Sunday,1 May,2016

Teknik Asas Bermain Bowling

Pusat Bowling

Good bowling involves repetition. The first-rate player can duplicate the same series of motions time after time to produce consistent shot making – Mike Aulby

Kata-kata dari bekas pemain pro Professional Bowlers Association (PBA), Mike Aulby (PBA Player of The Year 1985 dan 1995) di atas sudah cukup untuk menerangkan bagaimana seseorang pemain bowling boleh melakukan jatuhan pin yang tinggi dan konsistent.

Kata kuncinya adalah: “duplicate the same series of motions” iaitu keupayaan mengulangi kembali cara balingan dengan sempurna berkali-kali.

Asas Bermain Bowling

Ini berasaskan pada prinsip – Jika kita boleh membuat satu balingan yang baik dan menghasilkan “strike”, maka apa yang kita perlu buat adalah mengulang kembali yang kita buat dan secara rasionalnya balingan seterusnya akan menghasilkan “strike” juga.

Logik kan?

Maksud “duplicate the same series of motions” ini bukan hanya pada ketepatan bola singgah di pin atau kelajuan bola yang dihasilkan.

Ia meliputi semua aspek iaitu di mana bola dijatuhkan, di mana kita berdiri, berapa banyak “hook” yang di hasilkan dan sebagainya.

Kita perlu menjadi mesin fotokopi yang baik dan mengulang kembali aksi sebelumnya bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Susah ke?

Cuba lihat video di atas. Perhatikan bagaimana jaguh bowling handalan dunia dari UK, Paul Moor yang merupakan World Bowling Writer’s Bowler Of The Year 2005 melakukan strike demi strike.

Setiap balingan umpama ulang tayang balingan yang sebelumnya.

Hebat!

Pengetahuan Tentang Bowling

Sebenarnya dengan pengetahuan yang baik tentang bowling dan latihan mencukupi, semua orang boleh bermain dengan konsistent dan menghasilkan jatuhan pin melebihi 200 pada setiap game. Saya bukanlah pemain bowling yang tegar atau selalu ke pusat bowling, namun saya masih mampu membuat jatuhan pin melebihi 200 jika saya ke pusat bowling hari ini.

Catatan terbaik saya (Official) di pertandingan adalah 278, manakala “unofficial” semasa latihan adalah 289.

Ini di buat tanpa latihan intensif dan proper coaching dari jurulatih yang berkelayakan.

Oleh itu, saya rasa anda juga boleh melakukannya jika punyai pengetahuan yang asas dan minat yang mendalam.

Pin, Lane, Arrow, Dot Dan Foul Line

bowling-lane-diagram 2

Gambar kredit kepada intosports.info

Perkara pertama yang harus diingat oleh pemain bowling adalah jarak antara pin dengan garisan yang dibenarkan (foul line) adalah sejauh 60 kaki (Lihat Diagram di atas).

Itu jarak yang amat jauh!

Oleh itu, apabila membaling bola bowling sebaiknya janganlah pin-pin yang jaraknya 60 kaki itu anda gunakan sebagai sasaran atau target anda. Cuba ambil 3 biji buah guli dan letakkan satu dekat dengan anda dan satu lagi jauh dengan anda. Gunakan satu lagi biji guli sebagai peluru anda.

Mana lebih mudah untuk dibaling?

Tentulah yang dekat bukan?

Oleh itu, untuk lebih konsistent cuba cari target yang lebih dekat untuk anda. Lihat sekeliling lane dan gunakan panduan yang ada sebagai guideline anda.

tenpin bowling lane

Gambar kredit kepada img.en.china.cn

Sekarang lihat pula dengan teliti lane bowling (rujuk gambar di atas). Perhatikan arrow (anak panah) dan papan2 kecil yang diatur (board) pada lane tersebut. Terdapat 39 boards pada setiap lane bowling.

Pemain boling tangan kanan akan mengira board dari kanan ke kiri, manakala pemain kidal akan mengira dari kiri ke kanan.

Arrow di susun selang 5 boards.

Arrow pertama dari kanan adalah pada board ke lima.

board and arrows

Gambar kredit kepada s1.hubimg.com

Boards dan arrows ini digunakan sebagai sasaran atau target bagi menggantikan pin yang agak jauh 60 kaki dari foul line. Sesetengah pemain boling menggunakan arrow sebagai target, manakala yang lain pula menggunakan board.

Gabungan kedua-duanya juga boleh dipakai bagi memantapkan lagi lontaran.

Cara Balingan Bowling Yang Betul

Konsep adalah mudah. Jika anda boleh meniru kembali cara balingan anda, maka setiap jatuhan pada arrow atau board yang dekat itu dan membawa strike, maka anda cuma perlu lontarkan kembali ke board atau arrow tersebut selepas ini.

  • Tak perlu sasar atau pandang sejauh 60 kaki ke arah pin.
  • Baling sahaja ke sasaran yang lebih dekat dengan anda.

