Sudah lama saya tak bergiat dalam sukan bowling. Bola dan kasut bowling dalam store pun entah di mana agaknya
Tapi, lately rasa macam mahu aktif kembali main sukan ini. Maka, saya pun turun beraksi kembali di Pusat Bowling U-Bowl di 1B. Maaf, gambar video di atas kurang jelas. Saya rakam bukan untuk tujuan blogging pada asalnya, tetapi untuk check kesilapan-kesilapan yang dibuat akibat lama tak beraksi. Oleh itu, ia cuma di rakam pada kamera handphone berusia 4 tahun pada resolusi yang rendah. Agak-agak boleh cam ke muka saya tu?
Saya ada tulis sedikit mengenai teknik asas bermain bowling dalam entri yang dulu. Klik DI SINI dan SINI untuk membacanya. Saya bukanlah pemain yang handal dan hebat. Tetapi bolehlah sikit-sikit cari makan dulu-dulu. Dalam video di atas, saya menggunakan teknik “spin” biarpun saya sebenarnya lebih gemar bermain secara “hook”. Namun, oleh kerana dah lama tak bermain, maka tangan ini tak mampu hendak mengangkat bola 15lb dan ke atas lagi. Oleh itu, switch kepada spinner dengan menggunakan house ball seberat 11lb.
Memandangkan pergerakan bola secara spin ini tidak banyak sangat iaitu kira-kira dua atau tiga board sahaja, maka spinner jarang terlepas target mereka. Akan tetapi, agak sukar untuk “duplicate” spin yang sama berturut-turut kerana ia memerlukan banyak pergerakan pada tangan dan wrist bila melepaskan bola berbanding dengan bila bermain hook. Pin action juga agak kurang berbanding dengan pemain hook tetapi jatuhan pin spinner lebih konsisten atas sebab yang saya nyatakan di atas tadi.
Ok, sebelum saya publish entri ini, soalan cepumas saya hari ini: Apakah pendapat anda tentang sukan bowling dan dimanakah tempat anda bermain bowling?
Jawab ye….
- Jom Main Bowling Di U-Bowl



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
bEe main bowling bila ada game. Kalau takde, takdelah nak jejak kaki kat situ. huhu
Wah, memang hebat. Dah lama tak main pun masih boleh score. Kali akhir main bowling 2 bulan lepas dengan anak-anak je. Dulu memang kemaruk juga main bowling, dan jadi ahli di pusat bowling yang ada di sini. Tapi sekarang ni, sebulan sekali pun agak payah.
Hubby suka main ni…tapi tak pernah kot dia main kalau balik Sabah…lebih kepada jalan2 cari makan and seafood je kalau balik sana..hihihih
Malaysia Travel Blog recently posted..The Simpangan River, Kota Marudu
wah,hebat ko main tu bro.hehe

aku main takde pun nak buat spin.main setakat suka2 je.yang penting jangan masuk longkang.wakaka
Pacifista recently posted..Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…
belum cukup minat tu bro..
plus mungkin tak de org guide..
Once ada coach yg bantu dan nampak teknik2 dlm game, ia akan jadi lebih menarik dan permainan akan automatik jd improve
wah mesti gempak juga jatuhan pin tu, spare & strike je ekekee,
boling ni best jugak, tapi riadah elit – pasal berbayar hahahaa…
selalu main di plaza angsana, jb.
padin recently posted..Letupan Gas LPG
kalu spin dan bola lurus selalunya mudah nak ambil spare as long as basic principle kita faham dan kosentrasi tak terggangu.
Kalu turun JB, kita lepak kat Plaza Angsana la cam nie bro
roger je bro, heehehe
tak pernah2 aku main
pijak tempat bowling pun tak pernah
huhu
tehr recently posted..Peristiwa Di Bulan November
he he… kena cuba bro…
baru tahu syoknya
alamak.. bowling ni bukan dunia sy sbnrnya.. nak cecah 100 pun susah.. huhu.. main utk suka2 je..
don’t worry kalu jrg main mmg begitu lah jadinya…
plus, the best way bersukan ialah belajar dari proper coach… kalu mahu improve lah
Saya suka berbowling, walaupun takde lah sampai ada bola sendiri. My famili n friends mmg suka gathering main bowling di Superbowl Banting.
Main tak seberapa, tapi bisingnya Masya’ Allah.
faizul recently posted..Komputer Tablet ‘Kindle Fire’ paling murah di pasaran
sorang lagi main kat Banting..
contact titan… main di sana
don’t worry kalu bising.. tempat tu mmg utk riuh rendah pon….
kat banting ada tempat main bowling. kalau aku bosan..memang aku gi sana layan 2-3 frame. haha..
titan recently posted..Komisen ke 5 dari Bidvertiser
erkkk jauh sgt pi sana..
kat KL tak main ker?
wahhhh… bestnya bowling. Nak join jugak tapi
masih belajar lagi nak dapatkan strike… =(
nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #23
yg penting teknik
once teknik betul, strike akan mudah dtg dgn sendirinya
Pendapat saya, sukan bowling, sukan yang sangat sesuai / seronok jika kita bermain secara beramai-ramai. Boleh gelakkan kawan dan juga gelakkan diri sendiri bila bola strike berturut-turut di longkang.
yup bagus tu riadah dan rehatkan fikiran…
cuma jgn bawa kawan yg terlalu mahu menang sgt udah ler.. Tension nt sbb ada org tak mahu kalah
sy tak tahu main boling huhu.kwn ckp bola dia berat..tapi jgn risau ada berat yg blh selesa d pegang tangan yer ker?
mmg ada bola ringan ehhh… sesetengah bowling centre ada hse ball 8lb dan 7lb …. cuma payah ler pin nak jatuh kalu bola ringan sangat
Pernah bermain bowling.. tahun 1994 di Kompleks Teruntum, Kuantan.
Satu pin pun tak jatuh.. bola masuk longkang! haha..
anif recently posted..Tiada Monday Blues, Tiada Momentum..
kira pernag mencuba ar tu suri tak pernh langsung huhu…
adehhh.. kawe belum abis belajar lagi time tu…
kompleks teruntum…. lebih 20 tahun tak pi sana… erkkkk…
Main bowling ketika anjuran syarikat sahaja.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday # – Stopping time
bestnya begitu…
saya tak dpt serati apa2 pun.rasanya KL kt HQ lagi meriah sini cwgan apa ada huhu..
bagus company ada buat..
kawe tak der company