Melancong Ke Indonesia – Derita Di Hotel

0 votes

Hari ketiga kami melancong ke Indonesia, kami berpindah ke hotel di Jalan Veteran di Bandung. Ianya hotel yang amat teruk dan amat tidak selesa. Ianya sebahagian dari resiko yang kami telah bayangkan bila terjah ke negara orang dengan “zero preparation” :D. Namun, kami tidak menyesal kerana ianya sebahagian dari kenangan yang pastinya tidak dapat dilupakan.

Selain mimpi ngeri di hotel, hari ke tiga adalah hari yang menarik dan banyak aktiviti dijalankan. Kami sempat naik “becak”, berpusing-pusing di Kota Bandung, mengambil foto dan buat sekali lagi membeli-belah di Pasar Baru dan Toko Tiga. Sebelah malam, kami sewa taksi selama beberapa jam bagi membawa kami jalan-jalan dan melihat keadaan di kota ini.

Sukar hendak diceritakan di sini, saya harap gambar-gambar di bawah dapat berikan anda semua gambaran lebih jelas akan Kota Bandung.

Kanak-Kanak Indonesia

Becak

Kota Bandung

Toko Tiga Bandung

Kreativiti Orang Indonesia

Dalam banyak hal, saya “admire” juga semangat dan kreativiti orang-orang Indonesia dalam menyara hidup mereka. Lifestyle memang jauh berbeza dengan di negara kita yang lebih mewah dan selesa. Namun, ia tidak menghalang mereka dari bergembira dan berusaha keras mencari rezeki dengan pelbagai cara pun.

Peniaga Telur Bandung

Pemuzik Jalanan

Kota Bandung

Dikalangan mereka yang susah, ramai juga yang kaya raya. Mostly adalah peniaga-peniaga cina dan Jeneral-jeneral tentera. Rumah mereka, waduhhh.. besarnya. Bangunan-bangunan kerajaan dibina dengan besar sekali. Malahan, kediaman Wali Kota amat besar, jauh lebih besar dari Istana Negara di Malaysia. Itu belum rumah Gabenor dan Presiden lagi tau!

Wali Kota

Rumah Pelacuran

Kesusahan juga membawa kepada banyak aktiviti yang kurang sihat. Terkejut saya lihat pelacuran amat berleluasa di Indonesia. Agak terbuka, hampir macam di Eropah. Rumah-rumah pelacuran tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.

Malahan, ada juga pelacur-pelacur yang menunggu pelanggan di tepi jalan raya seperti dalam filem Pretty Women. Menurut pemandu taksi yang nampaknya banyak maklumat mengenai soal ini 😀 , ada ramai pelacur-pelacur ini yang terdiri dari pelajar-pelajar universiti yang tidak mampu menanggung kos pengajian mereka. Mereka-mereka ini dipanggil “ayam kampus” dan boleh dilanggan pada sekitar 1 juta Rupiah ke atas.

Tandas Hotel

Setelah puas kami meronda Kota Bandung, kami pun pulang ke hotel kira-kira jam 11 malam. Kami cuba tidur tetapi amat sukar sekali hendak melelapkan mata. Sudahlah tiada aircond dan kipas, katil bagaikan ada pijat-pijat. Terdapat juga spring yang terkeluar di tepi katil dan menyebabkan tangan saya tercalar sedikit.

Pukul 1 pagi kami keluar bilik dan duduk di lobby berborak. Kemudian, kami ambil tindakan nekad berjalan di Kota Bandung di malam gelap gulita. Kami ends up di kedai 24/jam dan lepak di sana hingga pukul 4 pagi. Bila pulang ke hotel, kami kemas beg dan sebagainya. Tidak ada seorang dari kami yang mandi 😉 kerana tak sanggup tengok air dalam kolah yang agak lain warnanya. Di hati kami, tak sabar nak cabut dari hotel ini….. Bersambung……

Melancong Ke Indonesia – Derita Di Hotel

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N rohana March 22, 2012
  2. Avatar for Ismail N rohana March 22, 2012
  3. Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah February 1, 2012
  4. Avatar for Ismail N akubiomed February 1, 2012
  5. Avatar for Ismail N titan January 31, 2012
  6. Avatar for Ismail N anif January 31, 2012