Perintah Gaji Minima atau Minimum Wage Order 2012 telah diwartakan semalam (16hb Julai 2012). Ia agak lewat dari tarikh asal (1hb Julai) sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini [Pautan]. Akan tetapi tarikh kuatkuasanya tetap sama iaitu pada 1hb Januari 2013 bagi majikan yang mempunyai pekerja melebihi 6 orang. Bagi majikan dengan 5 pekerja atau kurang, tarikh kuatkuasa bagi mereka adalah pada 1hb Julai 2013. Jangan ada yang buang pekerja sehingga tinggal 5 orang sahaja hujung tahun ini pula
Bagi mereka yang diklasifikasikan sebagai professional di bawah Malaysian Standard Classification of Occupations (MASCO), tarikh kuatkuasa adalah pada 1hb Januari 2013 tak kira berapa ramai pekerja yang ada (biarpun 1 sahaja). (more…)
Menteri Sumber Manusia
Perintah Gaji Minima Di Wartakan – P.U. (A) 214/2012
Pindaan Pada Jadual Pertama Akta Kerja 1955
Terdapat beberapa pindaan yang dibuat pada Akta Kerja 1955 tahun ini dan termasuklah pindaan pada Jadual Pertama Akta Kerja 1955 yang telah berkuatkuasa pada 1hb April 2012 yang lalu. Di bawah pindaan ini, mereka yang bergaji RM 1,500 hingga RM 2,000 kini layak mendapat perlindungan di bawah Akta Kerja 1955. Pindaan ini dibuat menerusi perintah yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia yang diberikan kuasa di bawah sub seksyen 2(2) Akta Kerja 1955. (more…)



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me