Melancong Ke Indonesia – Jakarta

Indonesia adalah negara jiran tertangga kita, Malaysia dan sebuah negara yang menarik untuk dikunjungi. Ia merupakan negara kepulauan (archipelago country) yang terBESAR di dunia yang terletak di antara benua Asia dan Australia serta antara Samudera Pasifik dan Samudera India.

Negara Indonesia terdiri dari 17,508 buah pulau dan amat luas sekali. Banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan bagi mereka yang gemarSHOPPING, negara Indonesia mempunyai banyak tempat shopping yang menawarkan barang berkualitas (quality) tinggi dengan harga jauh lebih murah dari Malaysia.

DSC02274 540x304 Melancong Ke Indonesia – Jakarta

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta

Perjalanan ke Indonesia melalui Jakarta dari Kota Kinabalu memakan masa 2 jam 30 minit melalui pesawat udara. Bagi mereka yang menaiki pesawat Air Asia, anda akan menaiki pesawat dari Terminal 2 KKIA dan turun di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Masa di Jakarta adalah – 1 jam dari di Malaysia.

Semasa dalam pesawat anda akan diminta mengisi borang Immigresen R1/R1 (Visa). Isikan semua kotak yang dikhendaki termasuk alamat tempat tinggal di Indonesia (nyatakan nama hotel pertama anda di sana).

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, R1 akan disimpan oleh pihak berkuasa Indonesia, manakala R2 akan disimpan oleh anda untuk diserahkan semasa pulang nanti.

Simpan baik-baik dan jangan hilangkan R2 anda atau anda akan menghadapi kesulitan bila pulang nanti. Anda juga perlu mengisi borang deklarasi kastam Indonesia dan perlu istiharkan barang-barang yang tersenarai dalam borang tersebut jika ada di bawa oleh anda.

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta akan jauh juga dari Jakarta Pusat. Untuk mengelakkan dari di “ketuk”, sila naik taksi (teksi) berdaftar dan minta pemandu taksi gunakan “argo” (meter). Tambang taksi ke Jakarta Pusat adalah kira-kira 100,000 hingga 120,000 rupiah (RM 40).

Teksi Ke Bandar

Jika anda menggunakan taksi yang tidak berdaftar, mereka akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi dengan alasan seperti “macet” (jamm), tol dan sebagainya. icon biggrin Melancong Ke Indonesia – Jakarta Hotel-hotel di Jakarta agak mahal jika dibandingkan dengan di Kota Kinabalu. Hotel-hotel yang selesa biasanya dalam lingkungan 500,000 rupiah (RM 200 +++), manakala yang ada kelas sikit seperti Hotel Ibis, bayaran kamar (bilik hotel) adalah 1.5 juta rupiah +++ (RM 450 +++).

DSC02277 540x363 Melancong Ke Indonesia – Jakarta

Bagi mereka yang ke Jakarta dari Kota Kinabalu dengan menggunakan Air Asia, anda akan tiba waktu malam (kira-kira pukul 8.00 malam) di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta. Selepas ambil taksi, check-in di hotel dan sebagainya, jam sudah pun pukul 10.00 malam.

Bagi mereka yang suka hiburan malam, anda boleh pergi ke tempat-tempat hiburan yang sememangnya banyak di kota Jakarta. Jika tidak dan anda merasa capek (penat), bagus tidur sahaja di hotel dan tunggu hari esok ya. icon biggrin Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ramai yang tidak galakkan berjalan di waktu malam atas sebab-sebab keselamatan, namun berdasarkan pengalaman saya di sana, agak OK berjalan di waktu malam, asalkan anda tidak cari masaalah dan elakkan tempat-tempat yang tidak sesuai (you know what I mean kan? icon wink Melancong Ke Indonesia – Jakarta ).

DSC02775 540x329 Melancong Ke Indonesia – Jakarta

Jakarta

Saya tinggal di hotel di kawasan Jakarta Pusat dan pada waktu malam agak “lively”. Hendak cari makan pun tak susah, malahan McDonald, Burger King serta Starbuck di sana pun di buka 24 jam. Taksi dan Bajaj pun beroperasi 24 jam di sana. Jika naik Bajaj, sila runding harga dengan sebaiknya sebelum naik. Kalau yang dekat-dekat tu, bayar sahaja di sekitar 5,000 hingga 10,000 rupiah sahaja. Jangan terlebih bayar tau! Bukannya selesa pun. Kalau naik dua orang agak sempit. Tetapi untuk suka-suka dan cari pengalaman, bagus cuba naik. Anda takkan jumpa Bajaj ini di Malaysia.

Tengah malam, saya rasa capek dan masuk tidur. Ada banyak rancangan pada hari esoknya. Semua yang pergi trip ini tiada pengalaman langsung di Indonesia dan kami tidak buat apa-apa research pun. He he.. Ini ARAHAN saya. Tujuannya untuk membuat trip ini lebih trill dan lebih banyak kenangan untuk di bawa pulang ke Malaysia nanti. Tunggu sambungan cerita nanti di entri seterusnya. Oh ya, kami tidak gunakan tourist guide untuk trip ini. Semua main redah ajer….

- Melancong Ke Indonesia – Jakarta

 Melancong Ke Indonesia – Jakarta

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Melancong Ke Indonesia – Jakarta

16 thoughts on “Melancong Ke Indonesia – Jakarta

  1. uiks.. patut ler blog terbengkalai lama.. rupanya tuan tanah berjalan2 atas angin..

    selamat pergi dan kembali abg mail..

    ahaks..
    ole-ole satu kali volleh?

    hehehehe

Leave a Reply