Google AdSense

Google AdSense

Johor

RM 860 Untuk Memasuki Legoland Malaysia!

Legoland-Malaysia

Gambar kredit: www.legoland.com.my

Screenshot di bawah menunjukkan harga tiket sehari bagi memasuki Legoland Malaysia. Jika semua ahli keluarga saya masuk ke sana, maka jumlah yang kami perlu bayar adalah RM860 sahaja. Itu belum lagi tambang kapal terbang bagi menerbangkan kami sekeluarga ke sana :D Namun, bagi sebuah keluarga yang teramat gilakan permainan ini, adalah menjadi impian kami untuk masuk ke sana. Mengikut lapuran akhbar NST, taman tema ini akan dibuka secara rasminya pada 15hb September 2012 ini dan dijangkakan lebih sejuta pengunjung dari dalam dan luar negara bakal ke di sana. Ia bakal menjadikan Johor Bahru satu destinasi pelancongan utama di Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan pelbagai usaha giat dibuat oleh kerajaan negeri bagi memajukan industri pelancongan di negeri Johor Darul Takzim. Selain dari itu, banyak peluang pekerjaan juga bakal di nikmati di sana, insya-allah. (more…)

Bandar Maharani Diistihar Sebagai Bandar DiRaja Johor

Bandar Muar

Awal pagi tadi, keluarga saya di Muar kirim sms mengatakan yang YM Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar , Sultan Johor telah mengistiharkan  bandar Maharani Muar sebagai Bandar DiRaja bagi negeri Johor. Diaorang semua pergi ke majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor di Muar pagi tadi. Jadi dapatlah menyaksikan peristiwa bersejarah ini. Sejak Sultan Ibrahim took over, bandar Muar makin dapat perhatian. Begitu dekat betul bandar kami di hati Sultan Ibrahim :D . Kalau anda semua tak pernah pergi ke Muar, check la gambar-gambar daerah kelahiran saya di SINI. (more…)