Dalam banyak hal, saya sering menasihatkan pekerja yang menghadapi masaalah di tempat kerja agar berjumpa dengan kaunselor di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau dulunya Jabatan Buruh bagi mendapatkan nasihat. Dalam entri sebelum ini, ada saya tunjukkan contoh bagaimana sulitnya sesuatu peruntukkan untuk di tafsirkan dan memberi nasihat melalui kotak komen di blog ini mungkin tidak memadai untuk anda semua. Sebaiknya jika anda serius, rujuk kes anda seberapa segera dengan JTK. Dapatkan nasihat dan pendapat mereka dan kemudian terpulang kepada anda untuk menentukan apa bentuk tindakan yang ingin anda lakukan. Cara-cara membuat aduan ada dinyatakan di website Jabatan Tenaga Kerja. Pilih mana yang sesuai dengan anda. Mungkin ada yang mahu sembunyi-sembunyi untuk mengelakkan perselisihan faham dengan majikan sementara menyiasat hak-hak dan opsyen yang ada pada anda. Oleh itu, cari cara yang sesuai dan berbincang dengan mereka (JTK). (more…)
Jabatan Tenaga Kerja
Undang-Undang Buruh Di Malaysia | Akta Pekerjaan 1955
Bila bercakap tentang undang-undang buruh atau pekerjaan (Employment Law) di Malaysia, pastinya ramai yang terfikir mengenai Akta Pekerjaan 1955. Ia sememangnya satu perundangan buruh yang amat penting yang menyediakan satu rangka-kerja undang-undang yang menyeluruh meliputi soal pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum, pemberhentian kerja dan sebagainya. Selain dari Akta Pekerjaan 1955, terdapat juga perundangan lain yang berkaitan seperti Akta Perhubungan Industri 1967, Akta Gantirugi Pekerja 1952, Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Perkilangan Dan Mesin 1967, Akta Kanak-Kanak Dan Remaja (Pekerjaan) 1966, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Ordinan Buruh Sabah dan lain-lain lagi. (more…)



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me