Selepas persembahan baik dalam perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Man City, terdapat satu optimisma yang tinggi di kalangan peminat-peminat bolasepak tempatan yang bolasepak negara kini sedang meningkat naik. Ramai yang yakin bahawa pasukan Harimau Malaya akan berjaya mempertahankan kejuaran bolasepak Asean bulan November nanti dan juga pingat emas Sukan Sea tahun hadapan. Tidak kurang yang bercita-cita tinggi dan ingin melihat pasukan negara berjaya di peringkat Asia dan Dunia pula. Dengan lahirnya bakat-bakat baru dari pasukan Harimau Muda seperti Mohd Nazmi Nazmi Faiz, Irfan Fazail, Rozaimi Abdul Rahman dan Gary Steven Roberts, pastinya ada berharap dalam beberapa tahun lagi kita mampu menyaingi gergasi bolasepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.
Namun, ini bukanlah cabaran yang mudah. Kemajuan pesat yang dicapai oleh bolasepak Malaysia tidak bermakna kita sudah mendekatkan jurang perbezaan dengan Korea dan Jepun. Sebaliknya, kita mungkin berjaya mengejar beberapa pasukan Asia seperti Thailand dan Indonesia, namun negara Jepun dan Korea telah mengorak langkah lebih jauh lagi dalam pembangunan bolasepak di negara mereka. Kehadiran beberapa bintang-bintang mereka dalam kelab bolasepak terkemuka dunia adalah antara bukti pencapaian hebat mereka. Tidak mustahil dalam beberapa tahun lagi Piala Dunia akan menjadi milik mereka pula. Jika ada usaha, pasti ada jalan kan?
Semasa kejohanan kelayakkan bolasepak sukan Olimpik tahun lalu, saya menghemburkan puji-pujian yang melambung tinggi buat pasukan bolasepak Olimpik Jepun. Jika tidak kerana Khairul Fahmi Che Mat dan nasib baik skuad Harimau Muda, pastinya kita dibelasah dengan lebih 10 gol! Saya begitu kagum dengan permainan mereka dan merasakan mereka setaraf dengan pasukan handalan dunia. Dan kini mereka telah buktikan bahawa mereka memang hebat dan seharusnya di contohi oleh pasukan bolasepak kebangsaan.
By the way, hari ini Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang akan turun mengalas cabaran di Sukan Olimpik buat negara. Datuk Lee kini di peringkat akhir, manakala Azizul telah mara ke suku akhir. Sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka. Saya Pilih Malaysia!
- Bolasepak Kita, Bolasepak Jepun




A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
aku cuma terfikir,
malaysia nie banyak wang dilaburkan,
tapi malaysia takat 2 je,
nie semua angkara persatuan sukan…
masih wajarkah malaysia bersukan?
kalau nak habiskan duit baik tak payah…
balik2 org politik pimpin persatuan sukan
berliku recently posted..Setahun Berblogging dan pengalaman dalam masa setahun
DLCW berjaya perak, Azizul awang berjaya ke final itu sangat membanggakan.
ProfHariz recently posted..Koleksi Lagu Raya Aidilfitri
persamaan jepun dan malaysia. baju biru. seluar putih. dah kira dekat dah tu..
Mengharapkan Malaysia akan menyerlah
Tak minat bola tp tetap sokong pasukan negara sendiri
Malaysia boleh menang masa lwn arsenal tu..sayang gol last minit..
p/s:bro, TE ada berlayar kejap je n just dok pjbt skrg tunggu kapal siap hujung bulan 9, tapi still xde masa nk update, on9 kadang kt pjbt je
Bola sepak Malaysia diakui semakin meningkat cuma ada naik turunnya.
Permata bru spt Rozaimi perlu diberi peluang utk lebih menyinar dalam skuad kebangsaan. InsyaAllah, pasti kita akan semakin hampir dgn jaguh asia.
LCW tetap hero Malaysia dan Azizulhasni sudahpun melakukan yg terbaik! Tahniah
hafizmd recently posted..‘Perangkap’ Cinta Suami Orang?
apa sy pilih malaysia hee
Harimau Malaya semakin tajam taringnya.. aummmmm..
nurmisnan recently posted..Full moon ramadhan + anak saudara baru
Ada peluang pemain Harimau Muda bakal digeruni oleh pihak lawan. Kembalikan zaman kegemilangan tersebut.
akubiomed recently posted..Yang rajin komen di blog AkuBiomed bulan Julai
Jepun dan Malaysia saya pilih.
Japanese ni dorang macam mana boleh jadi hebat ye. Adakah suka makan makanan mentah like sushi?
nizamghazi recently posted..Short Scene : I Am SuperNatural On Ramadhan – My P1 4G Has Been Upgraded!
adakah Jepun bakal menjadi juara piala Olympic 2012?… Kita nantikan di pusingan seterusnya..
Sengatan negara Jepun bukan boleh dipandang remeh lagi…
Soalnya, perlukah negara kita membuat transformasi genetik utk berjaya dlm arena sukan, baru setanding dgn pasukan handalan lain?
hmmmm?
sy pon pilih malaysia juga..
hrapan emas malam ni..
Jebeng Otai™ recently posted..Pemadam Api SAT119
Ya saya pilih Malaysia!
Dengan harapan Dato’ Seri Najib juga bermurah hati mengumumkan ‘cuti peristiwa!’
hehehe