Selepas persembahan baik dalam perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Man City, terdapat satu optimisma yang tinggi di kalangan peminat-peminat bolasepak tempatan yang bolasepak negara kini sedang meningkat naik. Ramai yang yakin bahawa pasukan Harimau Malaya akan berjaya mempertahankan kejuaran bolasepak Asean bulan November nanti dan juga pingat emas Sukan Sea tahun hadapan. Tidak kurang yang bercita-cita tinggi dan ingin melihat pasukan negara berjaya di peringkat Asia dan Dunia pula. Dengan lahirnya bakat-bakat baru dari pasukan Harimau Muda seperti Mohd Nazmi Nazmi Faiz, Irfan Fazail, Rozaimi Abdul Rahman dan Gary Steven Roberts, pastinya ada berharap dalam beberapa tahun lagi kita mampu menyaingi gergasi bolasepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. (more…)
Harimau Muda
Go Malaysia Go! Malaysia v Myanmar LIVE!
Ok, Euro 2012 dah habis! Sekarang kita berikan tumpuan pula pada pasukan muda negara yang sedang beraksi dalam kumpulan G di pusingan kelayakkan Piala Asia, bawah 23-tahun. Hari ini, 3hb Julai 2012, Harimau Muda akan menghadapi perlawanan penentuan dengan pasukan taun rumah, Myanmar bagi merebut satu tempat mengiringi pasukan Korea Selatan ke pusingan akhir tahun hadapan. Misi adalah jelas iaitu Harimau Muda mesti MENANG! Apa-apa keputusan yang selain dari itu akan menyebabkan kita kecewa lagi dan kempunan beraksi dengan pasukan-pasukan terhebat di Asia tahun depan.
Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon jam 7.45 malam ini. Menurut lapuran blog-blog tempatan, akan ada siaran langsung di Astro dan live streaming di web. (more…)


A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me