Tuesday,31 May,2016

Teknik Fotografi: Mengambil Sudut Yang Terbaik

cover fotografi

Sebelum kita berdiskusi tentang teknik fotografi. Izinkan saya menceritakan sedikit kisah silam. Teringat saya semasa kecil dahulu waktu musim buah durian. Masa kecil dahulu, saya masih suka makan durian. Berbeza sungguh dengan sekarang, yang mana bau buah durian pun boleh buat saya rasa pening.

Biasalah kan, dulu lain sekarang lain.

Pasti anda semua ada hadapi situasi yang hampir serupa juga kan?

Put Your Best Foot Forward

Bila tiba musim durian, maka banyaklah buah durian dijual di gerai-gerai. Sana sini ada gerai durian. Teknik meniaganya hampir sama sahaja peniaga durian ini.  Yang cantik-cantik di atas atau di hadapan. Yang buruk-buruk tersembunyi sedikit di belakang.

Orang putih cakap ‘put your best foot forward‘.

Ini untuk meraih minat orang lain membeli.

Bila ada pelanggan yang kurang teliti, maka akan diselitkan durian-durian yang kurang baik untuk dijual bersama. Then again, itu soal lain pula.

Teknik Fotografi

Untuk fotografi, konsepnya hampir sama juga. Pastikan bukan semua yang boleh masuk dalam screen kamera itu anda sumbatkan.

Mana-mana yang tidak sesuai dan kurang menarik anda sembunyikan.

Gunakan bokeh jika perlu dan cari juga sudut yang sesuai.

live view

Gambar credit: www.digitaltrends.com

Seni Fotografi

Mungkin kalau gambar keluarga (family photo), kita terpaksalah ambil semua. Itu pun kena caranya. Pastikan juga susunan agak menarik dan latar belakang yang sesuai. Setiap subjek dalam gambar perlu berada dalam keadaan terbaik.

Anda perlu beri perhatian kepada setiap satu darinya.

Mengambil beberapa ‘snap‘ juga berkesan bagi memastikan ada ‘cover‘ jika berlakunya kesilapan dan gangguan yang tidak disengajakan.

Untuk gambar portrait seperi manusia, tumbuh-tumbuhan atau benda, carilah bahagian yang paling menarik dan snap di situ sahaja.

Kata orang tua-tua, manusia itu manis ada tempatnya.

Bila ambil gambar tu, carilah manisnya ya.

– Teknik Fotografi: Mengambil Sudut Yang Terbaik

About The Author

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • Malaysia Travel Blog

    Hubby pun ajar ni, tapi tak detail sangat la dia ajar…

    May 26, 2011, 6:47 am
  • maza

    setuju 100% dgn entry abg mail yg ini…hehehe

    oppsss… maza masih intership lagi lorr … huhuhuu

    May 7, 2011, 4:10 pm
  • akubiomed

    Menjadi kebiasaan termasuk saya kalau ambil gambar mesti subjek tengah-tengah. Padahal boleh diubah kedudukan sudut mengambil gambar. Banyak lagi yang perlu dipelajari

    May 7, 2011, 12:48 pm
  • Mus

    kalau diadun dengan R.O.T pasti gambar tu makin mantop!!

    May 6, 2011, 2:23 pm
  • IN

    kembali..
    ada ubi ada batas.. kawe puji .. dapat link balas.. he he..
    thanks en_me 😀

    May 6, 2011, 7:20 am
  • syahrilhafiz

    nak gambar cantik posing maut tu penting
    photographer ar kena posing nya.haha

    psst! bau kedai 😀

    May 5, 2011, 3:56 am
    • IN

      err kalau dah maut, camne nak posing lagi? 😀 😀 😆

      May 5, 2011, 5:52 am
  • IN

    yup TE.. kena cari tang mana cantiknya dulu 😀

    ahad ni.. Old Trafford dan seluruh dunia bergegar.. 19th coming.. 😉

    en_me – kena bagi credit where it’s due 😀 Tabik…

    May 5, 2011, 12:36 am
  • en_me

    ehem, thank u2.. vahhh sebut2 name me fulakks.. uhuks, tersedak2 ghitewww

    May 5, 2011, 12:34 am
  • tengkorak emas

    betul juga kan..berubah perspektif tentang gambar apabila diambil dengan sudut yg berbeza, yg pastinya gambar di bawah lebih menarik,

    bila terlihat baju biru tu..teringat big game ahad ni..he

    May 5, 2011, 12:33 am
  • anif

    Setuju sangatlah dengan artikel ini 🙂

    May 5, 2011, 12:32 am
    • IN

      tq bro 😀

      May 5, 2011, 12:34 am