Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke Jakarta

Hari kelima kami perlu pulang semula ke Jakarta. Selepas siap barang dikemas, kami pun “check-out” dari hotel dan singgah ke Cihampelas untuk shopping kali terakhir di sana. Peniaga di sana bagaikan tahu kami mahu berangkat pulang bila memberikan kami diskaun yang luar biasa. icon wink Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke Jakarta Namun, beg pun sudah penuh dan tiket keretapi perlu di beli untuk kembali ke Jakarta.

Kami tiba di stesen keretapi Bandung waktu tengahhari. Aduhai.. ramainya orang!

Keretapi Ke Jakarta

Tiket keretapi untuk pulang ke Jakarta bagi kelas executive dan businesss sebelah petang telah habis dijual!!! Yang tinggal Cuma kelas ekonomi (berdiri). Mana tahan mahu berdiri 3 jam perjalanan :D, so kami ambik tiket sebelah malam.

DSC02592 540x803 Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke Jakarta

Jalan-Jalan Di Kota Bandung

Sementara menanti malam tiba, kami jalan-jalan di Kota Bandung dan bermain mata dengan cewek-cewek di sana. Ahak ahak… Kami singgah di rumah pemandu taksi di terletak di tengah-tengah Kota Bandung. Lorong masuk ke rumahnya amat kecil dan menyeramkan (jika di sebelah malam). Lihat gambar di atas.

Di kiri kanan lorong terdapat rumah-rumah yang dibina di setiap inci tanah yang ada. Semuanya dibuat sendiri dan yang menariknya ia nya mengikut undang-undang! Harga tanah seluas kira-kira 3.5 meter x 10 meter (amat kecil bagaikan pondok) boleh dibeli di sekitar 25 juta Rupiah (jika tidak silap saya. Maaf kalau tersilap. Lupa bawa dairi :D).

Untuk memaksimakan penggunaan kawasan yang kecil itu, pemilik rumah menaikkan rumah ke atas iaitu menjadikan rumah mereka 2 hingga 4 tingkat.

Amat mengkagumkan saya bila pemandu taksi itu tinggal bersama isteri dan 6 orang anak mereka di sana. Lebih mengkagumkan bila melihat mereka sentiasa HAPPY dan melayan kami dengan TERAMAT BAIK sekali.

Budi bahasa mereka adalah something yang saya RINDUKAN di negara sendiri sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

DSC02662 540x333 Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke Jakarta

DSC02680 540x363 Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke Jakarta

DSC02579 540x350 Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke JakartaBila tiba untuk pulang, kami pun kembali ke stesen dan mengucapkan selamat jalan kepada pemandu taksi yang banyak membantu kami semasa di sana. Kami akan sentiasa ingatkan Kota Bandung dan insya-allah akan kembali lagi. Satu pengalaman yang menyeronokkan buat kami dan kami akan merindui kota ini dan orang-orang di sana.

Kami berbual-bual dalam keretapi sehingga tiba di stesen Gambir dan dari sana kami ambil taksi untuk pulang ke hotel kami di Jakarta.

- Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke Jakarta

 Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke Jakarta

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.
 Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke Jakarta

Latest posts by Ismail N (see all)

12 thoughts on “Melancong Ke Indonesia – Bandung Ke Jakarta

  1. Memang pengembaraan yang begitu menarik Encik Ismail. Di Bandung, tak pernah lagi Kak Long berpeluang menyelusuri lorong-lorong atau kawasan seperti yang ditunjukkan dalam gambar nombor 2 tu.

  2. cayalah abg mail….
    kalau gitew patutlah ramai kengkawan maza di sini mengidam hendak ke Bandung selalu..huhuhu

    psst: abg mail dapat cari tak air bandung dgn mee bandung satu kali di tempat asalnya?.. ahaks..lalalala

Leave a Reply