Contohnya: Jika bola jatuh ke arrow pertama atau board ke lima dan strike, maka anda cuma perlu jatuhkan bola ke arrow pertama atau board ke lima bagi balingan seterusnya.

Jika lain-lain pergerakkan anda adalah konsistent, maka peluang adalah cerah untuk balingan itu menjadi strike sekali lagi.

bowling-lane-diagram

Gambar kredit kepada helpwithbowling.com

Untuk target atau sasaran yang lebih dekat (bagi pemain bertubuh kecil terutamanya atau spinners), anda boleh juga gunakan dots yang ada di lane.  Ia terletak berhampiran dengan foul line dan tidak jauh dari arrows. Biasanya terdapat 5 atau 7 dots (tak standard). Ia selari dengan garisan arrows.

Maknanya, dot pada board ke lima misalnya adalah selari dengan arrow pada board ke lima.

Terdapat juga dots di belakang foul line. Ada dua set yang digunakan oleh pemain boling bagi memastikan mereka berdiri di tempat yang sama atau mengingatkan mereka di mana mereka berdiri sebelum ini. Ia juga selari dengan dots yang digunakan sebagai sasaran tadi dan selari dengan arrows.

Pergerakkan dari tempat asal akan menyebabkan bola bowling tersasar dari lontaran yang sebelumnya.

Baca lagi: Teknik Bermain Bowling BAHAGIAN DUA

 – Teknik Asas Bermain Bowling

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Shas Reply

    Salam bro…baru 2 bulan aku main style spinner. Pin jatuh pun paling power 154. Malu gak sebab aku pakai bola sendiri. Bila main, orang sebelah lane selamba je dapat 150 ke atas dgn straight je. apa yang perlu aku repair style aku ni?

    October 8, 2014, 1:03 am
    • Ismail N Reply

      W’salam,

      Jika main spin dua perkara yang perlu anda ingat:
      1. Bila release “thumb” sentiasa di bawah (6 o’clock).
      2. Boleh agak lurus, maka gunakan arrow yang dekat dengan arrow yang tengah. 5 board ke kiri atau kanan.
      3. Selepas release, pastikan hujung jari point ke target

      Namun, utk yang paling terbaik, saya cadangkan pergi ke pusat bowling yg ada Pro Shop. Normally, yang jaga Pro Shop tu bowler juga. Minta dia lihat anda baling bola itu. Selalunya kita tidak sedar silap kita bila kita baling bola. Maka dapatkan orang yang tahu mengenai bowling melihat kita bermain dan memperbetulkan kesilapan.

      Last but not least, pastikan “timing” (baca artikel di atas) anda perfect. Ia adalah kunci untuk mencapai jumlah balingan yang tinggi dan konsistent.

      All the best…

      October 8, 2014, 1:56 am
      • Shas Reply

        Terima kaseh bro…

        October 8, 2014, 2:58 am
  • titan Reply

    yah..gua jenis spinner.

    dah lama tak main nih wehhh..

    November 19, 2013, 4:17 pm
  • Pejuang Kesenian Extreme Reply

    Teori dah tau..
    Kena praktik pula..hehe

    September 10, 2011, 12:51 pm
  • Kak Long Mawar Merah Reply

    Main bowling memang seronok terutama bila dapat strike. Nak cuba praktikkan ilmu di atas lepas ni.

    September 10, 2011, 6:02 am
  • nuriz Reply

    lama dah tak main bowling, kena cari geng dulu la baru leh main hehe, dulu teringat main dhn kwn2 best je, skrg masing2 sibuk kan

    September 10, 2011, 1:27 am
  • zik Reply

    kalau selalu main… rasanya improve sikit2 lah… tapi asas dalam bowling pun kena tahu jugakla..

    September 9, 2011, 2:15 pm
  • surihatiku Reply

    salam..
    bro seumur hdup tak pernah main ini bola berat heeeee

    September 9, 2011, 8:22 am
  • akubiomed Reply

    saya tidak ikut sangat rules yang penting kena kalau ada spare okay kalau dapat strike bagus 🙂

    September 9, 2011, 8:10 am
  • dnoBiz Reply

    Dah lama aku tak main Bowling..
    Nak strike tu tak la susah sangat tapi nak duplicate strike tu yang selalu tak dapat heheh 😀

    September 8, 2011, 4:04 pm
  • nizamghazi Reply

    sy ada masalah dgn konsistensi balingan.
    Bila buat spinning ball kejap jadi kejap x jadi.
    Last2 balik straight je. Terus STRIKE!! Hehehe 😉

    MMg detail betol DLSL terangkan.
    Emm mesti profesional player ni

    September 8, 2011, 2:19 pm
  • Norasikin Reply

    lama tak main bowling. Bukan tak minat tapi masalah dalam mencari bola yang boleh muat ibu jari. Mana tahan tiap kali lempar, jari bunyi pop. Lelama patah jari. Nak beli bola rasa tak berbaloi lak

