Teknik Asas Bermain Bowling – Bahagian 2

6 votes

Tenpin Bowling Technique

bowling tips

(Sambungan Dari Bahagian Pertama) Bagi mendapatkan balingan yang konsistent, persediaan dan APPROACH anda di lane adalah amat penting sekali. Ingat yang anda perlu ulangi atau duplicate balingan terdahulu dengan seberapa hampir yang boleh.

Dalam kata lain, anda hendaklah menjadi mesin fotokopi yang baik. Perubahan cuma dibuat sekiranya balingan terdahulu kurang baik.

Teknik Bowling

Gambar kredit kepada strikersbg.com

Membuat Persediaan Membaling Bola

Jika ia balingan yang baik, maka ulang dan ulang lagi sehingga perubahan pada kondisi lane memaksa anda membuat adjustment. Pergerakkan pada beberapa board dari tempat anda berdiri, pengurangan atau pertambahan pada kelajuan balingan atau pertukaran perlatan seperti bola boling boleh membantu dalam keadaan sebegini.

  • Persediaan melibatkan banyak faktor fizikal dan mental.

  • Antaranya, pastikan anda memilih bola yang sesuai dengan anda. Tidak terlalu berat atau ringan dan mempunyai grip yang selesa.

  • Gunakan juga kasut boling yang sesuai serta tidak licin atau kesat.

  • Tenangkan fikiran sebelum membuat balingan dan cuba bayangkan apa yang anda akan lakukan sebelum balingan mahu dibuat.

  • Berikan tumpuan dan pastikan semua yang anda bayangkan dilaksanakan dengan baik.

bowling stance

Gambar kredit kepada iass.com

bowling approach

Gambar kredit kepada howtostartplayingbowling.blogspot.com

4 steps approach

Gambar kredit kepada 3.bp.blogspot.com

Guna Approach Yang Sesuai Dengan Anda

Dalam permainan bowling, approach yang baik adalah AMAT PENTING sekali. Pastikan anda memilih approach yang sesuai dengan anda. Gunakan dots di hadapan sebagai panduan jika anda memilih approach yang pendek, manakala dots yang di belakang boleh dijadikan panduan jika anda memilih approach yang panjang. Four-Steps Approach sering digunakan oleh pemain boling, namun anda boleh memilih 3-Steps atau 5-Steps jika anda rasa lebih selesa.

Kuncinya adalah kelancaran atau “smooth”.

Oleh itu, pergerakkan anda mesti “natural”, tak kira berapa steps atau langkah yang anda gunakan di lane bowling. Namun, anda harus juga ingat bahawa jika steps terlalu kurang, maka anda akan terpaksa membuat segalanya dengan cepat dan pantas. Manakala, terlalu banyak steps akan membuat timing anda jadi berserabut.

Oleh itu, hati-hati dalam membuat pilihan.

Dalam membuat pergerakkan ke foul line atau approach cuba pastikan anda bergerak lurus dan tidak melencong. Pergerakkan ini hendaklah sama sentiasa. Ingat di mana anda berdiri. Gunakan dots sebagai panduan.

Timing hendaklah tepat dan smooth.

Tangan hendaklah lurus ketika menghayun bola dan pergerakkanya seiring dengan pergerakkan kaki anda.

Untuk lebih jelas, sila lihat video-video di bawah ini.

Lihat penerangan 4 Fours  Steps Approach dengan teliti. Bagi 5 Steps Approach, anda cuma perlu tambah satu langkah dipermulaan approach anda dan memulakan gerak pada kaki kiri (jika anda menggunakan tangan kanan). Kemudiannya kembali dengan cara 4 Steps Approach.

Antara yang  penting adalah pergerakkan tangan kanan dan kaki kanan yang seringan dan sama jarak.

Tangan adalah lurus dan biarkan ia bergerakan secara “natural” dan jangan paksa i.e, umpama “pendulum swing“.

Angkat tangan kiri anda semasa membuat balingan (lihat video) untuk mengimbangkan diri.  Mata hendaklah pada target dan pastikan bola kena pada target. Buat follow through semasa melepaskan bola.

Bawa rakan anda sebagai pemerhati jika perlu untuk memastikan anda melakukan sebagaimana yang sepatutnya.

Selamat mencuba!

– Teknik Asas Bermain Bowling – Bahagian 2

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N hafizmd February 19, 2014
  2. Avatar for Ismail N syazrieanaz amir March 31, 2013
  3. Avatar for Ismail N odah lembut February 10, 2012
  4. Avatar for Ismail N odah lembut February 10, 2012
  5. Avatar for Ismail N odah lembut February 10, 2012
  6. Avatar for Ismail N nizamghazi September 15, 2011
  7. Avatar for Ismail N titan September 15, 2011
  8. Avatar for Ismail N akubiomed September 15, 2011
  9. Avatar for Ismail N Pacifista September 15, 2011
  10. Avatar for Ismail N Juan September 15, 2011
  11. Avatar for Ismail N uchi kayf ahmad September 15, 2011
  12. Avatar for Ismail N UMI QAYREENA September 15, 2011
  13. Avatar for Ismail N surihatiku September 15, 2011
  14. Avatar for Ismail N surihatiku September 15, 2011
  15. Avatar for Ismail N dnoBiz September 15, 2011
  16. Avatar for Ismail N yas September 15, 2011