Jom Main Bowling Di U-Bowl 1Borneo KK

bowling-score

Sudah lama saya tidak bergiat dalam sukan bowling. Bola dan kasut bowling dalam store pun entah di mana agaknya ๐Ÿ˜€ Tapi, kebelakangan ini rasa macam mahu aktif kembali bermain sukan ini. Maka, saya pun turun beraksi kembali di Pusat Bowling U-Bowl di 1Borneo.

Maaf, gambar video di bawah kurang jelas. Saya rakam bukan untuk tujuan blogging pada asalnya, tetapi untuk melihat kesilapan-kesilapan yang dibuat akibat sudah lama tak beraksi. Oleh itu, ia cuma dirakam pada kamera handphone berusia 4 tahun pada resolusi yang rendah.

Agak-agak boleh cam ke muka saya tu? ๐Ÿ˜‰

Teknik Bermain Bowling

Saya ada tulis sedikit mengenai teknik asas bermain bowling dalam entri yang dulu.

Klik DI SINI dan SINI untuk membacanya.

Saya bukanlah pemain yang handal dan hebat. Tetapi bolehlah sikit-sikit cari makan dulu-dulu. Dalam video di atas, saya menggunakan teknik “spin” biarpun saya sebenarnya lebih gemar bermain secara “hook”. Namun, oleh kerana sudah lama tidak bermain, maka tangan ini tak mampu hendak mengangkat bola 15lb dan ke atas lagi.

Oleh itu, switch kepada spinner dengan menggunakan house ball seberat 11lb.

bowling-score

Memandangkan pergerakan bola secara spin ini tidak banyak sangat iaitu kira-kira dua atau tiga board sahaja, maka spinner jarang terlepas target mereka. Akan tetapi, agak sukar untuk “duplicate” spin yang sama berturut-turut kerana ia memerlukan banyak pergerakan pada tangan dan wrist bila melepaskan bola berbanding dengan bila bermain hook.

Pin action juga agak kurang berbanding dengan pemain hook tetapi jatuhan pin spinner lebih konsisten atas sebab yang saya nyatakan di atas tadi.

Ok, sebelum saya publish entri ini, soalan cepumas saya hari ini:

Apakah pendapat anda tentang sukan bowling dan dimanakah tempat anda bermain bowling? :

D Jawab ye….

Jom Main Bowling Di U-Bowl 1Borneo KK

1 vote
Avatar for Ismail N

โ€ข Meet the Author โ€ข Ismail N


Dulu Lain Sekarang Lain is owned by Ismail N (lifestyle blogger cum internet marketer). I enjoy putting passion and personality into each website designed.


Comments on this entry are closed.

  • Avatar for Ismail N

    bEe main bowling bila ada game. Kalau takde, takdelah nak jejak kaki kat situ. huhu

  • Avatar for Ismail N

    Wah, memang hebat. Dah lama tak main pun masih boleh score. Kali akhir main bowling 2 bulan lepas dengan anak-anak je. Dulu memang kemaruk juga main bowling, dan jadi ahli di pusat bowling yang ada di sini. Tapi sekarang ni, sebulan sekali pun agak payah.

  • Avatar for Ismail N

    Hubby suka main ni…tapi tak pernah kot dia main kalau balik Sabah…lebih kepada jalan2 cari makan and seafood je kalau balik sana..hihihih

  • Avatar for Ismail N

    wah,hebat ko main tu bro.hehe ๐Ÿ˜€
    aku main takde pun nak buat spin.main setakat suka2 je.yang penting jangan masuk longkang.wakaka ๐Ÿ˜€

    • Avatar for Ismail N

      belum cukup minat tu bro..
      plus mungkin tak de org guide..
      Once ada coach yg bantu dan nampak teknik2 dlm game, ia akan jadi lebih menarik dan permainan akan automatik jd improve ๐Ÿ˜€

  • Avatar for Ismail N

    wah mesti gempak juga jatuhan pin tu, spare & strike je ekekee,
    boling ni best jugak, tapi riadah elit – pasal berbayar hahahaa…
    selalu main di plaza angsana, jb.

