Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

Hari ke dua kami di Jakarta, kami pun memutuskan untuk mengubah rancangan asal untuk tinggal di Jakarta selama dua hari berturut-turut. Shopping di kawasan shopping Tanah Abang juga ditangguhkan kerana kami ingin ke Bandung dahulu. Selepas makan pagi di hotel, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar menaiki Bajaj.

DSC02340 001 540x393 Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

Kami juga berbual-bual dengan pekerja hotel dan orang-orang tempatan bagi mendapat idea bagaimana mahu bergerak dari Jakarta ke Bandung. Tepat pukul 10 pagi, kami pun berjalan kaki dari hotel menuju Stesen Keretapi Gondangdia. Dari sana kami menaiki tren (keretapi) ke Stesen Gambir. Di sana, kami membeli tiket untuk menaiki tren ke Bandung pula. Perjalanan dari stesen Gondangdia ke Gambir memakan masa kira-kira 15 minit. Dari Gambir ke Bandung pula perjalanan memakan masa lebih 3 jam.

DSC02320 540x363 Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

DSC02307 001 540x354 Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

DSC02341 540x333 Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

Penduduk di Jakarta amat ramai dan bandarnya amat luas. Behati-hati berjalan di sana kerana hampir keseluruhan jalan raya digunakan oleh pelbagai kenderaan di sana.  Motorsikal (kapchai) amat banyak sekali dan bergerak dengan laju. Taksi dan Bajaj adalah pengangkutan awam yang utama. Bas nampaknya kurang digunakan berbanding dengan di Malaysia.

Membeli-belah amat mengelirukan kerana jumlah nilai wang yang besar digunakan. Satu Ringgit Malaysia adalah bersamaan 2880 Rupiah ketika saya di sana. Jika ingin menukar wang, sebaiknya dibuat di Malaysia. Anda akan mendapati nilai Ringgit lebih murah di sana berbanding di Malaysia. Oleh itu, tukar wang banyak-banyak di Malaysia sebelum ke Indonesia.

DSC02440 540x363 Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

DSC02393 540x373 Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

Di Bandung pula, bandarnya lebih kecil, namun penduduknya tetap ramai dan jalan tetap machet (jamm). Hati-hati dengan taksi sapu yang memeras sewa yang mahal. Gunakan taksi berdaftar yang berwarna biru. Kami telah pun booked hotel secara online melalui Agoda.Com. Hotel kami terletak di Cihampelas. Kawasan yang menarik dan lengkap dengan shopping mall, tempat makan, tempat mencari souvenir dan lain-lain lagi. Ia juga tidak terlalu jauh dari kawasan bandar.

Kami settle down dulu sebelum pergi makan di CiWalk. Namun, masaalah timbul kerana hotel-hotel di Bandung kebanyakkannya telah penuh pada keesokkan hari nya. Kami terpaksa lupakan hasrat berjalan-jalan buat seketika. Mencari tempat tinggal adalah priority utama buat masa ini. Bersambung….

- Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

 Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

Latest posts by Ismail N (see all)

15 thoughts on “Melancong Ke Indonesia – Jakarta Ke Bandung

  1. Kak Long tak pernah naik keretapi dari Jakarta ke Bandung. Zaman dulu-dulu, pernah sekali dari Jakarta ke Bandung menaiki bas, tapi masa tu special case, ada esscort sepanjang jalan. Biasanya dinasihatkan ambil penerbangan terus ke Bandung sahaja kerana lebih banyak membuang masa di jalanan yang jem jika melalui lebuhraya Jakarta Bandung.

  2. Kalau pergi melancong ke luar negara, memang kena tukar duit kat Malaysia. Pergi Thailand pun sama gak, harga tukaran asing kat sana lebih murah, lebih menguntungkan mereka.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *