Ada satu pertandingan ten-pin boling (bowling) yang besar bakal berlangsung di Kota Kinabalu tidak lama lagi. Ia dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan akan berlangsung di CPS Bowl Center Point Kota Kinabalu.
Dengan jumlah hadiah hampir RM 200,000 yang ditawarkan, kejohanan ini pastinya bukan sahaja akan menarik pemain bowling tempatan, malahan pemain-pemain kebangsaan dan antarabangsa.
Jadi ada kemungkinan juara Terbuka Malaysia yang baru, Muhd Nur Aiman Khairuddin akan turun ke Sabah kali ini bersama rakan-rakannya: Mohd Rafiq Ismail, Syimir Abdul Razak, Aaron Kong, Alex Liew, Syafiq Ridhwan (2012 World Cup Champion) dan Zulmazran Zulkifli. Mungkin juga peminat-peminat akan dapat menyaksikan juga jaguhan Asia, Eropah dan AS turut sama memeriahkan kejohanan ini.
Kejohanan Bowling
Sudah lama saya tidak bertanding dalam kejohanan bowling. Average score pun dan makin merundum dan beraksi di League pun sekali setiap bulan purnama 😀 Jika dulu pun tidak mampu menewaskan pemain-pemain bowling yang lain, apa lagi sekarang ni kan?
Namun, ia tidak menghalang saya untuk memasang hajat untuk beraksi di kejohanan kali, insya-allah.
Oleh itu, perlu ada persiapan yang cukup dari segi kecergasan dan peralatan.
Sudah tentu bila jaguh-jaguhan kebangsaan, Asia dan Eropah turun ke sini, peluang pemain-pemain bowling tempatan akan jadi hampir “0%”. Mereka bukan sahaja mempunyai persediaan yang cukup dan teknik permainan yang lebih baik, malah mempunyai kelebihan dari segi kewangan (bukan free bertanding) dan peralatan.
Akan tetapi, bagi pemain-pemain tempatan seperti saya, pengalaman bermain satu lane dengan jaguh-jaguh bowling adalah suatu yang amat indah dan sukar dilupakan. Adakalanya, kami sengaja tunggu masa yang sesuai agar dapat bermain dipusingan kelayakkan bersama pemain-pemain ternama dunia.
OK lah, malu dengan score berbanding dengan diaorang, akan tetapi ianya satu pengalaman yang menarik apa lagi kalau dapat ‘out score‘ mereka biar satu game pun alright.
Bola Bowling Di Pro Shop
Oleh itu, minggu lalu saya melawat Pro Shop dan meneliti bola-bola yang dijual di sana. Dah bertahun-tahun saya tidak tukar bola bowling. Mungkin sama lama dengan Arsenal kempunan piala sebelum mereka menang FA Cup Sabtu lalu. 😀 Malah, kasut bowling pun dah out-dated.
Ya, lah setakat main league sahaja, buat apalah hendak bergaya sangat kan?
Tapi, jika da cita-cita hendak main kejohanan yang lebih besar dan sukar, maka peralatan perlu ditingkatkan. Ada sebab mengapa sesuatu bowling ball tu lebih mahal dari yang lain. Dari segi reactionnya pada lane dan pin tidak sama dan oleh itu adalah penting membeli bola yang sesuai dengan corak permainan anda.
Berikut adalah sebahagian dari bola-bola yang ada di Pro Shop tempohari. Hmmm.. rasanya mana yang saya pilih?
Harga Bola Bowling
Harga bola bowling di Malaysia memang jauh lebih mahal dari di luar negara. Malahan pilihan pun tidak banyak. Oleh itu, pemain-pemain bowling lebih suka beli bola semasa berada di luar negara terutamanya di AS. Untuk beli secara ‘online‘ tidak berbaloi kerana kos penghantaran yang amat tinggi.
Berat bola tu kan?
Lagipun Pro Shop akan mengenakan bayaran tambahan (biasanya RM50) untuk drill (buat lubang) bola yang bukan di beli dari kedai mereka.
adam
Salam.tumpang niaga..
Bola bowling bulldozer version transformer untuk diletgo..
Kondisi memang baru dan belum tebuk lubang..
Sesuai tok straight atau spin ball
Bola jenis polyester ball..
Bola dapat hasil pemberian..
Tak tahu main sangat pun..just suka2.
Cod shah alam dn klang.
Harga buka rm170.
Sesuai tok kaki bowling atau newbie..
Berminat boleh hubungi saya
014-6266864/014-5392175
Wassup/mesej sahaja.kol nnt takut xsempat jawap.sebab kerja.
Ismail N
Berapa kos penghantaran ke:
1. semenanjung
2. sabah/sarawak
berapa berat bola tu?
surra
Berat bola berapa?
Mus
boleh kira berapa kali jer main boling..
Denaihati
lama sangat-sangat dah tak main bowling. main pun suka-suka je….
akubiomed
Main guli bolehlah 🙂
Faizal Nizam
Aku cukup suka yang ada gambar spider tu. Nampak cool jugak la.
Ismail N
mau pakai sut spiderman, baru ngam pakai bola ni 😀
puteri kasih
baca entri bro ni tetiba teringin nak main bowling…dah lama tak main bowling.
Ismail N
main kat mana?
nOesuhaimi
salam Ismail,
cakap pasal boling..noe aktif berbelas2 tahun lepas…hehe..masa zaman bujang ..masa tu aktif la masuk tournament…selalu main kat Bowling Centre kt Federal…tp tempat tu dh x ada…skang dah x lama x main…main pun klu geng2 ajak wakil company la..sbb dh x ada player pompuan…join je la..tolong member2…bola2 boling pun dh jadi khazanah je kt umah tu…dh x larat nak angkat…apa2 pun good luck tuk Ismail…kena byk praktis tu…mental pun kn prepare
Ismail N
YUp, mental tu tersangat penting. Single board miss pun boleh buat hancusss!!
zool
den memang tak reti main boling ni..
aritu main tertutup jabatan dapat no last..
nak lepas 100 mata seframe pun mengengkek
Ismail N
😀
zizie
tolong jgn buat saya terasa nak main bowling… huhu..
titan
pehh..lama woo gua tak main bowlinggg..
reezluv
belum sampai nak membeli lagi bola bowling ni..main sesaje je..:D
Ismail N
mmg tak perlu beli pun jika main sesaja je. Tapi bila ada bola sendiri ia bukan shj membantu meningkatkan score malahan lebih selamat jari kita kerana bola kena drill ikut jari kita juga 😀 Plus sesetengah house ball ada yg pecah dan tajam di bahagian lubang. Adakalanya boleh mencederakan.