    • Avatar for Ismail N

      kalu spin dan bola lurus selalunya mudah nak ambil spare as long as basic principle kita faham dan kosentrasi tak terggangu.
      Kalu turun JB, kita lepak kat Plaza Angsana la cam nie bro ๐Ÿ˜€

      • Avatar for Ismail N

        roger je bro, heehehe

  • Avatar for Ismail N

    tak pernah2 aku main
    pijak tempat bowling pun tak pernah
    huhu

    • Avatar for Ismail N

      he he… kena cuba bro…
      baru tahu syoknya ๐Ÿ˜€

  • Avatar for Ismail N

    alamak.. bowling ni bukan dunia sy sbnrnya.. nak cecah 100 pun susah.. huhu.. main utk suka2 je..

    • Avatar for Ismail N

      don’t worry kalu jrg main mmg begitu lah jadinya…
      plus, the best way bersukan ialah belajar dari proper coach… kalu mahu improve lah ๐Ÿ˜€

  • Avatar for Ismail N

    Saya suka berbowling, walaupun takde lah sampai ada bola sendiri. My famili n friends mmg suka gathering main bowling di Superbowl Banting.

    Main tak seberapa, tapi bisingnya Masya’ Allah. :)

    • Avatar for Ismail N

      sorang lagi main kat Banting..
      contact titan… main di sana ๐Ÿ˜€
      don’t worry kalu bising.. tempat tu mmg utk riuh rendah pon….

  • Avatar for Ismail N

    kat banting ada tempat main bowling. kalau aku bosan..memang aku gi sana layan 2-3 frame. haha..

    • Avatar for Ismail N

      erkkk jauh sgt pi sana..
      kat KL tak main ker?

  • Avatar for Ismail N

    wahhhh… bestnya bowling. Nak join jugak tapi
    masih belajar lagi nak dapatkan strike… =(

    • Avatar for Ismail N

      yg penting teknik
      once teknik betul, strike akan mudah dtg dgn sendirinya ๐Ÿ˜€

  • Avatar for Ismail N

    Pendapat saya, sukan bowling, sukan yang sangat sesuai / seronok jika kita bermain secara beramai-ramai. Boleh gelakkan kawan dan juga gelakkan diri sendiri bila bola strike berturut-turut di longkang. ๐Ÿ˜€

    • Avatar for Ismail N

      yup bagus tu riadah dan rehatkan fikiran…
      cuma jgn bawa kawan yg terlalu mahu menang sgt udah ler.. Tension nt sbb ada org tak mahu kalah ๐Ÿ˜€

  • Avatar for Ismail N

    sy tak tahu main boling huhu.kwn ckp bola dia berat..tapi jgn risau ada berat yg blh selesa d pegang tangan yer ker?

    • Avatar for Ismail N

      mmg ada bola ringan ehhh… sesetengah bowling centre ada hse ball 8lb dan 7lb …. cuma payah ler pin nak jatuh kalu bola ringan sangat ๐Ÿ˜€

  • Avatar for Ismail N

    Pernah bermain bowling.. tahun 1994 di Kompleks Teruntum, Kuantan.

    Satu pin pun tak jatuh.. bola masuk longkang! haha..

    • Avatar for Ismail N

      kira pernag mencuba ar tu suri tak pernh langsung huhu…

    • Avatar for Ismail N

      adehhh.. kawe belum abis belajar lagi time tu…
      kompleks teruntum…. lebih 20 tahun tak pi sana… erkkkk…

  • Avatar for Ismail N

    Main bowling ketika anjuran syarikat sahaja. :-)

    • Avatar for Ismail N

      bestnya begitu…
      saya tak dpt serati apa2 pun.rasanya KL kt HQ lagi meriah sini cwgan apa ada huhu..

    • Avatar for Ismail N

      bagus company ada buat..
      kawe tak der company :sad: