Google AdSense

Google AdSense

Go Malaysia Go! Malaysia v Myanmar LIVE!


Ok, Euro 2012 dah habis! Sekarang kita berikan tumpuan pula pada pasukan muda negara yang sedang beraksi dalam kumpulan G di pusingan kelayakkan Piala Asia, bawah 23-tahun. Hari ini, 3hb Julai 2012, Harimau Muda akan menghadapi perlawanan penentuan dengan pasukan taun rumah, Myanmar bagi merebut satu tempat mengiringi pasukan Korea Selatan ke pusingan akhir tahun hadapan. Misi adalah jelas iaitu Harimau Muda mesti MENANG! Apa-apa keputusan yang selain dari itu akan menyebabkan kita kecewa lagi dan kempunan beraksi dengan pasukan-pasukan terhebat di Asia tahun depan.

Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon jam 7.45 malam ini. Menurut lapuran blog-blog tempatan, akan ada siaran langsung di Astro dan live streaming di web. Yang ada Astro di rumah, sila buka saluran 801 bagi Malaysia v Myanmar LIVE. Yang tiada Astro, sila ke kedai mamak berdekatan :D

Bagi mereka yang dah seminggu menyarung jersi Spain, sila rendamkan jersi anda dalam washing machine dan sarungkan jersi Harimau Malaya malam ini. Go Malaysia Go.. Malaysia Boleh!

Dalam pada itu, saya juga hendak mengucapkan tahniah buat lagenda bolasepak Manchester United, Ryan Giggs yang akan berusia 39 tahun pada bulan November 2012 nanti, kerana terpilih mewakili pasukan Great Britain dalam acara bolasepak di temasya Sukan Olimpik London 2012. Tahniah Giggsy.. Legend!

- Go Malaysia Go! Malaysia v Myanmar LIVE!

dulu lain sekarang lain

  • Published @ Dulu Lain Sekarang Lain on: July 3, 2012 @ 0:58
  • www.dululainsekaranglain.com

17 Comments

  1. Shah says:

    Harap2 boleh menang. At least seri pun jadilah
    Shah recently posted..Where is Malaysia: About, Airlines, Map and Travel

  2. tehr says:

    myanmar tipu umur
    huhu
    tehr recently posted..Main Tipu, Main Kasar, Main Jahat

  3. titan says:

    kalah dahh..sedih gila maa..
    titan recently posted..Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..

  4. maza says:

    kalah sudah… huhuhu

    hati ada gelisah kalu.. uhuk!

  5. ProfHariz says:

    Semalam kalah dengan myammar :(
    ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #9 – Rhyno Muscle Gym

  6. seminggu pki jersi spain..pening kepala..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Eyriqazz vs Denaihati : Duplicate Content

  7. hafizmd says:

    1. Sarung baju Malaysia sokmo ambe ni…hehe
    2. Ada live ek, cantiklah…melekat depan tv pulaklah malam ni…hehe
    3. Giggs mmg terbaik! Dah nak 40, tp masih tersenarai ke Olimpik…terbaik!

    1. kita kalu 40.. sibuk nak pencen he he…

      1. hafizmd says:

        kita kt malaysia, boleh bilang ngn jari berapa ramai player yg main sampai umur 40…rasanya sekarang takde…paling senior pun antaranya ialah syukor adan…dlm 34 agaknya tp dia antara pemain yg masih bertenaga dn cukup berpengaruh…
        hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #20 Karipap Bertelur?

        1. ramai yg boleh main smpi 30 lebih tp mentaliti kita mcm pengurus2 england. Kalau 30+++ anggap tua. Skali Pirlo menyinar di Euro 2012 baru nyesal tak panggil Scholes dan org2 tua yg lain :D

  8. Oh! budu says:

    laungkanlah Malaysia Go Go Go malaysia Go! hehe
    Oh! budu recently posted..BE dari nuffnang untuk bulan Jun

  9. Oh! budu says:

    yang ni mesia menang kan? :)
    Oh! budu recently posted..BE dari nuffnang untuk bulan Jun

  10. akubiomed says:

    Harap sempat menonton dirumah hari ini. EURO 2012 sudah habis sekarang tumpuan kepada skuad Harimau muda pula.

  11. anif says:

    Harap mereka menang.
    anif recently posted..Hantu Kapcai – Rempit Sampai Mati!

    1. erk kalahhhh…. sodih ehhh

    2. hafizmd says:

      sekali kalah…kecewa akhirnya…huuuu
      hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #20 Karipap Bertelur?