Friday,12 February,2016

Prinsip Asas Fotografi – Rule Of Thirds

Satu prinsip asas fotografi yang sering diketepikan oleh jurugambar (terutama yang baru) adalah prinsip Rule Of Thirds. Walaupun disebut sebagai “rule” atau peraturan ia bukanlah satu peraturan yang wajib diikuti namun ia memberikan satu garis panduan bagi jurugambar bagi mengambil gambar yang lebih seimbang dan menarik.

Ini terutamanya apabila anda menjadi tidak pasti di mana hendak meletakkan subjek utama pada gambar anda ketika mengambil gambar.

  • Mengenepikan Rule Of Thirds tidak bermakna gambar yang anda ambil tidak akan menjadi menarik.
  • Yang penting ada keseimbangan dan faktor-faktor lain turut dipenuhi.

Prinsip Asas Rule Of Third:

The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersectionsBryan F. Peterson

Mengikut Rule Of Thirds, sesuatu imej atau gambar hendaklah di bahagikan kepada tiga menegak dan menurun (vertical dan horizontal).

Oleh itu garis-garis imiginasi perlu ada di fikiran jurugambar ketika mengambil sesuatu gambar itu.

Garis-garis ini bila dibuat akan menghasilkan 9 bahagian pada imej yang sama besar.

Rule-Of-Thirds

Melalui garis-garis ini, imej sebaiknya diletakkan pada titik pertemuan antara garis-garis ini. Basically, ada 4 titik pertemuan yang boleh digunakan.

Rujuk grid di bawah:

Rule of Thirds Grids

Gambar kredit kepada photoble.com

Dengan menggunakan Rule of Thirds, letakkan imej atau subjek yang anda mahu ambil ke titik-titik pertemuan di atas. Dalam kata lain juga, ELAKKAN dari meletakkan subjek anda di tengah frame atau jauh dari titik-titik pertemuan itu.

Kajian telah menunjukkan yang apabila melihat sesuatu imej, mata manusia akan lebih tertumpu pada salah satu titik pertemuan tersebut daripada di tengah-tengah imej.

Dengan meletakkan imej mengikut Rule Of Thirds, mereka akan dapat melihat gambar dengan selesa dan seimbang.

Lihat beza dua gambar di bawah juga:

Butterfly

Fotografi-Rule-Of-Thirds

Antara contoh-contoh penggunaan Rule Of Thirds yang digunakan oleh jurugambar-jurugambar pro dan amatur di seluruh dunia.

Lihat di bawah.

Hebat bukan?

rule of thirds 2

Gambar kredit kepada slideguru.com

rule-of-thirds 4 landscape

Gambar kredit kepada garmahis.com

rule-of-thirds 4 lighthouse

Gambar kredit kepada photographymad.com

– Prinsip Asas Fotografi | Rule Of Thirds

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N

Leave a Comment

  • Adila Reply

    rsnya bro ada post psl ni sblm ni kan?
    klo ikut rule of 3rd mmg gmbar sure cantik! 😉

    October 29, 2011, 1:41 am
    • IN Reply

      kawe ada mention sikit jer dulu masa tulis pasal photographer Kid Chan.. plus yg dulu in english.. skrg malayglisg he he 😀

      October 29, 2011, 2:53 am
  • Norizwan Reply

    bukan senang nak tentukan subjek camni…thanx info bro…

    October 29, 2011, 1:15 am
  • faizul Reply

    walau pun aku dah tahu idea ROT ni, tapi tangan aku ni still gatal nak letak subjek kat tengah. Hahaha..

    October 28, 2011, 6:57 pm
  • tehr Reply

    barulah aku faham bagaimana cara nak ambil gambar yang lebih menarik
    terima kasih banyak, bro

    October 28, 2011, 3:27 pm
    • dnoBiz Reply

      Nampaknya lepasni Tehr kena beli DSLR la pulak 😀

      October 28, 2011, 3:34 pm
  • Hairul Hissam Reply

    tq bro atas info ini..
    mmg nampak menyerlah.. kalo gambar utama diletakan di titik tersebut…

    October 28, 2011, 9:47 am
    • IN Reply

      welcome…
      basic jer ni 😀

      October 29, 2011, 3:24 am
  • dnoBiz Reply

    betul la bro..
    Imej tu nampak macam lebih dekat, dan mudah ditagkap oleh mata

    October 28, 2011, 4:04 am
  • anif Reply

    Memang teknik asas ni 😀

    October 28, 2011, 3:32 am
  • nurmisnan Reply

    ohhhhh… mcm tuh.. arigato2.. lepas nih kena byk belajar
    lg. Ini pun masih belajar dgn majalah dan ternet jer..

    i like gambar kupu2 dan sampan tuh… awesome

    October 28, 2011, 3:29 am
    • IN Reply

      kawe pun baca majalah, buku dan internet gak.. he he
      cadang nak pi kelas tp belum ada masa lagi 😀

      October 29, 2011, 3:31 am
  • akubiomed Reply

    Selalu guna ketika guna digital kamera kompak tapi kamera DSLR tidak jumpa pula :-)

    October 28, 2011, 3:29 am
    • IN Reply

      dlm kamera dslr ada ehhh titik2 tu tapi line tak der ler… cuma titik2 tu brp clear… sbb nanti gangu view kita lak. Kalau tiada pun tak apa, boleh imiginasikan dalam fikiran 😀

      October 29, 2011, 3:33 am