalah sudah… huhuhu

    hati ada gelisah kalu.. uhuk!

    Reply
  • ProfHariz July 4, 2012, 4:05 am

    Semalam kalah dengan myammar :(

    Reply
  • Jebeng Otai™ July 3, 2012, 1:17 pm

    seminggu pki jersi spain..pening kepala..hehe

    Reply
  • hafizmd July 3, 2012, 9:42 am

    1. Sarung baju Malaysia sokmo ambe ni…hehe
    2. Ada live ek, cantiklah…melekat depan tv pulaklah malam ni…hehe
    3. Giggs mmg terbaik! Dah nak 40, tp masih tersenarai ke Olimpik…terbaik!

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain July 4, 2012, 3:12 am

      kita kalu 40.. sibuk nak pencen he he…

      Reply
      • hafizmd July 4, 2012, 6:19 am

        kita kt malaysia, boleh bilang ngn jari berapa ramai player yg main sampai umur 40…rasanya sekarang takde…paling senior pun antaranya ialah syukor adan…dlm 34 agaknya tp dia antara pemain yg masih bertenaga dn cukup berpengaruh…

        Reply
        • Dulu Lain Sekarang Lain July 5, 2012, 2:07 pm

          ramai yg boleh main smpi 30 lebih tp mentaliti kita mcm pengurus2 england. Kalau 30+++ anggap tua. Skali Pirlo menyinar di Euro 2012 baru nyesal tak panggil Scholes dan org2 tua yg lain :D

          Reply
  • Oh! budu July 3, 2012, 3:35 am

    laungkanlah Malaysia Go Go Go malaysia Go! hehe

    Reply
  • Oh! budu July 3, 2012, 3:31 am

    yang ni mesia menang kan? :)

    Reply
  • akubiomed July 3, 2012, 3:10 am

    Harap sempat menonton dirumah hari ini. EURO 2012 sudah habis sekarang tumpuan kepada skuad Harimau muda pula.

    Reply
  • anif July 3, 2012, 1:10 am

    Harap mereka menang.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

This Blog is hosted at:

Powered by:

Get your SEO Responsive Skins here: