Gambar-gambar ini di ambil di gedung membeli-belah yang paling popular di Kota Bandung dan juga di Indonesia. Pasar Baru Bandung ataupun Pasar Baru Trade Centre merupakan satu tempat yang menjadi daya tarikan utama bagi para pelancong ke Parisj Van Java. Dahulunya Pasar ini merupakan kompleks pasar tradisional yang dipenuhi oleh kebanyakkannya pedagang kain. Menyedari potensi tempat ini, maka pihak pemerintah telah menaik taraf kawasan ini dan menjadikan ianya sebuah pusat membeli-belah yang lebih moden yang selesa.
Pasar Baru Bandung terletak di Jalan Otto Iskandar Dinata (tidak jauh dari Jalan Asia-Afrika Bandung). Ia sebuah bangunan yang besar terseragam hebat dengan papan tanda Pasar Baru Trade Centre di hadapannya. Banyak barangan yang berkualiti yang boleh anda perolehi pada harga yang amat murah. Pastikan anda menawar pada harga yang terendah boleh. Jangan tergesa-gesa membeli kerana terdapat banyak penjual yang menjual barangan yang sama. Bandingkan harga dan kualiti barang mereka bagi mendapatkan harga yang paling sesuai.
Pasar ini agak sesak terutama di waktu hujung minggu dan cuti, iaini bila pelancong tiba di Kota Bandung. Pastikan dompet dan tas tangan anda di simpan di tempat yang selamat dan sentiasa berhati-hati kerana ramai pencopet di kawasan yang sesak ini. Tahan diri ini anda dari terlebih berbelanja kerana peniaga-peniaga akan menggunakan pelbagai taktik bagi membuatkan anda membeli barang-barang yang anda tidak perlu.
Antara barangan yang popular termasuk lah kain-kain, pakaian, beg, barangan sukan dan jam tangan. Jangan terkejut melihat jenama seperti Gucci, Parada, Rolex dan sebagainya dijual pada harga yang amat rendah. Walaupun keasliannya dipertikaikan, namun dari segi kualiti ia tidak jauh dari yang asal.
Anda juga boleh mencari souvenier dan ole-ole semasa berada di Pasar Baru. Jika lapar, sila pergi ke lantai 6 (tingkat enam) untuk menjamu selera ala-ala Bandung di Food Court. Pastinya anda akan suka dengan masakan di sana. Jom pi Bandung
- Pasar Baru Bandung aka Pasar Baru Trade Centre
Travel Photos @ Dulu Lain Sekarang Lain









A lifelong supporter of Manchester United and a Starbucks coffee addict. I am a writer and photographer in the making, aspiring to be much, much better than I am now. More about me
mahu tahu gimana mahu hubungi suplier mukanna di pasar atau blognya