Google AdSense

Google AdSense

Contract For Sevice

Undang-Undang Buruh | Kontrak Pekerjaan

Undang-Undang-Buruh Di Malaysia

Harus diingat bahawa undang-undang buruh/undang-undang pekerjaan digubal bagi tujuan kebajikan pekerja. Maka dengan itu ia hanya terpakai buat pekerja. Mereka yang berkerja sendiri dan mana-mana individu-individu yang bukan pekerja tidak dilindungi di bawah undang-undang ini. Mereka yang diketegorikan sebagai PEKERJA diambil berkerja dibawah KONTRAK PEKERJAAN atau juga dikenali sebagai CONTRACT OF SERVICE.  Adakalanya amat sukar untuk membezakan samada individu-individu itu adalah pekerja di bawah contract of service atau hanya melakukan tugasan spesifik dibawah CONTRACT FOR SERVICE. Sekiranya sebuah syarikat “outsource” sebuah syarikat lain untuk menjalankan tugas membersih misalnya, adalah mudah bagi kita mengatakan syarikat yang diupah itu adalah kontraktor yang diupah dibawah Contract For Sevice (Kontrak UNTUK perkhidmatan) bagi khidmat yang dilakukan itu. Namun, jika syarikat anda mengupah seorang individu (seorang makcik misalnya) untuk membersihkan pejabat anda dengan niat tidak menjadikan dia pekerja di syarikat anda, maka perbezaan ini amat sukar dilihat oleh orang-orang luar yang pasti memikirkan makcik tersebut adalah pekerja di syarikat anda. Lebih-lebih lagi jika beliau diambil agak lama dan secara berterusan. (more…)