Piala AFF Suzuki 2012 – Malaysia v Indonesia

malaysia v indonesia

Gambar Kredit: studiofikhri.blogspot.com

Malam ini, manakala tepat pukul 8.45 malam, sebahagian besar rakyat Malaysia dan juga Indonesia pastinya akan tertumpu pada pertembungan dua jiran Asia Tenggara di padang bola di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 menjadi buah mulut ramai peminat sukan biarpun nun jauh di luar negara, beberapa jaguhan Malaysia sedang bertungkus lumus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa di peringkat yang lebih tinggi. Hari ini, Faizal Saari dan rakan-rakan akan bertarung dengan Korea Selatan di peringkat separuh akhir hoki Champions Challenge I di Argentina. Ratu Squash, Datuk Nicol David pula berhadapan dengan jaguh Holland, Natalie Grinham bagi merebut tempat di peringkat akhir Kejohanan Squash Terbuka Hong Kong. Manakala, pasukan tenpin boling pula akan meneruskan cabaran negara di Kejohanan AMF World Cup di Wroclaw, Poland.
Ramai athlet sukan negara akan bertanding hari, namun di corong-corong radio dan TV serta rangkaian laman web media sosial dan blog, peminat sukan lebih sibuk memperkatakan tentang Harimau Malaya v Garuda Indonesia. Ia cukup memberi bukti bahawa bolasepak adalah sukan No. 1 Malaysia. Andaikata jam 11 nanti, diumumkan Malaysia menang dan melangkah ke separuh akhir, nescaya juga ramai yang akan terus lepak di kedai mamak bagi mengikuti bolasepak Liga Perdana Inggeris dengan tumpuan malam ini, Man Utd v Reading, jam 1.30 pagi waktu Malaysia :D

Berdasarkan keputusan-keputusan awal, kesemua empat pasukan dalam kumpulan B masih berpeluang ke separuh akhir dengan Indonesia dan Singapura masing-masing cuma memerlukan seri, manakala Malaysia dan Laos perlu menang. Rekod terkini pertemuan Malaysia dan Indonesia memihak kepada pasukan negara jiran tertanggga itu, namun dalam perlawanan-perlawanan yang penting, Malaysia lebih menyerlah. Oleh itu, terdapat keyakinan dikalangan penyokong Malaysia yang Harimau Malaya mampu mengaum dan melangkah ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 ini. Pihak stadium nasional pula pasti tersenyum dan membayangkan kutipan tiket yang memberansangkan malam ini. :wink:

Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing dan percaturan strategi jurulatih bakal memainkan peranan penting malam ini. Indonesia agak ‘straight forward‘ cara permainan mereka dan banyak bergantung kepada kepantasan pemain-pemain mereka. Malaysia lebih teknikal dan banyak melakukan hantaran pendek dan ‘one-two‘ bagi membuka pertahanan lawan. Kedua-dua jurulatih pastinya sudah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan lawan. Indonesia pastinya tidak mahu membiarkan Safiq Rahim dibenarkan mengawal tempo permainan, manakala K. Rajagobal pula pastinya memikirkan bagaimana untuk menyekat pergerakkan pantas serangan Indonesia, terutamanya “Leo Messi” mereka, Andik Vermansah.

Apa-apa pun diharapkan anda semua terhibur menyaksikan perlawanan malam ini. Penyokong-penyokong kedua-dua pasukan pun ‘come on‘ lah.. jangan ikut perasaan sangat. Semangat kesukanan perlu ada ya. Penyokong Man Utd, stay up sampai jam 1.30 pagi untuk game Man Utd :D

Kemaskini:-

Piala AFF Suzuki

Malaysia menang 2 – 0 dan mara ke separuh akhir bertemu Thailand.

AMF World Cup 2012

Syafiq Ridhwan menjadi pemain boling lelaki pertama dari Malaysia menjadi juara Dunia AMF setelah menewaskan pemain US, Kent Marshall di step-ladder final 236-225 dan 237-221.

Squash Hong Kong Open

Datuk Nicol David mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan Natalie Grinham dengan 11-8, 11-5, 11-6.

Hockey Men’s Champions Challenge 1

Korea menewaskan Malaysia 6 – 3 untuk mara ke perlawanan akhir.

Liga Perdana Inggeris

Man Utd menewaskan Reading 4 – 3, Man City seri, Arsenal dan Chelsea tewas :D

Piala AFF Suzuki 2012 – Malaysia v Indonesia

Sports

Avatar for Ismail N

Dulu Lain Sekarang Lain is owned by Ismail N (lifestyle blogger cum internet marketer). I enjoy putting passion and personality into each website designed.

View all contributions by

Comments on this entry are closed.

  • Avatar for Ismail N Hakim Mahmud December 3, 2012, 7:52 am

    taniah buat skuad harimau malaya.

  • Avatar for Ismail N hafizmd December 3, 2012, 6:38 am

    1. harimau malaya mengaum baik malam tu
    2. skuad hoki jelas perlukan pemain sebaik faizal shaari utk lebih cemerlang
    3. nicol david mmg legend!
    4. manu perlu buat sesuatu kat defend…3 gol kurang 30 minit…tp score 4 gol jugak dalam masa kurang 40 minit…

    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain December 3, 2012, 11:41 am

      kita bolos 4 gol dalam masa pertama lawan korea. so, coach revington kena pikirkan soal defence mcm alex ferguson kena fikir utk man utd :D

  • Avatar for Ismail N titan December 3, 2012, 5:02 am

    Yehh.. MU menang! Malaysia menang bola! Tapi sedih..kalah hoki plakk..

  • Avatar for Ismail N TehR December 2, 2012, 10:39 am

    andik tu memang bagus
    mujur juga pemain kita dapat menyektnya

    tahniah untuk harimau malaya

    • Avatar for Ismail N hafizmd December 3, 2012, 6:38 am

      Andik mmg laju. Kecil jer tapi cukup berbahaya. Ada masa depan cerah si Andik ni

      • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain December 3, 2012, 11:40 am

        dribbling dan shooting boleh tahan. Cuma decision making dia belum bagus lagi.

  • Avatar for Ismail N Jebeng Otai™ December 2, 2012, 6:44 am

    hebat jugak malaysia kan..eheh

  • Avatar for Ismail N akubiomed December 2, 2012, 5:32 am

    Tanniah buat skuad Harimau Malaya. Pihak lawan tentu tidak menjangka pemain muda mampu menjaringkan gol sedangkan mereka terleka dengan mengikat Safee Sali dan Mat Yo.

    • Avatar for Ismail N Dulu Lain Sekarang Lain December 3, 2012, 11:55 am

      itu penting nya turunkan star biarpun form mrk kurang baik sbb ia lawan cuma fikrikan star player jer..

  • Avatar for Ismail N nurmisnan December 1, 2012, 1:21 pm

    Msia dah 2-0.. Weeeee

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.