Google AdSense

Google AdSense

Boss, Euro Dah Habis!

euro 2012

Gambar kredit: freemalaysiatoday.com

Boss-boss dan majikan pastinya lega kerana kejohanan bolasepak Eropah (Euro 2012) kini cuma tinggal satu perlawanan sahaja lagi. Selepas Itali dan Spanyol bertarung bagi merebut gelaran pasukan No 1 Eropah pagi Isnin nanti, pastinya akan berkurang staff yang lewat ke pejabat atau datang dengan mata lebam dan mengantuk. Waktu perlawanan di Poland dan Ukraine yang bersamaan dengan awal pagi di Malaysia menyebabkan kaki-kaki bola terpaksa bersengkang mata dan tidak hairan jika ramai yang ponteng kerja atau beli MC :wink: terutamanya kaki-kaki lepak di kedai mamak yang lebih gemar menonton TV di rumah dari duduk di sofa rumah yang lebih selesa.

Mengikut survey yang dijalankan oleh akhbar NST, 24% majikan mengakui pekerja-pekerja mereka lewat atau ponteng kerja sepanjang Euro 2012 dan ramai yang menjangkakan jumlah ini akan meningkat ke 50% pada hari pagi  Isnin selepas Itali dan Spanyol berentap diperlawanan akhir. Namun, terdapat juga pekerja-pekerja yang perlu berhati-hati kerana ada juga majikan yang akan bertindak tegas hari Isnin ini. Yang dah ponteng dua hari berturut-turut tanpa sebab yang baik, sila baca juga artikel “Akibat Ponteng Kerja” dalam blog ini. :wink:

Namun, ada juga majikan yang tersenyum lebar sepanjang Euro 2012. Mamak-mamak yang kedai makannya 24 jam dan ada siaran TV Euro pastinya dapat extra-income sepanjang bulan Jun 2012. Begitu juga kedai-kedai makan lain yang menawarkan servis yang sebegitu. Perniagaan kedai alatan sukan dan taukeh gelanggang futsal pun pasti dapat tempias dan habuan sepanjang Euro 2012 ini.

Dari segi sosio-politik pula ia memberi sedikit ruang untuk berbaik-baik dan bermesra dan mengurangkan tension politik di negara ini. Ramai penyokong-penyokong kuat dari parti memerintah dan pembangkang dapat duduk semeja dan bersama-sama menikmati kemeriahan Euro tahun ini.

Walaupun selepas ini ada Sukan Olimpik pula, rasanya ia tidak akan sama dengan Euro 2012. Penyokong bola bukan sahaja teramai di negara ini, malah juga paling fanatik danbersemangat sekali. Oleh itu, bila tiba masa Euro 2012 melabuhkan saingannya, pasti nya suasana yang berbeza akan dirasai buat seketika oleh rakyat Malaysia. Sehingga kita berpesta lagi di Piala Dunia 2014, terima kasih atas memori indah Euro 2012. Psssttt… Itali lwn Spain, sapa akan menang?

- Boss, Euro Dah Habis!

dulu lain sekarang lain

  • Published @ Dulu Lain Sekarang Lain on: June 29, 2012 @ 12:29
  • www.dululainsekaranglain.com

14 Comments

  1. maza says:

    Uwakkk!!! Spain menang!
    Uwakkk…..

    tapi puas hati lah, permainannya mantap seh.. hehehe
    maza recently posted..Wordless Wednesday: Stealth

  2. hafizmd says:

    Spain menunjukkan belang.

    Bos2 kedai makan tersenyum lebar jerlah…hehe

  3. faizul says:

    Ye, euro dah habis. Tapi sebulan lagi EPl nak mula dah. Bahang bola mungkin sejuk sekejap.

    Saya juga setuju, memang kehangatan bolasepak ni dapat merapatkan masyarakat kat M’sia ni. Senyap sekejap isu politik yang mengarut sekarang ni.
    faizul recently posted..Demam bola dah habis? Ini cuma pemanasan!

  4. onlajer says:

    rasanya yang tak suka taukey2 kedai makan 24jam
    onlajer recently posted..Eyriqazz vs Denaihati

  5. budak felda says:

    hihihihi boss pun ada yang sama naik tgl bola..hihihi.
    apa2 pun diharapkan italy mng awal pagi nanti haha
    forza italian
    budak felda recently posted..Giveaway JebengOtai : Peluang Yang Perlu Direbut

  6. akubiomed says:

    Biasalah apabila musim EURO atau WORLDCUP akan berlaku apa yang bro kongsikan didalam entri ini. :-)
    akubiomed recently posted..Aksi adik beradik Koning didalam kereta

  7. nurmisnan says:

    Boss pun kata “lega Euro dah habis, kalau tak
    semua pekerja aku dtg keja menguap jer” har3…
    nurmisnan recently posted..Hey Ronaldo…

  8. adamfaiz says:

    Nak tengok Italy menang… bukan peminat kedua-dua team.. kalau tak sure dah apply cuti Monday
    adamfaiz recently posted..Bukan Senang Menjadi Seorang Lelaki

  9. titan says:

    bos-bos kena terima hakikat. euro 4 tahun sekali aje maa..
    titan recently posted..Nuffnang masih sayang lagi rupanya..

  10. Pastikan tak mengantuk pagi Isnin. :wink:
    Kak Long Mawar Merah recently posted..21 tahun bersama penuh bermakna

  11. shaharil says:

    Memang masyuk income dorang.. hehe
    shaharil recently posted..German Kalah Pulak

  12. anif says:

    Rilek la Boss.. Hehe..
    anif recently posted..Saya Dapat Lagi Murah!

  13. itali bro..ade potensi besar.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Eyriqazz vs Denaihati : Canonical URL SEO?

    1. IN says:

      yup, nampak very impressive so far. Plus, Spain ada masaalah bhgn penyerang. Del Bosque nampak tak de confident pada semua striker2 yg ganti D Villa. :D May the best team win.