Melancong Ke Indonesia – Selamat Tinggal Jakarta

0 votes

Saya dapat rasakan ramai pembaca yang pastinya mulai bosan membaca kisah trip saya ke Indonesia ini 😀 Terlalu panjang ceritanya kan? Don’t worry, kita sudah pun memasuki episod terakhir cerita ini dan selepas ini saya janji tiada lagi kisah melancong ke Indonesia. Kita tutup buku kembara blogger dlsl dan kita cuba cerita hal-hal lain pula.OK?

Untuk penutup cerita ini, saya ingin kenang kembali hari terakhir kami di Indonesia.

Monas - Monemen Nasional

Monumen Nasional (MONAS)

Rasa sedih jugak hendak pulang tetapi hati lebih berat lagi hendak pulang ke pangkuan keluarga tersayang. Kami cuba optimize kan masa kami di Jakarta dengan bergerak awal pagi menaiki Bajaj ke Monumen Nasional (MONAS). Ia merupakan sebuah monumen yang dibina bagi memperingati pejuangan kemerdekaan Indonesia dan terletak di Merdeka Square, Jakarta Pusat.

Monas adalah setinggi 433 kaki dengan bahagian obor di atasnya disaluti foil emas seberat 50kg.

Bandar Jakarta

Setelah puas bergambar di sana, kami BERJALAN pulang ke hotel sambil mengambil gambar-gambar sekitar Jakarta. Jalan raya di Jakarta Pusat amat luas di sesetengah kawasan menyebabkan kawasan yang cahaya matahari di atas kepala pun terasa dingin.

Ramai polisi mengawal lalu lintas, jauh lebih ramai dari di Malaysia.

pedang samurai

bintang ninja

Mangga Dua

Membeli-Belah Di Mangga Dua

Selepas check-out, kami mohon simpan bagasi di hotel dan berjalan ke Restoren Garuda untuk makan tengahari. Kemudian kami ke pusat membeli belah di Mangga Dua. Kami spend sedikit masa di sana dengan melihat benda-benda yang pelik dijual di sana. Mak oiiii.. pedang samurai, bintang ninja, buku lima dan pelbagai benda bahaya dijual secara terbuka di sana. Sambil-sambil itu, saya masuk di kedai kamera dan cuba lensa di sana.

Rasanya tak payah lah dibeli sebab harganya sedikit mahal dari di Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta

Kami ambil taksi pulang ke hotel untuk mengambil beg dan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (Terminal 3). Kami tiba agak awal dan terpaksa lepak dahulu sehingga tiba untuk berangkat awal. Kami sengaja pergi awal kerana takut machet dan risau tak cukup duit hendak bayar cukai dan bagasi lebihan.

Rupiah kami dah tinggal sedikit dan ATM di sana tidak boleh digunakan kerana kami tidak activate kan penggunaan di luar negara semasa di Malaysia.

Cukai Airport Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta

Air Asia

Cukai Dan Bagasi

Selepas makan KFC, kami terus check-in dan membayar semua kos yang perlu. 150,000 Rupiah (setiap seorang) untuk cukai dan 157,000 Rupiah untuk bagasi. Lega bila semuanya terbayar dan kini cuma tinggal masa untuk kembali ke Malaysia sahaja. Kami lepak di Diplomat Cafe sehingga tiba panggilan untuk naik kapal terbang. Semuanya berjalan lancar. Tepat pukul 8.30 malam waktu Indonesia kami berada di dalam pesawat Air Asia ke Kota Kinabalu.

Selamat tinggal Indonesia. Insya-allah lain kali kami akan kembali lagi…

Melancong Ke Indonesia – Selamat Tinggal Jakarta

Latest Comments
  1. Avatar for Ismail N Amsyahril August 23, 2013
  2. Avatar for Ismail N sumandak sabah June 17, 2013
    • Avatar for Ismail N Ismail N June 19, 2013
  3. Avatar for Ismail N lazaac February 8, 2012
  4. Avatar for Ismail N lunaticg February 7, 2012
  5. Avatar for Ismail N Affan Ruslan February 7, 2012
    • Avatar for Ismail N adele February 13, 2012
  6. Avatar for Ismail N tehr February 7, 2012
  7. Avatar for Ismail N nizamghazi February 7, 2012
  8. Avatar for Ismail N Jebeng Otai February 7, 2012
  9. Avatar for Ismail N Kak Long Mawar Merah February 7, 2012
    • Avatar for Ismail N IN February 7, 2012
  10. Avatar for Ismail N nurmisnan February 7, 2012
    • Avatar for Ismail N IN February 7, 2012
  11. Avatar for Ismail N titan February 7, 2012
  12. Avatar for Ismail N anif February 7, 2012
    • Avatar for Ismail N IN February 7, 2012
  13. Avatar for Ismail N maza February 7, 2012
    • Avatar for Ismail N IN February 7, 2012
      • Avatar for Ismail N tehr February 7, 2012
        • Avatar for Ismail N maza February 8, 2012
  14. Avatar for Ismail N akubiomed February 7, 2012
    • Avatar for Ismail N IN February 7, 2012