Starbuck Frappuccino Blended Beverage

Frappuccino adalah sejenis minuman kopi Ice Blended yang merupakan resepi rahsia Starbuck yang telah di trademark oleh syarikat ini. Terdapat pelbagai jenis Frappuccino yang popular di kedai Starbuck antaranya yang sering saya nikmati adalah Java Chip Frappuccino dan Chocolate Frappuccino. Bagi mereka yang risau tentang soal halal dan haram, Starbuck mempunyai  sijil halal dari JAKIM dan boleh hubungi  JAKIM untuk pengesahan lanjut.

Frappuccino Blended Beverag Starbuck Frappuccino Blended Beverage

Gambar kredit kepada Starbuck

Bagi entri ini, ianya cuma ingin sentuh mengenai KOPI sahaja iaitu Frappuccino Blended Beverage dan tidak lebih dari itu. Nama Frappuccino diambil dari perkataan frappe dan cappuccino.  Ia sejenis kopi yang dibuat dari ketulan ais yang dihancurkan dengan kopi yang berbuih dan ditambah dengan cream sebagai “topping”.

Bagi pengemar-pengemar Frappuccino dan inginkan sedikit kelainan, anda boleh mencuba Starbuck Frappuccino Blended Beverage pula.  Dengan hidangan ini, anda boleh memilih sendiri 1. Kandungan susunya: biasa, sedikit atau soya; 2. Rasa Kopi: kuat (tambahkan expresso)  atau sikit; 3. Rasa Tambahan yang lain: vanilla, caramel atau mocha. Dalam kata lain, anda pilih sendiri rasa Frappuccino yang anda mahu. Seronok bukan?

Harga Starbuck Frappuccino Blended Beverage ini adalah mengikut saiz: Tall (RM 13) ; Grande (RM 14); Latte (RM 15). Saya tak pernah membeli pada saiz Latte kerana kopi Starbuck amat keras dan sukar dihabiskan dalam masa yang cepat. Biasanya kalau duduk sekejap-sekejap saya akan order pada saiz Tall (kecil) dan jika lama sikit kerana berblogging, saya akan order saiz Grande.

Bagaimana rasa Starbuck Frappuccino Blended Beverage? Ha ha.. susah nak buat perbandingan sebab kita campur ikut suka kita kan? Saya sukakan rasa coklat yang kuat pada hidangan ice blended, maka saya tambah lebih coklat. In the end, ianya rasa lebih kurang macam Chocolate Frappuccino jugak, LOL. Pilihan utama saya masih lagi Java Chip Frappuccino. Namun bagi mereka yang nak cuba-cuba sebarang kelainanan, bolehlah  cuba Starbuck Frappuccino Blended Beverage ini.

- Starbuck Frappuccino Blended Beverage

 Starbuck Frappuccino Blended Beverage

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Starbuck Frappuccino Blended Beverage

Latest posts by Ismail N (see all)

21 thoughts on “Starbuck Frappuccino Blended Beverage

  1. saya menyukai periksa coco ada ker hee..ala2 milo ker hee…btw mau gak saya mncuba klu saya ke jusco nnti :)

  2. sini ipoh ada olt town cafe tu katanya dlu haram..termasuk hidagan mi dia dan cam2 lagi..skrg nak kesana mmber ajak saya tolak keras2 heee..sb meraguti pula alahai…

    • old town kawe pun tak masuk sbb logo halal dia bukan JAKIM yg keluarkan tapi Food Research Centre. Dgr citer ok dah tapi masih belum nampak lagi logo halal tu di kedai depa… so, KIV dulu ehhh… :D

  3. salam..
    saya takut ga nak mencubanya..sb tgol ada lambang gamabr perempun kat setip minuman plstik die..

    kini bila bro ckp ia halal baru sy yakin nk merasai nnti heeee :)

  4. er..lifestyle TE ni simple je..minum kopi o tak pun air suam..makanya TE tak pernah masuk starbucks ni..

    jadi TE nak tanya, yg ditulis ‘now you can’ tu bro buat sendiri atau cakap masa order?
    teringin juga nak rasa betapa kerasnya saiz latte tu

    • tak masuk pun tak apa TE. cuma kalau one day kena kerja di company yg besar atau ada bisness dan perlu entertain client, kita kena tahu sikit. Walaupun tak semestinya betul tapi good impression pada pelanggan boleh bantu bisness kita. Plus, hobi saya mmg suka ambik tahu.. :D

      Masa order boleh bagitahu… cuma kalau ramai pelanggan time tu.. err susah gak sbb kesian lak sama staff tu nak ambik order kita cakap mcm2 sama dia. Order time tak ramai pelanggan lah.. :lol:

    • samalah TE kta tak pernh kesana..

      alah kita sbg pelanggan apa nak takut kita tanyer dan oder jerlah cam bsa heee..

      klu kita ke sana kita ckp siang2 cik bisa perisa apa yg sering org oder minuman atau mkna kat cini.sure budak kaunter tu akan bg cadagan minuman atau makanan kat kita hee..

      klu pelanggan dtg tak kan dema nak halau.sure dema rugi hee..

    • eh dia bukan minum ker….aat rasa kenyang plk..klu makan mungkin kita akan rasa kenyang heee.. kan.kan..kan..

Leave a Reply