Selepas persembahan baik dalam perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Man City, terdapat satu optimisma yang tinggi di kalangan peminat-peminat bolasepak tempatan yang bolasepak negara kini sedang meningkat naik. Ramai yang yakin bahawa pasukan Harimau Malaya akan berjaya mempertahankan kejuaran bolasepak Asean bulan November nanti dan juga pingat emas Sukan Sea tahun hadapan. Tidak kurang yang bercita-cita tinggi dan ingin melihat pasukan negara berjaya di peringkat Asia dan Dunia pula. Dengan lahirnya bakat-bakat baru dari pasukan Harimau Muda seperti Mohd Nazmi Nazmi Faiz, Irfan Fazail, Rozaimi Abdul Rahman dan Gary Steven Roberts, pastinya ada berharap dalam beberapa tahun lagi kita mampu menyaingi gergasi bolasepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. (more…)
Sukan Olimpik 2012
Kasi Chance Sama Orang Lain Pulak
Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan kebangsaan buat kali ke SEPULUH semalam dan bertekad untuk tidak bertanding lagi bagi memberi peluang pada pemain-pemain lain pula. Pemain nombor satu dunia itu dengan mudah menewaskan Goh Soon Huat 21-11, 21-5 dalam permainan berat sebelah di Stadium Juara di Bukit Kiara. Datuk Lee kini akan memberikan tumpuannya ke Sukan Olimpik 2012 di London. Adeh.. sampai pencen pun taka da pemain lain di Malaysia boleh tewaskan Datuk Lee.
(more…)



A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me