Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari

by Ismail N   ·  13 years ago   ·  
thumbnail

Kundasang-2 Dulu Lain Sekarang Lain

Beberapa hari kebelakangan ini cuaca di Kota Kinabalu agak panas terik dan kekeringan. Si Roq pon berpeluh hingga keluar ruam. Air-cond di rumah pun terpaksa buat OT kerana panas terasa hingga ke malam hari. 😀 Atas sebab itu, saya pun mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke kawasan sejuk di Kundasang, Ranau.

Kami bertolak lebih kurang pukul 9.30 pagi (setelah menyelesaikan urusan kerja sedikit) dan tiba di sana kira-kira pukul 11.30 pagi.

Kundasang Dulu Lain Sekarang Lain

Namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Hujan yang agak lebat dan berhenti sesekala menyukarkan kami untuk membuat sebarang aktiviti. Memandu pun agak sukar kerana kabus menyelubungi kawasan pergunungan.

Namun, kami tetap juga singgah di beberapa tempat menarik di Kundasang, makan di Pekan Ranau dan bergambar di Kinabalu Park.

Gambar-gambar akan di “upload” di blog i masa yang sesuai nanti. Badan ini amat penat kerana trip ini di buat diantara dua game futsal yang memenatkan dan mencabar sekali.

Namun, anda boleh lihat sedikit di sini sebagai “intro” 😀

Kundasang-3 Dulu Lain Sekarang Lain

Kundasang-4 Dulu Lain Sekarang Lain

Kundasang-5 Dulu Lain Sekarang Lain

Ku Sangka Panas Sampai Ke Petang Rupanya Hujan Di Tengahari

37 Comments

  1. Kak Long Mawar Merah

    En Ismail,
    Kak Long sempat sampai ke Kundasang dan pekan Ranau. Hajat hati nak juga mendaki Gunung Kinabalu, tapi ahli rombongan masa tu semuanya tak berapa minat. Jadi Kak Long sampai kaki gunung ajelah.

  2. Malaysia Travel Blog

    Hari tu berjalan kat sini pun, dapat ambik gambar pemandangan sekejap je, kabus punya pasal..

Leave a Reply to IN Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.