Google AdSense

Google AdSense

Google AdSense

Undang-Undang

Waktu-Waktu Kerja (Hours Of Work)

waktu kerja

Gambar kredit kepada architectureforbreakfast.com

Di bawah Seksyen 60 (A) (9) Akta Kerja 1955, “waktu-waktu kerja” (Hours Of Work) di definasikan sebagai:

jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan ia tidak bebas untuk menggunakan masanya dan pergerakkannya sendiri

the time during which an employee is at the disposal of the employer and is not free to dispose of his own time and movements

Ini bermakna pada waktu-waktu kerja, pekerja adalah di bawah kawalan majikan dan tidak boleh berbuat sesuka hati atau tiada di tempat kerja tanpa kebenaran majikan dan ini termasuklah tidak boleh lewat atau pulang awal dari kerja :wink: (more…)

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

sumber undang-undang

Perkataan sumber undang-undang boleh merujuk kepada pelbagai makna. Sekiranya kita menerangkan sumber undang-undang berasaskan sejarah undang-undang itu, maka kita sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang mempengaruhi perkembangan undang-undang tersebut dari mula hingga ke hari ini. Oleh kerana perubahan masa dan sebagainya, kita dapati ada sumber yang mungkin tidak diaplikasikan dalam pertikaian undang-undang hari ini. Antara sumber undang-undang termasuklah adat, kepercayaan dan pandangan-pandangan sarjana undang-undang yang telah dibangun, dibentuk dan diubahsuai dengan penggunaan hari ini. Sekiranya kita menerangkan sumber-sumber undang-undang dari sudut di mana undang-undang itu boleh dirujuk pula, kita sebenarnya bercakap mengenai bahan rujukan undang-undang dan ini termasuklah statut-statut (akta, ordinan, enekmen dsb), laporan kes, buku-buku teks, jurnal undang-undang dan sebagainya. Akan tetapi banyak penulisan undang merujuk sumber undang-undang sebagai undang-undang yang dirujuk/gunapakai hari ini, i.e “legal source” (legal rules that make up the law).

(more…)