    September 8, 2011, 9:51 am
  • bEe Reply

    Dah lama tak main bowling
    Sekali sethn aje itupun join company punya game… hehehe

    Kalau nak pi time Danish tgh keletah ni tak mgkin kot
    Mau Danish yg masul dlm lorong bola tu hahahaha

    September 8, 2011, 8:24 am
  • tehr Reply

    aku ni jangan kata nak main
    pegang bola pun tak pernah
    huhu

    September 7, 2011, 5:51 pm
    • IN Reply

      he he… belum datang serunnnnya tu 😉

      September 8, 2011, 4:08 am
    • dnoBiz Reply

      kalau macam tu, aku berani cabar tehr berentap heheheh

      September 8, 2011, 4:05 pm
  • maza Reply

    ..opps.. maza sudah lama tak main bowling….

    kad keahlian pun agaknya dah luput.. hehehhee

    September 7, 2011, 3:46 pm
    • IN Reply

      kad keahlian ker kad jemputan kawin ?

      September 8, 2011, 4:07 am
      • bEe Reply

        bkn kad keahlian & bkn kad jemputan
        tp kad kesihatan utk perut tu kot 😛

        bro maza takmo marah naaaa….. 😉

        September 8, 2011, 8:21 am
        • Kak Long Mawar Merah Reply

          Kalau jadi ahli kat pusat bowling tu, dapatlah pas main percuma beberapa kali setahun dan bayaranpun agak rendah daripada walk ini, kan Maza?

          September 10, 2011, 6:00 am
  • dila Reply

    arghhh. bowling??? tak suka…selepas peristiwa jatuh ketika main..ada minyak kt lorong sy..siyes. peristiwa plg memalukan. #%$@&*

    September 7, 2011, 2:03 pm
    • IN Reply

      He he semua org rasa hal2 cam tu. 😀 don’t worry adat belajar tu…
      Tapi kalu masih tak suka.. Jom kita sparring ping pong. Sebelum tu,, berapa handicap mahu bagi?.. ahak ahak…

      September 8, 2011, 4:03 am
      • bEe Reply

        Alahai adele tu….
        Dia malu sbb ada lelaki kacak kat sebelah dia tu yg taknak main lagi 😛

        September 8, 2011, 8:20 am
  • Pacifista Reply

    kelu tak terkata aku.aku punya mata tertinggi pun cuma 200 je.tak pernahnya naik.turun lagi ada.haha…
    bro,biasa main bowling ke?jom kita main :p

    September 7, 2011, 1:45 pm
    • IN Reply

      dulu kaki… skrg kureng ckit. Bola dah kasut pon dah payah nak cari di bilik stor tu 😉 Tapi kalu ada peluang kita sama nanti, apa salahnya… Mana Bowling Alley selalu pegi?

      September 8, 2011, 3:59 am
  • Cik Siti Reply

    peercaya atau tidak Cik Siti tak pernah main bowling…huhuhu walau pun niat tu ada

    September 7, 2011, 11:24 am
    • IN Reply

      No worry ramai yg lain tak pernah main gak. Kawe cuma dilahirkan utk minat sukan.. that’s why semua kawe belasah… he he 😀

      September 8, 2011, 3:50 am
  • padin Reply

    hehe aku baling tegak je ekekee.. bolehla jadik juara berkumpulan
    kejohanan antara staff ekekee

    September 7, 2011, 6:50 am
    • IN Reply

      tegak ke bengkok ke berpusing-pusing ker no hal he he.. Yg penting konsistent. Cuma bila dah masuk pro nanti kena tambah ler skill utk dapat pin action yg lebih. Kalu tak sengsara nak menang juaraa kumpulan antara pro 😉

      September 8, 2011, 3:48 am
      • padin Reply

        hehe bro.. main amatur dengan staff je ekekee
        tapi teringin gak nak upgrade skill

        September 8, 2011, 8:05 am
  • anif Reply

    Info yang menarik buat newbie.. Selama ni main tak de ilmu.. hehe

    September 7, 2011, 6:50 am
    • IN Reply

      hentam sajalah… bak kata P.Ramlee 😀

      September 8, 2011, 3:38 am
  • nurmisnan Reply

    bowling one of my peberet sukan laa… tapi
    kalau nak main pro memang fail.. aal baling strike kira dah pro ler… hak5

    September 7, 2011, 6:46 am
    • IN Reply

      semua sukan requires training dan proper guidance. Kalau ada tu semua insya-allah boleh jadi pro gak 😉

      September 8, 2011, 3:34 am
  • jeragang Reply

    pok dah lama dok maing boling nie, tohok sauh pung lama dah dok buat… panjat nyor ketor pala lutut doh kalu doh ada jugak baling wah nyor….. anewei kalu sekali sekala staff lama ajok main leh tengok semula

    September 7, 2011, 6:19 am
    • IN Reply

      he he.. sonang aje boling ni.. kalu lama tak main pon tak apa. 😀

      September 8, 2011, 3:33 am